Tuesday, June 24, 2008

Selepas nasi kerabu dan nasi dagang kini Ar Rahn menyerang Kuala Lumpur

Oleh : Hamdan MS

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Selepas nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kueh mueh dari Kelantan dinikmati dengan baik oleh orang luar negeri itu, sistem pajak gadai pula mula mendapat tempat.

Sistem pajak gadai Islam Ar Rahn yang berasal dari Kelantan kini berkembang ke luar negeri dengan masyarakat ibu kota Kuala Lumpur menjadi pihak yang pertama menikmatinya selepas penduduk Kelantan.

Cawangan pertama Ar Rahn luar Kelantan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat di Jalan Raja Laut, (depan Pejabat Agung PAS), Kuala Lumpur semalam.

Ar-Rahn adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan cawangan Jalan Raja Laut adalah cawangan Ar-Rahn yang ke 12.

Ia merupakan sistem gadaian Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 1992 lagi di negeri Kelantan. Kini Ar-Rahn telah mengorak langkah untuk membuka lebih banyak cawangan lagi terutamanya di utara tanah air.

Antara faktor yang menyebabkan pembukaan kepada cawangan baru ini ialah permintaan yang tinggi kepada perniagaan ini selain daripada lokasi yang sesuai.

Ar-Rahn juga adalah merupakan satu unit bisnes Permodalan Kelantan Bhd, sebanyak RM160juta telah direkodkan sebagai urusniaga di Ar-Rahn ini.

Di majlis pembukaan tersebut, Tuan Guru Nik Aziz telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Wan Yahya Wan Salleh di majlis yang sederhana yang dihadiri oleh 100 orang hadiri.

Nik Aziz juga telah menyarankan bahawa, sistem gadaian Islam Ar-Rahn ini tidak mengamalkan riba, seperti mana ianya adalah haram dan beliau juga mengatakan bahawa kelebihan Ar-Rahn adalah berasakan syariah Islam yang berteraskan telus dan adil.

Ar Rahn bakal menjadi pusat perkhidmatan kewangan warga kota tambahan lagi dengan ekonomi yang serba mencengkam mereka sekarang ini.

15 comments:

suhaimi said...

salam....

semoga sistem pajak gadai Ar Rahn berkembang ke negeri2 yg lain.sistem pajak gadai yg diperkenalkan oleh negeri kelantan maju setapak lagi ke hadapan.
rakyat di malaysia perlu mengambil peluang ini semoga harta yg di pajakkan terjamin dan tidak merugikan.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Haraf 'Ar Rahn dapat beri pinjaman cara Islam kepada ahli2 PAS yg pendapatan rendah untuk beli motosikal ke, komputer ke, TV Plasma ke atau apa jua. Ar Rahn juga patut berkembang ke seluruh negara. Jangan setakat KL aje.

suhaimi said...

salam...
bukan setakat ahli pas,umno pun boleh.terbuka kepada rakyat malaysia tidak mengira apa jua fahaman politik.itulah ISLAM....

Hamba Miskin said...

salam..Anak kita sedang di bunuh..klik di sini dan saksikanlah.. http://dzulhaqq.blogspot.com/2008/06/anak-kita-sedang-di-bunuh.html

Anonymous said...

salam...
bukan setakat nasi dagang or nasi kerabu je... budu kepok lekor pun ramai yang tahu dan rasa...

Tahniah dan syabas....

macam kata utohkacil....
jangan setakat KL jer...
memang dialu-alukan kewujudannya untuk membantu orang-orang Islam yang memerlukan.

M Rajoli Al-Qlantani said...

ambe link ke blog ambe ..

Web Sutera said...

Alhamdulillah. Akan berjaya, insyaallah. Yang perlu staf2 ikhlaskan hati.

http://themakan.blogspot.com/
http://pasalbuku.blogspot.com
http://duniabuana.blogspot.com
http://duniasutera.blogspot.com/

MOHD AFIQ said...

Syukur alhamdulillah, semoga cawangan Ar-Rahn terus berkembang ke seluruh tanah air untuk kepentingan rakyat seluruhnya,.

irfandina said...

salam...

untuk pertama kalinya aku bersetuju dengan suhaimi...kalau perkara baik seharusnya ia diperluaskan kepada semua muslim...

by the way...congrat untuk nik aziz..

atzmand said...

salam..
betul tu En Suhaimi.
bukan utk org PAS aje.. org AMNO pun boleh dpt manafaat dari sistem Ar Rahn. sema boleh digadaikan oleh org2 AMNO yg desprate... Temasek sudah, Batu Putih sudah.. keris bogel & timbang kati karat kedai kita tak terima, takde rega!
tak gitu kawan2 ?

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

ar-rahn satu bisnes untuk untung dan membantu. teruskan usaha berniaga dan membantu...

di kelantan ar.rahn menjadi tempat gadaian utama sebab kadar bunga-tapi dipanggil agih untung yang rendah.

apapun, pasal nasi ar-rahn, pula apa konsep? stail mamat ke? atau stail kelantan? atau macam KFC.

abe MIE cadangkan buat nasi beriani yang lazat tapi jangan mahal sangat. kerabu orang KL dah biasa tapi penyerinya budu, bagus.

abe MIE ucap tahniah kepada siasah sebab kemukakan isu berbentuk ekonomi...kurangkan politik sebab ramai blogspot siasah kebanyakkan budak hingus lagi (dan masih bersekolah)...


pkrpasdap.blogspot.com

suhaimi said...

salam...

apa2 jugalah si abemie al-jubury ni.

irfandina said...

salam...

betul juga tu...kekadang ada baiknya jika isu ekonomi diberi sedikit ruang diantara kepanasan isu politik...at least boleh gak cool down the temperature....

kamal farhan said...

abg mie..

sbb kau asyik kene hentam jer..kau pun dah xde point..tue yg kata mcm tue..dah mmg islam hadhari sesat..
hahhaha...

ikan said...

ABE MIE ni aku rasa dia kot yang budak hingus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...