Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fakir Anwar dan partinya, PKR akan memilih Bandar Tun Razak untuk dijadikan tempat bertanding dalam pilihan raya kecil kerana ia bukan kawasan selamat.
“Saya adalah pihak yang paling gembira jika Anwar memilih kerusi itu tetapi melihat kepada peluang untuk menang, saya tidak fikir ia kerusi pilihan,” kata Khalid ketika ditanya Siasah dalam pertemuannya dengan ketua-ketua pengarang media di kediaman rasmi MB Selangor petang ini.
Lebih 30 pengarang kanan media termasuk ketua pengarang menyertai sessi yang berlangsung lebih dua jam itu.
Sebelum ini, Siasah melaporkan, kawasan Parlimen Bandar Tun Razak antara kawasan pilihan Anwar jika beliau perlu bertanding dalam pilihan raya kecil memandang Khalid adalah juga Menteri Besar Selangor di samping anggota Parlimen kawasan itu.
Menurut Khalid, beliau hanya menang dengan majoriti tidak sampai 3,000 undi sahaja dalam pilihan raya lalu dan bukanlah satu kawasan yang selamat untuk Anwar.
Dua lagi kawasan yang disebut-sebut menjadi fokus Anwar adalah kawasan yang diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Ismail iaitu Permatang Pauh dan kawasan yang diwakili anaknya, Nurul Izaah, Lembah Pantai.
Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid menang dengan majoriti 2, 515, Wan Azizah menang dengan majoriti 13, 888 di Permatang Pauh manakala Nurul Izzah menang dengan majoriti 2, 895 undi.
Bagi memastikan kemenangan, Permatang Pauh dipercayai bakal menjadi pilihan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.
Walaupun Anwar pernah menyebut berminat untuk bertanding di Perak namun factor kawasan selamat untuk Anwar dijangka menjadi penyebab utama sesuatu kawasan itu dipilih.
“Saya merasai sendiri bagaimana berada dalam suasana semua jentera BN memberikan tumpuan kepada suatu kawasan dalam satu pilihan raya kecil iaitu dalam pilihan raya kecil Ijok. Tidak boleh bergerak kita,” kata Khalid.
Menurut Khalid, beliau hanya menang dengan majoriti tidak sampai 3,000 undi sahaja dalam pilihan raya lalu dan bukanlah satu kawasan yang selamat untuk Anwar.
Dua lagi kawasan yang disebut-sebut menjadi fokus Anwar adalah kawasan yang diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Ismail iaitu Permatang Pauh dan kawasan yang diwakili anaknya, Nurul Izaah, Lembah Pantai.
Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid menang dengan majoriti 2, 515, Wan Azizah menang dengan majoriti 13, 888 di Permatang Pauh manakala Nurul Izzah menang dengan majoriti 2, 895 undi.
Bagi memastikan kemenangan, Permatang Pauh dipercayai bakal menjadi pilihan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil.
Walaupun Anwar pernah menyebut berminat untuk bertanding di Perak namun factor kawasan selamat untuk Anwar dijangka menjadi penyebab utama sesuatu kawasan itu dipilih.
“Saya merasai sendiri bagaimana berada dalam suasana semua jentera BN memberikan tumpuan kepada suatu kawasan dalam satu pilihan raya kecil iaitu dalam pilihan raya kecil Ijok. Tidak boleh bergerak kita,” kata Khalid.
28 comments:
Saudara Pengarang,
Saya percaya saudara Anwar akan bertanding ditempat yang paling selamat. Tapi saya tidak akan jangka ianya berlaku sebelum PR menumbangkan BN.
Anwar pasti akan bertanding pilihanraya kecil selepas PR menjadi kerajaan , dan bukan sebelumnya.
Anwar tidak akan masuk Parlimen semata2 untuk menjadi Ketua Pembangkang.
Andai saya jadi Anwar Ibrahim...
1- Tubuhkan kerajaan PR dahulu.
2- Pilih seorang PM [ sementara ]
3- Masuk pilihanraya kecil, dan bertanding.
4- Pastikan ianya kawasan selamat. Kerahkan semua jentera kerajaan jangan beri langsung peluang kepada BN untuk keluar TV. Amacam ?
salam...
pada pandangan saya,anwar tak perlu bertanding dlm mana2 pilihanraya kecil.sebabnya,kalau berlaku pilihanraya kecil,sudah tentu umno dan kuncu2nya akan berkampung di mana berlakunya pilihanraya kecil.walaupun di katakan kawasan selamat untuk anwar bertanding.bila umno dan berkampung,paham2lah,mcm2 boleh berlaku.
apa yg paling selamat ialah,5 negeri yg di menangi oleh pakatan rakyat,salah satu negeri perlu melantik anwar sebagai 'SENATOR',utk membolehkan anwar ke dewan rakyat.sebabnya jawatan 'SENATOR' membolehkan seseorang itu menjadi PERDANA MENTERI.itu pandangan saya sahaja...
salam..
ye sy bersetuju dgn anda berdua.
sy sgt bersetuju dgn andai.. ahmad bagi andai.. yang ke-4. sangat bernas. cam kelakar pon ader. hehe. Da nyampah da. asyik tgk muker samer jer kat tv.
Upss maaf ye. ko tekene. sape makan cili dier rase pedas...
kuikui
salam tok kerajaan. yang lame, kini dan akan datang..
errr.. kini dan akan datang tu mungkin bkn kerajaan yg samer kot.
upps telepas ckp.
amacam?
salam tok seme yang dikasihi kuikui
jikalau nak jadi hero janganlah nak cari tempat selamat saja tak thrill nama tu,hero sejati macam cerita tamil,hero kena bantai berguling guling sekali bangun kasi penambar, musuh tergolek hero pun menanglah,
dan jikalau nak bertanding pun tunggu pengerusi SPR yang lama balik pasir mas dulu.
Untuk makluman jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bukan dilantik dari kalangan Senator. Untuk jawatan selain daripada PM dan TPm misalnya Menteri, Timbalan Menteri dibolehkan dilantik daripada Senator.
Jawatan Senatornya hanya dibenarkan untuk dua penggal sahaja. Satu penggal tempohnya adalah empat tahu sahaja.Boleh disambung untuk empat tahun lagi (maksud saya dua penggal sahaja).
Perlantikan Senator dibuat satu mewakil negeri dan dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat PM
Pada pandangan saya sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam masa terdekat sebaik-baiknya Datin Seri Wan Azizah boleh dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara manakala Timbalan Perdana Menterinya hendaklah dilantik daripada wakil dari PAS.
Selepas DS Anwar menang dalam pilihanraya kecil barulah dilantik sebagai PM menggantikan DS Wan Azizah.( Ini bermakna Tan Sri Khalid boleh mengosongkan kerusinya)
Sekiranya DS Anwar bertanding tempat Tan Sri Khalid atau mana-mana tempat MP dari PKR sebelum PR memerintah Kerajaan Persekutuan, sudah pasti dan nyata UMNO/BN akan menggunakan dalam kempennya "bahawa dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR wujud kroni dan dianggap parti anak beranak".
Mereka (BN) akan membuat fitnah "tengok dalam PKR anakbini Anwar berada dalam Dewan Rakyat, Apakah ini perjuangan Anwar?.
Apapun saya bersetuju DS Anwar bertanding di Permatang Pauh dan berilah peluang kepada DS Wan Azizah berehat dan menjaga suaminya Anwar . Pengorbanan DS Wan Azizah cukup besar dan kini Allah SWT telah memakbulkan doa DS Wan Azizah di atas kesabarannya.
Sekiranya DS Anwar dan Nurul berada dalam Dewan,sekiranya ada timbul fitnah parti anak-beranak oleh UMNO/BN kita suruh dia tengok apa yang berlaku dalam BN misalnya anak Ketua Menteri Sarawak, Najib/Hishamudin (keduanya sepupu). Dalam MCA dan Gerakan sekarang pun ada anak atau adik beradik yang pegang jawatan dalam parti dan menjadi Wakil Rakyat. Jangan tuduh orang kena suluh diri sendiri
Oleh itu inilah masa sesuai untuk DS Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk membolehkan DS Anwar bertanding secepat mungkin.
Insya Allah jika DS Anwar berada dalam Dewan Rakyat maka lebih cepat DS Anwar ambil alih jawatan PM. Rakyat menanti DS Anwar menggantikan tempat Pak Lah. Najib tidak layak memegang jawatan PM kerana namanya sudah tercalar akibat kes Altantuya. Dunia akan ketawa jika Najib dilantik sebagai PM melainkan Tengku Razaliegh atau TS Mahyudin dilantik sebagai PM (mewakili BN) lain ceritanya. Pak Lah dan Najib dikatakan serupa semuanya ada penyakit.
salam...
siapa kata ' SENATOR' tak boleh jd PM ? saya kata boleh. laluan akan lebih mudah jika di lantik menjadi 'senator'.kalau bertanding pilihanraya asyik kena tipu je nk buat apa?kalau nk tunjuk hero bukan ni masanya.
esok bila dah memerintah bolehlah jadi herioutk rakyat
Memang sah senator tidak boleh jadi PM. Kena belajar politik dan study dulu sains politik baru boleh bercakap pasal politik nanti orang ketawakan kita. Jalan paling mudah sila pergi ke laman web pasal perlantikan PM baru tahu syarat-syaratnya.
Atau jalan mudah tanya mana-mana MP baru betaul jangan main hentam keromo nampak sangat kurang cerdik.
salam...
saya memang tak belajarpasal sains politik.universiti pun tak masuk.cuma sekolah kampung je.sebab tu tak berapa cerdik.cuba pergi cari nama'SENATOR' ALEXANDER DOUGLAS - HOME
salam..
ko ni suhaimi...mengaku tak belajar tinggi tapi tetap dengan ego ko yg tinggi tu...apa hal lah dengan ko ni....
kalau anwar betul seorang gentle maka seharusnya beliau tidak perlu mencari tempat atau masa yg difikirkan selamat...
apatah lagi jika beliau merasakan yg beliau berada di pihak yg benar...
mana ada class kalau PM datang dari kerusi senator...
kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai....
Kalu kita belajar tinggi2 hanya kerana na' berhujah, buang sajalah ijazah itu.
Kalu na' kaji orang yang berjaya, kebanyakannya tanpa sekolah tinggi pun.
Umpamanya kalau ta'ada orang jahat polis, peguam, majestrit, hakim na' makan apa? Mereka sepatutnya berterima kasih kepada orang2 jahat ini, kerana dengan orang yang menentang undang2. inilah yang memberi mereka makan.
Para2 murid menisbahkan kebenaran2 itu diatas kertas2 ijazah yang didapati dari Universiti, yang mana para pentarbiahnya dari kalangan professor yang diacu mengikut keperluan semasa.
Maka apa yang mereka berlajar, dan itu jugalah ta’sub2 yang diketengahkan tanpa menyusup kedaerah lautan ilmu KeTuhanan yang tiada tepinya.
Keseluruhan ahli taqlid/ murid2 bersifat 'takut' kepada akibat yang ‘berkemungkinan ada’ selepas hayat ini. Dari istinbat/ pergantongan ilmiah2/ thesis yang pernah di dengar dari para pentarbiah2 konsevatif yang keseluruhannya menghadkan penjangkaun untuk melintas garis kabur tauhid/ ketunggalan Illahiyat.
Setiap yang ada jiwa sudah pasti bijak kerana semuanya adalah mesti dari aturan Illahiyat.
Pada haqiqatnya tidak ada bezanya menggunakan kepala lutut dengan kepala otak.
salam...
kalau malaysia ni politik dia mcm indonesia ke,thailand ke,amerika ke,uk ke aku tak kesah kalau anwar nk bertanding.
malaysia ni kalau pilihanraya dah tentu memohong punya.SPR jd kuda tunganggan umno,habislah pembangkang.nk2 pilihanraya kecil,berkampunglah waklah,najib altantuya dgn kuncu2 dia.habis dia tipu dia.
biarlah bertanding dgn parti yg bermaruah sikit.kalau kalah pun puas hati.
ifrandina,kalau kau tak setuju takpe.tu pendapat aku je.
salam...
nk buang kat mana? kat belakang rumah kau? kalau suruh ckp bukan main pandai.habuk pun takde...
esok2 kalau rumah kau masuk penyamun kau terima kasih kat penyamun tu.lepas tu gi report polis.nanti polis takde keje pulak.
tak boleh pakai betul.....
Buang jer ijazah tu kedalam tong sampah. Buat apa pun, gah jer lebih. DiAkhirat bukan Tuhan tanya pun, ada ijazah ke ta'ada ijazah.
kalau dah prosedurnya DSAI kena bertanding, apa salahnya.
Bertanding sahajalah, belum cuba belum tahu.
Selangor yang kononnya di antara kubu kuat UMNO macam mana boleh tumbang kepada PKR?
Yang penting, lawan tetap lawan.
Sape nak kalah dalam bertanding pilihanraya???
irfandina,
kalau kau sendiri masuk pun kau akan pilih tempat selamat.
sudah laaa...
Kerajaan sekarang dah tak relevan.
Kita tengok dan lihat... pastu baru komen.
Jangan buat andaian ikut sedap mulut ko jer. Aku cili mulut tu kang...
salam...
korang sibuk nie apsal...??korang yg nak bertanding kee...??
Kita tunggu jerr lah kebijaksanaan DSAI...
salam...
baru comment sikit dah nak naik angin...
apa class lah korang nie...udahlah tu...dsai ni pun satu...sepatutnya bertandinglah kat bandar tun razak...at least dia boleh kurangkan beban mb sgor...
mana nak jaga state then nak kena g parlimen lagi....
tapi yg aku pelik dengan pr ni boleh kata ramai juga pemimpin utamanya yg bertanding di DUN dan juga di parlimen...
bukankah itu dinamakan GILA KUASA???
Pemimpin yg tanding di DUN & parlimen tu bukan nye 'gila kuasa' tapi cuma tak 'confident'. Takut kalah. Kalau kalah satu ada lagi satu. Ikut masib le kekadang menang ke dua2 nye kekadang kalah ke dua2 nye.
Tuan badan le!
Mcm main 4 nomborlah katakan. Ta' magnum keToTo, ta' Toto kekuda. Atau hantam semua tempat.Nasib baik tempat undi sikit, kalau banyak macam nobor ekor, baru tahu!
salam...
apa kau kata irfandina?bertanding kat bandar tun razak? kau tahu tak kat sana ada lebih kurang 7000 pengundi pos.kalau bertanding, berkampunglah najib dgn kuncu2 dia kat sana.sorang2 tentera dia ugut.
jgn buat hallah.kau memang suka kalau anwar kalah,org kuat umnolah katakan.aku tak rasa anwar nk bertanding kat sana.buang masa je.
salam...
memanglah ALLAH tak tanya pasal ijazah tu.tp tuhan tanya ada ijazah kau buat apa? kenapa tak jalankan hukum aku.apalah punya manusia.....
Klu DSAI betul2 'handal' tanding aje kat mana2 tentu leh menang.
Apa nak takut itu dan ini, Berserah kepada Allah yg Maha Kuasa.
InshaAllah dia akan menang kalau dia benar. sdr suhaimi - don't be khuatir. Relax.
salam...
berserah memang berserah,tp kalau dah tahu tempat tu tak selamat,tu bukan berserah.cari pasal namanya.Allah pun suruh kita ikhtiar dgn cara lain juga.
salam...
apala ko ni suhaimi...memalukan pr jelah...apa nak takut dengan si najib...kalau diorang nak tipu rasanya kat mana2 pun boleh..ko ni macam tak confident je dengan kekuatan pr...
lagi satu tak kisahlah ko nak tuduh aku umno berkarat ke apa ke...actually aku suka sangat kalau dsai kembali ke parlimen...
barulah gentle kalau berkokok di parlimen...
salam...
malu? esok depan ALLAH lagi malu,bila ALLAH tanya kenapa tak tak pilih jalan yg lain yg boleh membantu kemenangan islam.
kau simpanlah kau punya malu...
salam reformasi..
bertekar-tekar pasal DSAI nak bertanding kat maner..
hehehe..
bagi pandangan sayer DSAI mennunggu sehingga petisyen bantahan pru 12 selesai..bagi melihat parlimen maner yg di kosongkan..seperti dun sanglang..
apabila ader parlimen yg perlu dikosongkan pader pandangan sayer baru DSAI masuk bertanding. secara tidak langsung tidak perlu mengorbankan maner2 kerusi yg di menanggi PR. Parlimen yg dilihat kemungkinan di arah kosongkan adalah di parlimen kuala kangsar dimaner penyandang rafidah aziz tidak menandatangangi surat penamaan calon . kes ini masih di mahkamah.. kita tunggu dan lihat.. jika mahkamah memihak kepada rafidah aziz mungkin kerusi yg paling tepat untuk di tandinggi adalah permatang pauh. mungkin DSAI tidak akan menhebohkan awal2 di maner DSAI akan bertanding kerana pihak umno dan bn akan cuba sedaya upaya untuk mengalahkan DSAI..sebagai contoh..umno bandar tun razak telah berkempen secara senyap..kerana menanggap DSAI akan bertanding di bandar tun razak.. Pemuda umno bandar tun razak telah mengerakkan kepura-puraan di maner mereka mengumpul tandatangan kononnya menentang kenaikkan harga minyak.. aper punya bodah lah pemuda umno nie..yg naikkan minyak ketua korang..naper tak bantah secara dlm umno..lagi satu mereka telah menjemput bekas ketua pemuda PKR ezam mohd nor untuk menyampaikan ceramah pada mlm ini rabu 25 jun.. sayer melihat ini sebagai satu kempen secara senyap takut2 kalau DSAI bertanding di bandar tun razak..
secara logiknya DSAI harus merahsiakan kawasan maner yg beliau ingin bertanding..
salam reformasi..
Takkan lari gunung dikejar, Anwar Ibrahim tidak perlu tergesa-gesa, fokus pada 5 negeri PR, pada saya Anwar elok bertanding selepas PR menubuhkan kerajaan di peringkat pusat, mungkin PRU ke-13 atau sebelumnya,.
Post a Comment