Wednesday, July 16, 2008

Mustafa dakwa komplot terhadap Abdullah dan Anwar serentak

KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS mengesyaki ada komplot dalam Umno dan kerajaan yang anti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dalam blognya menulis, komplot ini sedang berusaha untuk membunuh karier politik kedua-dua tokoh itu dengan satu tindakan iaitu menangkap Datuk Seri Anwar selepas tuduhan meliwat seorang pemuda.

Beliau dipercayai mengulas tindakan polis menangkap Anwar di luar rumahnya ketika beliau mahu ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk memberikan kenyataannya kepada polis.

"Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," tulis Mustafa dalam blognya, Politik Malaysia yang dipostkan hari ini.

Lojiknya, kata Mustafa, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

"Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa," tulis beliau lagi.

Baca tulisan sepenuhnya dalam blog beliau http://www.padapendapatsaya.blogspot.com/.

44 comments:

putra revolusi said...

Baru kelmarin polis janji DSAI diberi masa hingga 2.00 petang untuk memberi keterangan kepada polis. Tiba-tiba belum lagi pukul 2.00 petang komando bertopeng sudah menangkap DSAI, ketika DSAI sedang bersiap hendak ke Balai Polis. Apa nie yang kalut-kalut sangat hingga lupa dengan janji sendiri untuk tunggu DSAI hingga pukul 2.00 ptg. Mengapa tak sabar-sabar sangat nak tangkap orang? Mengapa kes budak-budak yang sudah berbulan hilang sampai kini penculiknya masih belum ditahan lagi? Adakah ia kerana kes penculikan adalah kes jenayah yang tidak begitu penting berbanding kes politik?

Tiba-tiba geromboloan bertopeng bagai mafia itu datang tangkap DSAI sebelum pukul 2.00 petang, apa maknanya nie? Siapa arahkan kerja gila itu - Pak Lah yang sedang gelabah, Syed Hamid si- kepala berkilat atau Najib si-kening putih?

Apa pun, kami rakyat dah fed-up dari dulu hingga kini dengan lawak bodoh kamu, wahai Sang Penguasa. Sudah banyak aksi lawak yang kamu buat minggu ni - kesesakan jalan raya di KL yang sengaja diada-adakan, lawak bodoh live Shabery Cheek di TV malam tadi dan kini nak buat lawak lagi dengan menangkap DSAI sebelum pulul 2.00 ptg. Apa mereka ingat dengan slogan 'Malaysia Boleh' semua perbuatan gila itu halalkah? Tidak ingatkah dunia sedang memerhatikan lawak bodoh kamu itu? Undang-undang rimba apa yang sedang dipaksakan ke atas rakyat Malaysia ni, kami tak faham langsung!!!

TokBatin X said...

Rase2 jer mane bolih!, nanti kene tebuan tanah baru tau. Tak kan dah lama dalam politik pun na' tembak2.

Money4Free said...

agak2 kalau seluruh rakyat jelata berarak di seluruh jalanraya dan bandar diseluruh malaysia, PRDM nk buat apa gamaknya?nak tembak?nak masukkan ISA?nak tangkap semua? biar PRDM dgn menteri kabinet dan suku sakat mereka jer yg tinggal.rakyat jelata dah takder apa pun yg nk dipertahan kan.Kalau dgn hanya kejalanraya mampu mengubah Malaysia...moh kita ke jalan raya...kne tngkp kita hari demi masa depan anak cucu, mati kita hari ini, demi masa depan generasi seterusnya

bonzer said...

Buat masa sekarang mereka telah berjaya melambatkan cita-cita DSAI.
Mereka tidak peduli kesan yang akan dihadapi oleh rakyat. Yang penting kuasa perlu berada ditangan mereka.Mereka tahu sekiranya kuasa tidak ada ,mereka akan dihumban dalam penjara diatas jenayah yang dirancang sekian lama.

Percayalah buat masa ini mereka telah berjaya melambatkan proses pertukaran kuasa.

asalbayu said...

Jelas sekali kita dah kembali ke zaman jahiliyah di mana kedaulatan undang-undang sudah terhakis. Nampaknya ramai yang tak faham denan prinsip-prisip RUKUNEGARA.

Usahlah jadikan rakyat jelata kian meluat dengan UMNO/BN.

Kalau beginilah keadaannya lambat laun kerajaan yang ada boleh tumbang. Patutlah DSAI tidak ke IPK semalam. Kalau tidak DEBAT yang dijadualkan itu tentulah dibatalkan kerana DSAI ditangkap.

bn@umno said...

Taklah nak komen-komen yg mengarut lagi.Korang komen banyak-banyak pun bukannya DSAI boleh dibebaskan pun.Biarlah polis menjalankan siasatan keatas kes ni.

mata-dan-hati said...

Sepatutnya PM menggantung kerja/tugas KPN(IGP) dan PN(AG) yang sedang dituduh dan disiasat oleh oleh BPR atas aduan DSAI, tetapi sebaliknya berlaku PM membiarkan PDRM yang dikuasai KPN menangkap DSAI sebelum habis tempuh waktu untuk melapordiri ke balai, sepatutnya orang yang dituduh(KPN) dan sedang disiasat tidak boleh diberi kuasa mengarahkan atau membenarkan orang tertuduh lain yang juga selaku penuduhnya ditahan..... Di sini penyalahgunaan kuasa(korupsi) telah dilakukan oleh KPN, PN dan PM..... dan jelas ini adalah suatu konspirasi terancang terhadap tokoh politik kerana kebebasannya menggugat individu-individu berjawatan besar dan bercita-cita tinggi.....

bn@umno said...

DSAI ni pun kononnya bakal PM yg flip-flop jugak.DSAI pernah bercakap pemimpin BN akan lompat parti ke pakatan rakyat tapi tak ada pun lompatan.DSAI juga pernah cakap beliau akan bertanding utk kerusi parlimen, malangnya tak ada pun sehinggalah ditangkap polis tengah hari tadi.Padan muka.Jadi jangganlah dok kutuk AAB ni PM yg flip-flop.

bn@umno said...

Tadi di TV3 Bakri Zinin, Musa hassan telah membuat kenyataan bahawa penahanan DSAI ini mmg mengikut procedure undang-undang dan adil.Jadi jgnlah kita mempertikaikan cara penahanan tersebut.Biarkan polis menjalankan siasatan yg keatas DSAI.Penahanan DSAI ni pun besar kemungkinan ada kebenaran bhw mmg DSAI terlibat dgn kes terkutuk tu.

bonzer said...

Ramai rakyat tidak percaya kes ini.Kes ini dicipta semata-mata untuk menutup kelemahan mereka.Disamping itu ianya digunakan untuk meneruskan bagi menghancur ekonomi dan maruah bangsa Melayu. 400b yang diberi oleh petronas dari penubuhannya sudah cukup untuk kemakmuran NEGARA dan RAKYAT.Tetapi malangnya tangan-tangan hantu yang berada dibelakang mereka telah mengaut segala-galanya. Mereka tidak memikirkan lagi hal rakyat.Siapakah hantu itu ???????

BraderJHEM said...

KPd BN@UMNO, kau ni memang tot-tot punye umno, bangang bin bahalol, pandai tak boleh di ikut, bangang pulak tak boleh nak di ajar....

Bentayan said...

Onyang aku kata, orang bodoh jangan dilayan nanti kitapun sama bodoh. Inikan pula bn@umno yang bangang , pedulikan aje dia.

Aku nak tengok nanti dia se confident itu menjawab di hadapan Tuhan apabila disoal kenapa dia suka menokok tambah fitnah terhadap DSAI. Ingat dosa kita dengan orang bukan boleh terhapus dengan bertaubat je, kita kena cari orang itu untuk minta maaf darinya sendiri. Err ... sayfool kaupun mau ingat juga tu.

huruharare said...

bn@umno@cipan
ko ni memang bingai x abih2. ko bagi kenyataan dari tv3suku, dari musa hassan pencuri... bila masa plak kitorang pecaya ngan depa sumer ni. kalu nik aziz ker, haji hadi ker yg buat kenyataan, boleh gak kami terima. ntah aper2 la ko ni.

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...

Aku tak penah pun menfitnah DSAI. Yg aku kata 'besar kemungkinan' je.Korang ni kalau tak paham tolong baca betul-betul ayat yg aku tulis tu. korang ni dasar barua PR yg BODOH BANGANG BENAK lagi BANGSAT!!!!!ambik ko

putra revolusi said...

Sdr bn@umno,

Apa yang saudara katakan iaitu mengikut titah Ketua Polis Negara bahawa penangkapan sdr Anwar dibuat mengikut prosidur yang betul sangat melucukan. Ini kerana polis telah berjanji hanya akan menahan Anwar jika beliau tidak melaporkan diri pada jam 2.00 petang, tapi 50 minit sebelum masa itu berakhir polis sudah bertindak. Kenapa tak sabar-sabar sangat nak tangkap: Anwar tu ada menyimpan senjata bahaya C4 yang boleh letupkan orang seperti kes Altantuya tu ke?

Dan satu lagi kalau undang-undng kita betul-betul berjalan mengikut peraturan, mengapa kes-kes jenayah yang melibatkan pembesar-pembesar BN/UMNO sejak dahulu didiamkan saja. Contoh yang paling klasik ialah:

i) Kes Rafidah Aziz Ketua Wanita UMNO: Walaupun Jabatan Peguam Negara pada tahun 1995 menyatakan ada kes prima facie untuk mendakwa Rafidah yang meluluskan pemberian 1.5 juta saham kepada menantunya Fazrin Azwar tetapi mengapa wanita gemuk tidak bertudung itu tidak didakwa sehingga kini? Adakah kerana Ketua Wanita UMNO kebal dari undang-undang berbanding kita rakyat Malaysia termasuk blogger bn@umno yang boleh ditahan bila-bila masa atas kesilapan kecil sahaja?

ii) Begitu juga dengan kes jenayah Muhammad Muhd Taib semasa menjadi Menteri Besar Selangor pada 1986 di mana beliau didapati membawa 20 kilo wang tunai di dalam guni bernilai RM2.4 juta ke Australia (macam orang kampung bawa durian aje!!!) dan justru itu beliau telah ditahan oleh pihak keselamatan Lapangan Terbang Brisbane dan dibicarakan di sana. Apabila pulang ke Malaysia, beliau digugurkan dari jawatan Menteri Besar oleh Dr Mahathir, tetapi kerajaan yang kononnya mengikut peraturan undang-undang itu tidak pernah menyiasat untuk apa wang sebanyak itu dibawa beliau dan dari sumber mana datangnya wang dalam guni. Apa lagi hendak menahan beliau jauh sekali, walaupun ia sangat mencemarkan imej negara. (Dan sekarang lucunya orang yang membawa wang dalam guni berjuta-juta itu boleh pula bercakap soal moral dan undang-undang seolah-olah lupa dia adalah antara pelanggar undang-undang nombor wahid di Malaysia). Soalnya mengapa kes Muhammad Muhd Taib itu tidak disiasat, malah beliau dihadiahkan jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar pula? Adakah kerana dia pembesar UMNO/BN?

iii) Satu lagi ialah kes Rahim Thambi Chik, bekas Ketua Menteri Melaka yang kini masih aktif dalam politik UMNO. Beliau pernah menggemparkan masyarakat Malaysia 15 tahun dahulu ketika menjadi Ketua Menteri Melaka kerana merogol seorang gadis berusia 14 tahun. Tun Dr Mahathir yang berang dengan kes Rahim itu telah menggugurkan belaiu sebagai Ketua Menteri, tetapi kes rogol beliau tidak pernah diambil tindakan. Sebaliknya Lim Guan Eng yang cuba membawa kes itu ke mahkamah telah dipenjarakan selama 18 bulan kerana dikatakan melanggar Akta Rahsia Rasmi. Dalam kes ini nampaknya penjenayah tidak dihukum tetapi orang yang cuba menahan penjenayah telah dipenjarakan. Soalnya mengapa Rahim tidak didakwa, adakah kerana beliau adalah pembesar UMNO/BN?

Banyak lagi contoh-contoh kesalahan yang melibatkan moral mahupun jenayah pembesar-pembesar UMNO/BN. Walaupun ada bukti tetapi ia disimpan di dalam laci semata-mata kerana mereka pembesar UMNO/BN. Saya tidak tahu siapa blogger yang bernama bn@umno. Jika anda pembesar UMNO/BN anda pasti selamat seperti kes Rafidah, Muhammad Taib dan Rahim Thambi Chik itu. Tapi sekiranya anda cuma Ketua Cawangan atau AJK biasa, apa lagi ahli biasa, anda tidak mempunyai baju kebal di sisi undang-undang negara kita yang dikatakan adil oleh Ketua Polis Negara itu.

bn@umno said...

Sungguh kesian dan malang sekali dgn penyokong PR skg, dahlah DSAI kena tangkap skg timbul pula isu apabila pemimpin PAS menyahut pelawaan AAB supaya PAS bergabung dgn UMNO.Sebelum ni mmg kuat kedengaran bhw PR akan mengambil-alih tampok pemerintahan negara kalau tak silap bulan Sept ni tapi nampaknya harapan hanya tinggal harapan je.Tulah sebelum ni DSAI kata ada dikalangan pemimpin BN mahu lompat ke parti PR tapi nampaknya keadaan sudah terbalik di mana PAS yg mahu melompat menyertai UMNO.Tindakkan PAS tu mmg kena pada masanya dikala PR yg sedang bergolak skg.Kepada PAS teruskanlah berjuangan mu bersama UMNO.

perahudarat said...

Aku setuju sangat la dengan mata-dan-hati..
Musa dan Gani Patail wajib digantung tugas demi mendapatkan keputusan pengadilan yang maksima.
Tak payah la nak kata komplot-komplot terhadap Pak Lah...

DSAI dah buat repot terhadap AG dan IGP.Apa lagi?Gantung la kerja diaorang!Yang DSAI repot tu kes lama.Macamana dengan kes baru depa berdua?Apa hubungan VK Tan dengan Goh Cheng Poh?Goh Cheng Poh adalah PR kepada VK Tan.GCP banyak dikaitkan dengan kes-kes jenayah diJohor.Dato'Ramli yang berani mengambil tindakan terhadap GCP demi menjaga keselamatan rakyat.Apa jadi denngan Dato'Ramli?Kita maukan polis yang berani macam Dato'Ramli.
Apa pula kaitan Musa dengan GCP?Anak Musa bekerja dengan VK Tan.Osman Talib bekas pengarah dalam polis juga bekerja dengan VK Tan.

Kontrak membekalkan komputer kepada pasukan polis telah pun diambil oleh VK Tan.Komputer yang hanya berharga tak sampai RM2000 dijual dengan harga lebih RM4000.Apa lagi?Siasatlah.....

Ni tengah nak adjust kontrak peralatan dan maintanence Unit Udara Polis.Kontrak sebelum ini RM 38juta nak dinaikan kepada RM56juta.Kontrak pulak selama 30 tahun.Ini bermakna 20 orang pengganti KPN selepas Musa hanya akan cuci mangkuk.

Begitu juga dengan pengkalan data komputer,akan dikendalikan oleh Yahudi dari S'pore.Dimana tahap keselamatan negara?Kita bukan tak mampu mengendalikannya.Negara ada banyak syarikat bumiputra yang mampu mengendalikannya seperti Sapura,Edaran Computer dan sebagainya.Kenapa nak dibagi kepada VK Tan?

Penahanan DSAI oleh polis,tak payahlah kita membuat spekulasi terhadap komplot politik.Secara logiknya,AG dan IGP akan menggunakan kuasanya untuk menghentam DSAI.Kalau Pak lah dan Hamid Al Bar tak ambil tindakan menggantung tugas AG dan IGP tah apa lagi akan jadi...
Bakri Zinin tu jadi barua aja.Dia pun bingai!Kes dia menindas anggota bawahannya semasa jadi OCPD Dang Wangi kenapa ditutup?Syed Hamid kena buktikan,undang-undang tak pilih bulu.Siasat balik repot yang dibuat oleh anggota polis terhadap Bakri Zinin,Ayub(bekas Ketua Polis Pahang) dan seorang pegawai polis wanita berpangkat ACP diBalai Polis THSL Jalan Stadium.

Siapa yang patut disalahkan jika demonstrasi jalanan berlaku setiap minggu selepas ini?
Rakyat bukan bodoh!Jangan diperbodohkan...Jika ia berlaku,bukan saja rakyat,malah akan juga menyusahkan anggota polis yang tak tau apa-apa.Mereka hanya mengikut arahan.Layakkah Musa mengarahkan mereka,sedangkan Musa sepatutnya sudah digantung tugas?Banyak lagi tugas-tugas yang boleh dibuat untuk menjaga keselesaan hidup rakyat.Rakyat yang bayar gaji mereka.
Ibarat seekor ikan,dibuang kepala,badan dimakan jua..
Sekarang yang busuknya dibahagian kepala.Buang saja kepala tu!

Apa jadi dengan kes OCPD yang meliwat bontot anggotanya bawahannya diTrengganu?Anggota polis tu sendiri yang buat repot.Bukan sorang,tapi dua!Apa?Pegawai polis boleh buat apa saja pada anggota bawahannya?Pegawai polis dikecualikan dari tindakan undang-undang?
Eloknya ditambatkan aja Bakri Zinin tu dikaki belakang lembu beranak kecik..biar dia isap puting-puting lembu tu sama sama..

Unknown said...

Kepada bn@umno;

"skg timbul pula isu apabila pemimpin PAS menyahut pelawaan AAB supaya PAS bergabung dgn UMNO."

Sila bukah www.harakahdaily.net dan baca kenyataan PAS, tak pernah tertulis yang PAS nk bergabung @ join umno balik;

Jangan membuat fitnah!!

Penahanan Anwar Ibrahim...

Penahanan beliau mmg dibuat mengikut undang2;

Kenyataan Mohd Bakri yang mengatakan beliau akan ditahan jika tidak hadir di balai polis sebelum pukul 2 itu, penahanan itu berdasarkan kepada pelanggaran waran tangkap;

Mengikut undang2 anwar boleh ditahan selama 24jam tanpa memerlukan perintah tahanan reman bagi membantu siastan;

selepas 24 jam, beliau perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan lanjutan tahanan reman @ beliau boleh dibebaskan;

Tapi perlu diingat semasa ditahan polis, hak2 anwar sebagai yg ditahan tidak boleh dinafikan;

M.Sulaiman (utohkacil) said...

ORANG MELAYU YG BODOH,
***********************
SEKALI LAGI ANDA DI PER BODOH KAN!
*************************************

TokBatin X said...

Saudara Mullah:

Kalu seme Seme sumpit je Tuhan mike tu. Cerite pasal ugame bedegor2. Mane ade yang benor. Berlawan sane, bergadoh sini ta’ ghenti2. Tuhan mike tu ta’ adil, ta’ cukup ilmu, bute tuli. Kalau tuhan mike benor, ta’ le berbeza pendapat oghang2 semua.

Mike ni bute ke? Mike tengok politik sekarang betui ke? Pembohong sane, tipu sini, cucuk sane, cucuk sini. Mike bukan ta’ tahu ‘Political Lies’ tu satu subjek yang wajib jike na’ berpolitk. Jadi jangan le jual tuhan mike kerana na’ untung duniawiyah yang ta’ ade langsung ni.

Kalu mike na’ tahu Tuhan seme paling adil paling, maha mengetahui. Ape je ditakdirnye memang adil.

Sdr Utohkacil;

Kalu mike na’ cari kebenaran mike tak dapat dekat blog ni.
Kalu na’ cari kebenaran belajor le ilmu Tido.

Money4Free said...

ahmadinejad dan bloggers yg lain,

anda semua berhujahlah dgan apa hujah samada fakta, nas atau hadis.Buka lah sejarah UMNO mahu pun BN, kajilah sampai kelangit ke 7 sekali pun.Satu sahaja pertanya aku kepada tuan2 sekelain, siapakah tuan2 untuk menyakinkan bn@umno? aku berkeyakinan tinggi, jika malaikat turun dari langit pun akan ditolak oleh bn@umno dan yg seangkatan dengannya.

ini kerana hati mereka telah hitam sehitamnya disebabkan sentiasa menyumbat perut dengan harta yg haram mungkin.Inilah hakikat yg sebenarnya.Jika mereka menolak sebelum ini kerana kekurangan pengetahuan atau sumber maklumat, ini boleh dimaafkan, sebagaimana orang yang tidak memeluk Islam kerana tidak sampai seruan kebenaran, tetapi jika menolak kerana tidak dapat menerima kebenaran yang telah terbentang dihadapan mata, itu tanda hati mereka telah hitam dan tertutp rapat dari menerima kebenaran.

inilah akibat sentiasa menyumbt perut dari sumber haram.

sekian.

Unknown said...

Teruskan perjuangan DSAI kami rakyat malaysia akan terus memberikan sokongan....jelas apa yang didebatkan DSAI lebih meyakinkan dari keadaan sekarang..lihatlah pada mereka-2 yang berpendapatan kurang rm1500 mampukah mereka hidup dengan tenang damai di malaysia tercinta ini....

M.Sulaiman (utohkacil) said...

ORANG MELAYU YG BODOH
************************
AKAN SENTIASA DI PERBODOHKAN.
*******************************

ikan said...

Perancangan siapa anwar ditangkap? Dollah Badawi? Khairy? Najib? atau lain-lain pembesar umno? Polis memang tidak boleh disalahkan seratus peratus termasuk kepada Bakri zinin. Umum sudah tahu polis adalah anjing kurap belaan umno (bukan semua tetapi ketua-ketuanya yang bodoh sahaja) mereka ini akan melakukan apa saje sebab mereka dibayar gaji oleh umno bukan oleh kerajaan Malaysia.

Bakri zinin dia ni kita sudah tahun, dia ingin cepat menjadi KPN apabila dia berjaya mengendalikan kes melibatkan anwar. Kita tengok Musa hassan, ghani patail kedua-duanya merupakan hero yang mengendalikan kes anwar ibrahim suatu masa dulu yang mana musa sebagai pegawai penyiasat utama dan ghani sebagai pendakwa raya bagi kes anwar pada 1998 sehinggakan anwar terpaksa meringkup dalam penjara 6 thun.. bakri zinin mungkin terpaksa menangkap anwar sebelum pkl 2 ptg walaupun dia sendiri mengeluarkan statement bahawa anwar akan ditangkap jika dia tidak hadir selepas pkl 2 ptg tetapi ditangkap sebelum pkl 2 ptg.. bakri zinin mungkin tdk dpt menahan malunya kepada rakyat malaysia tetapi siapa dibelakang bakri zinin selepas KPN. Sama ada menteri kepala licin hamid albar? TPM bibir merah? atau penyangak wang rakyat khairy? atau lain-lain menteri?

Kepada ahli parlimen BN yang sudah pun setuju utk sertai PR? cepat lah bertindak utk selamatkan negara tak payahlah tunggu 16 september.. janganlah sampai mahkamah sudah memutuskan utk penjarakan anwar baru nak bertindak, itu sudah terlambat sbb apabila mahkamah sudah buat keputusan, tidak boleh lagi tarik balik kecuali rayuan diterima oleh mahkamah yang terlebih tinggi..

Rayuan dari seorang pencinta keamanan..

bn@umno said...

lantak koranglah nak cakap apa-apa pun yg tak baik terhadap BN.Aku yakin dan percaya suatu hari nanti penyokong PR akan berbalik menyokong BN.Bg aku hanya umno sajalah yg dapat membela org melayu atau mempertahankan ketuanan melayu, jika tiada umno maka hidup org melayu akan merana dan tak terbela.fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakan PR jangan menyesal di kemudian hari jika betul-betul BN jatuh ke tangan PR.pada masa itu sudah ibarat nasi sudah menjadi bubur.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

ORANG MELAYU YG MEMANG BODOH,
*******************************
AKAN SENTIASA BODOH BUAT SE LAMA2 NYE
*************************************

kayemsee said...

aku setuju dgn ofisboytkt4...tak payah la kita nak susah payah berbuih mulut2 mcm strabery cik utk yakinkan melayu2 bodoh nie macam bn@menu tu...buang masa jer..hati dia dah gelap dah lebih gelap dari 'lohong hitam'...biarkanlah dia...biar dia sronok dgn kemewahan dunia yg sementara ini...

bn@umno said...

utohkacil,

koni dak giler agaknya ye.tak pernah manusia di dunia ini menghina bangsanya sendiri kecuali utohkacil.Drpd kenyataan di atas maka Utohkacil tergolong dalam orang yg bodoh jugak.hahhaha

Money4Free said...

bn@umno said...

lantak koranglah nak cakap apa-apa pun yg tak baik terhadap BN.Aku yakin dan percaya suatu hari nanti penyokong PR akan berbalik menyokong BN.Bg aku hanya umno sajalah yg dapat membela org melayu atau mempertahankan ketuanan melayu, jika tiada umno maka hidup org melayu akan merana dan tak terbela.fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakan PR jangan menyesal di kemudian hari jika betul-betul BN jatuh ke tangan PR.pada masa itu sudah ibarat nasi sudah menjadi bubur.
===================================

Inilah pendapat manusia yg telah berevolusi menjadi seakan akan lembu.entah dalil mana yang digunapakai untuk mengatakan hanya umno yg boleh menjaga Melayu,tak dapt nk dipastikan.mungkin dalil dari BTN yg mendapat idea dr nordin kodi kot.

sejauh mana terbelanya melayu dibawah selian umno?bkn kah pemimpin umno yang menyapu permit teksi org melayu atas nama persyarikatan?bkn kah umno yg melahap wang pprt di kelantan melalui kementerian luar bandar?bukankan umno yang melingkupkan BMF di hongkong satu ketika dulu sehingga membabitkan kehilangan nyawa akauntan melayu?bknkah umno yg melingkupkan wang negara melalui markup harga tender seperti yg dibentangkan oleh ketua audit negara?bknkah umno yang menjual saham telekom dan saham pantai holding kepada temasik holding?bknkah umno yg sentiasa memperbodoh2 rakyat dengan mereka reka cerita supaya rakyat terus memberi sokongan?

tak cukup seluruh blog ni ,jika aku tulis segala kemungkaran umno.

uyatnej said...

melayu mudah lupa, bagai kacang lupakan kulit, kalau bukan umno macam mana capai kemerdekaan, kalau bukan umno dimana adanya petronas, kalau bukan umno dimana adanya proton/perodua, kalau bukan umno dimana adanya lebuh raya plus, kalau bukan umno siapa yang jaga hak keistimewaan orang melayu,
kalau bukan umno kau orang masih senang lenang boleh blog kat sini?
renung renungkanlah, fikir fikirkanlah.

hidup umno! hidup pak lah!

mata-dan-hati said...

uyatnej said...
melayu mudah lupa, bagai kacang lupakan kulit, kalau bukan umno macam mana capai kemerdekaan, kalau bukan umno dimana adanya petronas, kalau bukan umno dimana adanya proton/perodua, kalau bukan umno dimana adanya lebuh raya plus, kalau bukan umno siapa yang jaga hak keistimewaan orang melayu,
kalau bukan umno kau orang masih senang lenang boleh blog kat sini?
renung renungkanlah, fikir fikirkanlah.

hidup umno! hidup pak lah!

July 17, 2008 1:52 AM
..................................
Di negara lain tiada UMNO tetapi mereka capai juga kemerdekaan, mereka juga ada syrikat minyak negara masing-masing, mereka kadang-kadang ada lebih kemajuan bukan hasil dari UMNO.... bukankah semua itu datangnya dari Allah SWT, tak kira siapa berjuang InsyaAllah Allah akan berikan berikan kejayaan kepada setiap perjuangan, InsyaAllah Allah akan berikan atau kekalkan kuasa pemerintahan kepada mana-mana golongan yang dikehendakinya... janganlah mensyirikkan Allah dengan kepercayaan khurafat bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat mengada-adakan pembangunan/ prasarana, hanya UMNO sahaja yang tahu melakukan pemerintahan dll... wassalaam...

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Nak tambah sikit lagi:

kalau bukan UMNO siapa serah kan Singapura kepada cina

kalau bukan kebodohan UMNO mengapa P.Batu Putih terlepas ke tangan Singapura

Kalau bukan UMNO siapa buat Pembangunan Wilayah Seri Iskandar, di Selatan Johor yg akan di kuasai oleh cina Singapura.

Kalau bukan UMNO siapa yg menyebabkan bangsa melayu dah jadi bangsa 'kelas 3'

Kalau bukan UMNO siapa yg menyebab kan moral anak2 bangsa melayu jatuh merundum.

Kalau bukan UMNO siapa yg menjadi croni2 nye kaya raya wang ringgit berjute2.

Kalau nak tulis lagi bab 'kalau bukan UMNO' 10 muka surat pun belum cukup lagi.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sdr bn@umno,

si 'utohkacil' ni BUKAN melayu.

'utohkacil' urang BANJAR tulin dari Matapura, Kalimantan.

mata-dan-hati said...

Quote:
{PAS mengesyaki ada komplot dalam Umno dan kerajaan yang anti Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dalam blognya menulis, komplot ini sedang berusaha untuk membunuh karier politik kedua-dua tokoh itu dengan satu tindakan iaitu menangkap Datuk Seri Anwar selepas tuduhan meliwat seorang pemuda.}

---------------------------------

Apakah komplot itu dari dalam UMNO dan kerajaan sahaja??? Apakah tiada kemungkinan 'mastermind' komplot itu dari bekas ahli UMNO yang anti DSAAB dan anti DSAI???
Apakah tiada kemingkinan komplot itu umpama kes fitnah zaman kesultanan Melaka atau kes SiKitol dan sambungan kes liwat 1998(yang gagal)???... semoga Melayu tidak mudah lupa... mamak bendahara yang durjana yang memfitnah Hang Tuah di bumi Melaka!!!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

itu sebab, diluar si bapa mengiakan perkara liwat ni.

si anak pula mcm menyokong si bapa di dlm dewan pula.

Benda yg kita belum tahu sama ada benar atau tidak, jangan kita kata benar.

Lebih baik tunggu hasil pengadilan nanti.

bonzer said...

Sekarang masa yang paling sesuai untuk MENGOSONGKAN salah satu KAWASAN PARLIMEN.Kes Liwat dan debat sekurang-kurangnya akan membantu DSAI untuk memenangi kerusi tersebut dan menjadi YB.Kami percaya apabila DSAI menjadi YB dan berada dalam parlimen akan memudahkan YB BN untuk melompat dan memberi sokongan dalm pembentukan kerajaan baru. AWAS mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menghalang DSAI memenangi kerusi tersebut dengan apa cara sekalipun demi meneruskan kekuasaan mereka.Dibelakang mereka terdapat tangan-tangan hantu ?????

aoazmi said...

Assalamualaikum Tuan Tuan Semua!

Tumpang lalu!

Saya meneliti dari hari ke hari perdebatan,komen,kutukan,cacian yang di limparkan antara satu dengan lain semuanya berkaitan DSAI dan Parti Pakatan Rakyat juga UMNO. Mutu perbahasan anda semua ada yang baik-baik dan tak kurangnya yang beremosi. Kurang kualiti sikit. Maaf! Ada orang yang kerjanya 'provokasi' tanpa memberi hujah-hujah yang releven untuk di renungan kita bersama. Kebanyakan cerita banyak lari dari tajuk (termasuk komen dari saya). Saya rasa lebih baik kita muhasabah balik diri kita. Bukan semua yang kita cakap itu (Merapu) betul sekadar melepaskan geram saja. Mari kita bincang cara ilmiah dan ilmuan. Ada keserjanaannya dan memberi manafaat untuk semua tetamu-tetamu blog.

Salam.. buat permulaan.

Money4Free said...

Pendapat yang mengatakan UMNO lah yg membawa kemerdekaan kepada Malaysia adalah pendapat manusia yg buta sejarah.Untuk makluman, UMNO hanyalah tukang laung " MERDEKA" sahaja. gerakan kemerdekaan sebenar telah dimulakan oleh tokoh tokoh yang diangap golongah kiri kerana tidak bersekutu dgn british seperti burhanuddin helmi, ibrahim yaakob, pak sako, ahmad boestaman dan lain lagi.

antara parti politk yg terlebih dahulu menuntut kemerdekaan adalah seperti KMM, API, AWAS, PKMM dan lain lain..

jgn dibutakan oleh umno akan sejarah kemerdekaan malaysia.

ilham_sufi said...

X YAH LYN LA BNUMNO TUH.....DIA TGH MEROYAN N MENOPUASETUH

roh_insan said...

"Mustafa dakwa komplot terhadap Abdullah dan Anwar serentak"

Saye bersetuju dgn pandangan Mustafa ni,kdg2 rase ngeri,kdg2 rase seronok n kdg2 rase e..hebat nye org melayu ni..

Ape yg dikatekn Mustafa ni ade kebenaran nye,semue tu berlaku apebile Pak Lah membenarkn kes penyiasatan Linggam di korek..korek..kn.Dsai pun telah memulekn partition nye.

Bayangkn ape akn jd andai partition Dsai MENJADI N DITERIME??.fikirkn n renungkn SIAPE yg benar2 ssh? n SIAPE kah yg patut membuat komplot utk menjatuhkn Dsai n Pak Lah dgn serentak seperti dakwaan Mustafa.

Saye percaye Pak Mustafa tak mampu utk mengulas tentang ape yd TERSIRAT.Namun selaku rakyat yg mahukn KEADILAN N KEDAMAIAN bertenang lah,kite doakn kejayaan Dsai utk membawe rakyat kearah M'sia BARU bersame GABUNGAN PAKATAN RAKYAT.

Bnumno!!klu nak provok pun jgn smp menyengutukn kan Allah dgn tiap2 sesuatu,sudah2 lah tu,taubat cpt2 n tarik balik ckp2 kamu.Antare kate Tuhan "Brg siape yg hidup nye menyengutukn Aku dgn sesuatu pasti masuk nerake",buat rakan2 elok diabaikn saje ckp2 bnumno ni,kate2 nye penuh dgn perangkap n provok.

Tahniah Pak Mustafa,teruskn membongkar rahsie politik RIMBE.

TokBatin X said...

Tuhan: ‘Ooi Tok Batin Kalau kamu na’ mintak kat Teman , ape le agaknye kamu endak?’

Tok Batin: ‘Seme kalu dapat le, kalu ade oghang yang bolih pancung kepale seme’

Tuhan: ‘ Ha! kenape pulak?’

Tok Batin: ‘ Ke senang!, ta’ payah seme pikior lagi’

Tuhan: ‘Selame ni Teman ngacor kamu ke?’

Tok Batin: ‘Bukannye begitu! Taapi… taapi… taapi….seme ghase Mike meghanjau minda seme jer’

Tuhan: ‘Sewel n senget n 3suku ghopenye Tok Batin ni’

Tok Batin: ‘Memannnnnng pun’

irfandina said...

salam..

saya bersetuju dengan komen mustafa ali bahawa seolah-olah ada tangan2 ghaib yg sedang merencanakan sesuatu untuk menjahanamkan karier politik anwar dan pak lah...

sememangnya ini berlaku disebabkan kelemahan pentadbiran pak lah...

kepada pendukung dsai...jgnlah terlalu menyokong secara membabi buta...saya percaya tidak ada seorang pun diantara kita semua yg tahu apa sebenarnya yg berlaku diantara anwar dan si saiful...hanya mereka berdua dan Allah saja yg tahu....

kadang2 kita semua perlu bermuhasabah seketika...kenapa pada situasi dimana kelihatannya dsai sudah menghampiri impian beliau untuk memegang tampuk pemerintahan(seperti juga pada 1998) maka akan ada saja halangan2 yg menanti...

saya tidak pernah mahu menyokong sesiapa...dan saya percaya kita semua mahukan yg terbaik untuk kesemua rakyat m'sia...terutama sekali kepada orang melayu/islam dinegara ini...

ingatlah kita merancang...tetapi Allah juga merancang...tetapi akhirnya perancangan Allah jugalah yg akan menjadi kenyataan....

tak perlulah kita terlalu beremosi mempertahankan sesuatu yg kita sendiri tidak tahu akan kebenarannya....

avovaqar said...

Selagi Angota Polis di Malaysia berlagak seperti Polis Raja DiMalaysia dari atas sampai kebawah dan berSultan dimata dan raja di hati maka dari itu bukan sahaja Dsai di putar belit kan kes nya pada suatu hari nanti seluruh kerabat orang2 Ngo dan Didalam Istana mareka apa bila di suruh melaku kan seperti mendiang Altantuya mereka sanggup jua(Lihat Sejarah Tzar di zaman Russia dahulu)Sebelum Malaysia hancur rakyat Malaysia siap siaga dari segala tindak tanduk berlakunya penghianatan durjana-durjana politik yang bersemai dalam (BN)yang di dalangi oleh Umno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...