Monday, June 23, 2008

Sekampit beras untuk satu keluarga miskin

SEREMBAN, 23 Jun: Nampak kecil iaitu hanya sekampit beras untuk satu keluarga. Namur bagi yang miskin, ia satu sumbangan yang bermakna untuk mereka.

Inilah yang cuba dibuat oleh PAS Negeri Sembilan melalui program “Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan”.

Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan bertujuan untuk membantu keluarga miskin dan yang memerlukan dari pelbagai lapisan kaum dan agama.

Hari pertama ia dilancarkan, sebanyak 12 kampit beras telah diserahkan oleh para penderma semasa majlis ceramah umum yang telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Paroi pada 18 Jun 2008.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Hj Omar menyeru kepada semua mereka yang berkemampuan terutamanya di kalangan AJK serta ahli PAS secara khususnya serta orang ramai agar tampil ke hadapan untuk membantu keluarga miskin yang semakin ramai sekarang ini akibat kenaikan harga minyak.

20 comments:

suhaimi said...

salam...


alhamdulillah....rezeki dari ALLAH...

utohkacil said...

TQ PAS, Alhamdulillah!, klu kumpul 1 tahun dah jadi 12 kampit x 5kg. = 60KG.

BN bila lagi nak bagi?
Klu BN nak bagi, tak sah banyak2, setakat 10kg atau 29kg cukup le.

Kita tunggu, sangup ke BN buat tu.

WANITA SETIAWANGSA said...

jangan terlalu memberi ...

ajar mereka cara menangkap ikan bukan dok beri ikan ...

retrospectmind said...

berikan mereka ikan yang kecil sebagai perangsang untuk mereka berusaha menangkap ikan yang besar wanita setiawangsa...

retrospectmind said...
This comment has been removed by the author.
bn@umno said...

Woi jangan terlalu terpengaruh ini hanyalah lakonan ajelah.Kononnya nak ambil hati rakyat je.BN lagi ikhlas dalam memberi bantuan.sokonglah Umno kini dan selamanya.

utohkacil said...

Sdr bn@umno

Klu orang nak beri apa pun, kita sebagai orang Islam kena ber shukur ke pada Allah.
Walau tahi ayam pun klu orang beri kita kena bershukur - buat baja.

Ini le dia sifat BURU UMNO, dengki,iri hati dan busuk hati!

Tak payah le susah2 masuk sini tunjuk kan sifat BURUK UMNO itu. Kami ahli PAS dah masak dgn sifat terkutuk orang UMNO, terutama nya ahli2 yg ada kepentingan, semua nya tamak halobe mengumpul harta kekayaan dengan menibai wang rakyat.

Anda adalah salah satu daripada nye. Kaki bodek, kaki jilat dan segala2 kaki yg busuk2.

Itu sebab anda teringin masuk buat kacau di sini. Hentikan lah sebelum terlambat. Bertaubat lah sebelum ter lambat!

Jaga saja lah BN(UMNO) anda yg BUSUK dan dah mula nak REPUT

suhaimi said...

salam...

apa?sokong umno? umno tolak islam.kau je lah yg sokong.

utohkacil said...

Memberi 5kg beras sebulan kepada rakyat miskin jangan kita anggap 'memberi ikan'

Bantuan ini kita dianggap sebagai zakat dari PAS kepada orang miskin.

Mengapa BN(UNMO) tidak beri 'kail' kepada orang miskin ini?

Dah lebih 50 tahun BN(UMNO) memerintah, mengapa masih ramai Melayu miskin pape kedane?

Berapa banyak 'kail' yg BN(UMNO) telah beri kepada orang miskin ini selama ini?

Kehidupan rakyat Malaysia jika dibandingkan dgn Singapura sangat jauh berbeza, macam langit dengan bumi.

Semasa Singapura di pisah kan dari Malaysia, Tengku Abd.Rahman ada berkata,
"Biarkan dia mahu berpisah, mereka bukan ada apa2, nanti bila mereka kebuluran mereka akan datang menyembah kita"

Nah! Lihat sekarang, siapa yg kebuluran?

Malaysia tidak boleh maju seperti Singapura walaupun kita ada se gala2 nye seperti mega pertanian mega perindustrian, mega oil production, MENGAPA????

Sebab nye, SEMUA PEMIMPIN BN(UMNO) 'CORUPT' - Kaki tibai - rasuah dalam segala bidang. Dari pemimpin nombor one hingga lah kepada ketua cawangan.

'wanita setiawangsa & bn(umno) belajar lah sejarah politik, jangan hanya menyokong membabi buta.

Ingat jika ini berterusan, satu hari nanti anda juga akan kelaparan!

Hubaya Gunung Semanggol said...

Dahlah tak pernah nak bagi, bila orang lain bagi, buat bising pulak...

Tak dak akai punya pendokong UMNO/BN....!!

Piraaah UMNO..!!!

roti said...

syukur dapat rezeki. skang ni klu nak beli beras cap jalaludin pun dah dekat rm40.gaji lebih skit tapi Barang Naik.

suhaimi said...

salam....

kita sama2lah berdoa' agar kerajaan yg ada sekarang bertukar kepada kerajaan yg baru.takkanlah nk selamanya umno?kerajaan islam dulu pun bertukar-tukar dgn kerajaan islam yg lain.mula2'bani 'umaiyyah',lepas tu 'abbasiah' terus ke uthmaniah.ni umno tak,nk memerintah sampai kiamat,mana boleh?

mat_terab said...

Walau bagaimanapun aku ucapkan tahniah....nak harapkan Puak-puak umno ni jangan kan nak bagi sekampit beras sebiji beraspun belun tentu...
bagi kat puak-puak kroni depa adalah........

azhar said...

Program Merakyatkan Ekonomi 1 idea yg menarik...Insentif(subsidi) seharusnya terus kpd rakyat.Pemberian beras satu contohnya.Harap diteruskan dgn program lebih besar.

Program Mengkopratkan ekonomi tajaan BN ternyata gagal.

Sebagai contoh IPP(independent Power rroducer).subsidi gas diberi kpd syarikat2 IPP sprt malakoff,ytl & lain2 melibatkan pemberian berbillion ringgit dgn harapan menolong TNB menampung permintaan tenaga elektrik & TNB juga dipaksa membayar kpd IPP.

IPP Dah lah dpt subsidi,dpt duit lg dari TNB.Bukankah lebih baik wang subsidi terus disalurkan kpd rakyat melalui rebet bil elektrik...?????Ini hanya satu contoh Insentif(subsidi) kpd Syarikat korporat..

HARAP DENGAN AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI TAJAAN PAKATAN RAKYAT warga marhain Malaysia lebih makmur....

miekabo said...

ello semua,
camne aku boleh ter'miss' yang ini???

hehehe.... menarik....

dah perangai orang BN@UMNO, mengaku dia jer yang bagus...

kepada wanita setiawangsa...
aku kesian kat kau lah....

kat keliling kau tu banyak org2 susah, miskin... bukak mata sampai terbeliak....

pergi la bantu sama.... jangan duk kondem orang lain....

kepada bn@umno.... kau "berkokok" la sorang-sorang

mac said...

Ni program mmg baik.. aku sangat sokong. Hanya Allah dpt membalas pahala kpd penderma2.

Perindu said...

bn@umno said...
Woi jangan terlalu terpengaruh ini hanyalah lakonan ajelah.Kononnya nak ambil hati rakyat je.BN lagi ikhlas dalam memberi bantuan.sokonglah Umno kini dan selamanya.

June 23, 2008 12:01 PM
***********************************

Ikhlas kebendanya? BN semua barang naik, tak tahu ke dengan kenaikan harga minyak RM2.70 telah menyebabkan kenaikan berantai barang-barang yang lain.

Semalam 26/6/08 Pak Lah cuba main wayang lagi dengan membuat beberapa peruntukan tambahan untuk rakyat malaysia. Semuanya main Bilion... Beliau cuba untuk mengelakkan rakyat marah kepada beliau dengan kenaikan minyak tempohari sedangkan apa yang beliau umumkan itu adalah perkara yang beliau dah cakapkan sebelum ini.

Rakyat terus tertipu dulu, kini dan sokmo-sokmo....

suhaimi said...

salam...

PM kata kerajaan dah tak mampu beri subsidi pd rakyat.yg peliknya beri benda lain boleh pulak?
masa minyak naikkerajaan beri subsidi rm625,setiap kenderaan dpt,sampai 5 kenderaan sorang pulak tu.lepas tu beri dividen kat peneroka.kurangkan cukai pendapatan,roadtax,mcm2 lagilah.ada pulak duit pulak tu?bukan ke elok kalau di kumpulkan semua duit tu dan di beri pada subsidi minyak.tak perlulah di naikkan minyak tu.
kata ramai ahli ekonomi kat kerajaan ni,tp tak tahulah.aku memang tak tahu pasal ekonomi ni...

irfandina said...

salam...

kalau bab harga minyak ni tak kiralah sama ada penyokong bn or pr semuanya merasa perit...ntahla...tapi kalau dikira pada realiti memanglah harga minyak dunia sekarang ni melambung sampai ke peringkat yg tidak masuk akal...secara jujurnya dalam keadaan sekarang memang negara kita memerlukan barisan kepimpinan yg mampu untuk menstabilkan kembali negara kita kearah yg lebih baik...

suhaimi said...

salam...
mudah je caranaya.tumbangkan umno dan barisannya.selesai masalah.tak payah pening2 kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...