Bagi beliau, mendedahkan segala bukti yang ada dimahkamah lebih penting dari menjawab segala kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak sekarang.
Raja Petra turut memberikan alasannya yang tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.
Beliau berkata tindakannya itu disebabkan laporan yang pernah dibuatnya pada tahun 2002 tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis, bahkan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis – oleh itu, beliau tidak yakin lagi untuk melaporkannya kepada polis.
Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika ini bertambah hangat dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin pada 18 Jun 2008 yang lalu.
Dalam akuan tersebut Raja Petra menyatakan;
* Rosmah Mansor isteri Najib merupakan salah seorang daripada tiga individu yang ada di tempat kejadian. Dua orang lagi ialah Leftenan Kolonel Aziz Buyong (pakar letupan C4 – orang yang b ertanggung meletakkan C4 pada tempat-tempat tertentu badan Altantuya, dan isteri Aziz, yang juga pengawal peribadi Rosmah.
* PM Abdullah ada menerima laporan bertulis dari pihak perisikan tentera dan beliau menyerahkan laporan tersebut kepada menantunya untuk disimpan dengan selamat.
* Seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan. Dalam akuan tersebut, nama-nama seperti Rosmah Mansor (isteri TPM), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan Khairy Khairy Jamaluddin disebut dengan jelas. Malah Rosmah dikaitkan secara langsung dalam pembunuhan tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, polis mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Khairy Jamaluddin, Rosmah dan dua individu lagi yang dikaitkan dengan kes ini, seperti yang dinyatakan dalam akuan Raja Petra, iaitu seorang yang didakwa berpangkat kolonel dan isterinya, pengawal peribadi Rosmah.
Namun akuan bersumpah itu segera dinafikan oleh mereka. Abdullah dengan tegas menyatakan tidak menerima apa-apa laporan bertulis dari pihak perisikan tentera, bahkan menantu beliau, Khairy Jamaluddin turut menafikan ada menyimpan laporan tersebut. Pada masa yang sama Khairy turut menyifatkan akuan berkanun tersebut berniat jahat dan mencemarkan kredibiliti beliau.
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak turut menafikan bahawa isterinya Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya seperti didakwa oleh Raja Petra Kamarudin pengendali blog Malaysia Kini.
Dalam perkembangan lain, suatu usul tergempar dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, bagi membincangkan dakwaan Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu. Lim berkata akuan bersumpah penulis tersebut sesuatu yang serius.
Namun usul tergempar yang diserahkan oleh wakil Ipoh Timur, bagi membincangkan dakwaan yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu ditolak.
Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul Lim Kit Siang itu dengan alasan subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang sedang berlangsung.
27 comments:
Kalau benar lah dakwaan Raja Petra ini maka ia adalah satu perkara yang amat Serius....kerana ia melibatkan seorang Timbalan Menteri secara lansung.....?
Kalau melihat Senario apa yang berlaku pada DS Anuar Ibrahim maka ia lebih kurang sama malahan pekara ini adalah lebih serius lagi kerana ia melibatkan pembunuhan. Dan tuduhan pula di buat melalui pengakuan bersumpah di makamah berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anuar hanya melalui sebuah buku.
Jika kaadaan ini di ambil kira maka seharusnya DS Najib seharusnya di nasihatkan bercuti oleh PM atau jika engan boleh di pecat seperti DS Anuar yang pernah di pecat....?
alah ini hanyalah konspirasi politik jelah tokleh percaya sangat tu.Ini hanya untuk merosakkan kredibiliti org BN dan Parti BN itu sendiri.
salam...
si mamat ni kalau melibatkan pemimpin dia bukan main lagi.tak betullah propagandalah.cuba kena kat pembangkang,melompat2 mengatakan benda tu betul.
kat malaysia ni tak usah percayalah dgn pemimpin umno.kalau mereka terlibat,bukan main di tutup rapat2 lagi.cuba pembangkang yg buat,uuh...masing2 nk jadi hero.pemimpin umno ni munafik...
Aku setuju kalau Raja Petra tutup mulutnya sekarang. Buka mulut hanya di mahkamah. Supaya dakwaanya direkodkan dan semua akhbar siarkan secara jujur.
salam.....
Aku bukannya menegakkan benang yg basah tapi untuk menjelaskan perkara yg sebenar hasil daripada sumber-sumber maklumat yg dipercayai untuk tatapan bersama.Segala mklumat yg disampaikan di sini semuanya benar belaka.Janganlah korang terlalu mempertahankan pemimpin yg korang sokong walaupun jelas dan terang-terangan PR memang tidak berupaya mentadbir Malaysia percayalah.Di sini aku ingin bertanya kepada korang adakah korang komen kat sini merujukkan kepada sumber-sumber yg dipercayai?kalau tak janganlah lagi memberi hujah yg beleh mengelirukan para pembaca blog ini dgn memberi fakta-fakta yg salah yg langsung tidak masuk akal ini.
RPK gua caya lu. Bagi dia orang mengelabah banyak. Biar padan dengan penyokong umno pemimpin mereka sebenarnya memang tak bermaruah. Bila orang cakap tak percaya. Dalam paper in semua tak keluar jadi orang2 umno di kampong tak tahu apa2. Ingat pemimpin mereka baik.
PR = Pakatan Rompak
PR = Pakar Rasuah
PR = Penjahanam Rakyat
PR = Pencacai anwaR
PR = Pembohong Rakyat
PR = Penghina Raja
PR = Penjilat buntot anwaR
PR = Pendek akal, Rosak hati
PR = Penipu Rakyat
PR = Pakar Rusuhan
PR = Pii Rah mabuk!!!!!!!!!!!!!!!!!
Annuar Ibrahim hanya boleh jadi PM semasa dalam MIMPI shj.hahaha
Itu lah UMNO namanya. Bila kena atas batang hidung tak percaya. Bila kena atas PR bukan main bising. Kes isu babi, isu DEB, isu Balak, isu manifesto dll.
Bila kena atas batang hidung BN senyap sepi. Kalau ikut kempen dalam media BN dalam PRU12 seolah-olah Kelantan tumbang dan diperlekehkan kekuatan PR. Hasilnya rakyat bijak dan tidak mudah diperbodohkan sepanjang zaman akhirnya Kelantan menang cemerlang, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor tumbang. Bila kalah timbul pula masalah ketuanan melayu.
Berbalik dakwaan oleh Raja Petra kalau dah betul dakwa sahaja Raja Petra di Mahkamah biarkan mahkamah jatuhkan hukuman kepada Raja Petra.
Belum apa-apa dituduh bohong, sampah dan sebagainya. Rakyat menunggu saman dari Datin Sri Rosmah dan dari TPM. Selagi tidak disaman jangan ingat rakyat mudah terpengaruh dengan propaganda UMNO/BN.
Berani kerana benar takut kerana salah. Ayuh ambil tindakan ke atas Raaja Petra itulah sebaik-baik cara untuk membersihkan nama Datin Sri Rosmah/TPM dan juga nama baik UMNO/BN.
salam...
akui ingat mamat bn@umno ni sakitlah...meroyan agaknya.tu yg beri mcm2 makna kat PR.hantar kat tanjung rambutan jelah.........
saya berpendapat/bersetuju dgn sesetengah pendapat saudara/i disini bahawa RPK hendaklah mendedahkan bukti2 kpd dakwaan beliau di mahkamah nanti.jgnlah kita menghakimi mana2 pihak justeru mereka memberi kepercayaan kpd mahkamah utk melaksanakan tugas.ketelusan mahkamah dan siasatan yang akan dijalankan biarlah diperhatikan/diadili selepas keputusan diumumkan.fitnah/dakwaan palsu biarlah dihindari drp politik Malaysia,org Islam khususnya meskipun sebelum ini byk keputusan mahkamah diragui ketelusannya,biarlah rakyat sekali lagi menghakimi pemimpin politik melalui pru-13 kelak.
salam...
Raja Petra ialah
1. sudah nyanyuk
2. gila banyak
3. pemfitnah
4. tak tahu undang-undang termasuk hukum hudud
5. agen yahudi
6.dibayar oleh anwar al-juburi
7.kacukan mat salleh...sebelah bapanya adalah keturunan yahudi
8. penulis blog dan menggunakan internet untuk memusnahkan orang melayu
9. suka melihat melayu malaysia sama seperti melayu indonesia yang hidup susah dan berpecah belah
10. suka merajuk- rela tidak makan dalam penjara asalkan dapat wang rm5,000
pkrpasdap.blogspot.com
sememangnya aku sokong kau 200% abe mie.
Kenapalah para penyokong PR ni bingai sangat?aku perhatikan komen-komen penyokong PR masih seperti kebudak-budakan dan tak ada kematangan langsung apabila berhujah.
saya tidak menyokong mana2 pihak.saya menyokong keputusan hakim.dilihat melalui tindakan rpk memang bermotif politik semata-mata dan diragui kredibiliti beliau yang mencetuskan banyak perpecahan di kalangan rakyat.
salam...
saya menyeru kepada AG supaya kes ini diberi priority supaya perkara sebenar dapat didedahkan kepada umum...semoga dengan pemulihan institusi kehakiman dinegara kita akan membolehkan kes ini dapat dibicarakan dengan adil dan telus...
sememangnya rakyat mengharapkan supaya keadilan ditegakkan kerana kes ini melibatkan pemimpin kanan didalam kerajaan...
sudah2lah dengan segala kelemahan dan kepincangan yg terdapat dinegara ini...sesungguhnya negara kita memerlukan pemimpin yg berkemampuan dalam menghadapi cabaran dalam keadaan dunia yg semakin menekan pada hari ini...
semoga Allah membantu rakyat m'sia dengan mengurniakan barisan kepimpinan yg benar2 bersih dan berkaliber...
majoriti rakyat kini berada dalam dipersimpangan...entah yg mana satu pilihan yg terbaik...bn or pr...
tetapi sekiranya dakwaan raja petra ini adalah fitnah semata-mata maka hukuman yg berat haruslah dijatuhkan kepada beliau...
kpd yg pro dan contra, satu perkara je aku nk bgtau korg semue. RPK berani buat pengakuan bersumpah cam2 sbb ade seseorg(pemberi maklumat)yg akan backup die. kalo xde bukti yg kukuh, x berani la RPK nk buat pengakuan bersumpah tersebut. kalo ade bukti tp x kukuh, RPK xkan berani buat hal camnie. baik die biar kan aje kes nie diselesaikan di makhamah.
En. bn@umno, awak ni emosionallah,.
Tidak kira siapapun, baik tertuduh mahupun yg menuduh, sesiapa didapati bersalah harus dihukum seadil-adilnya,.
bermotif politk ke atau tidak itu bukan pointnya di sini. Yg penting betul ke Rosmah terlibat?. Kita tunggu aje RPK reveal dalam mahkamah. Kalau RPK tak betul, saman dan penjarakan dia. Ini bukan kes mainan, para pengampu umno. RPK di pihak yg tak mempunyai kuasa dan mamat2 umno tolong ingat sikit, berani ke RPK nak buat main-main? Parah dia nanti kalau tak betul.
I'allah kebenaran akn terbukti jua.Siapa xknal najib,sblm plhnraya kta myk x naik,tp alih2 lps plhnraya
myk naik.siapa xknalpak lah,jnji dlmmanifesto selamat,aman dan makmur,tapi skrg tiap2 hr ada kes bunuh,rompak dsbgnya.jelas sifat munafik para pemimpin bn.kpd abg mie,x pyh la nilai diri org lain,nilai diri sendiri dlu...aku dlu mmg pntang org ktuk umno n bn.tp lpas aku teliti,kaji n selami setiap pkara yg kononnya dperjuangkan oleh para pemimpin umno n bn,aku talak 3 thadap bn.bygkan aku dr djh 1 sgp bkorban utk umno,tp pd umur 28 aku bcerai krna jelas umno yg ader kini jauh dr matlamat asal pnubuhannya.bilaaku tliti komen abg mie n bnumno,aku gelak sdri sbb sikap mperbodohkan dri sdiri ni dipupuk olh pemimpin atasn umno.jelas dpergunakan n dpebodohkan.
sdr nb@umno,
siapakah anda yg layak buat komen kepada YM RPK?
Dah berapa lama anda kenal kah YM RPK?
Jika dibandingkan , anda hanya lah se ekor kucing kurap yg ber IQ-0.
Lagi banyak anda bercakap, lagi lebih banyak anda memperlihatkan ke BODOHAN ANDA.
Kalau anda seorang MANUSIA yg beragama ISLAM dan BER AKAL dah tentu anda akan berasa malu dengan kata2 anda yg tidak boleh diterima oleh manusia yg berakal.
tunggu......
Apa-apa pun saya tabik bergetar kepada RPK kerana keberanian dan bertanggung jawab beliau terhadap apa yang beliau buat. tidak macam bn@umno profile pun tadak. asyik menyorok!
bn@umno adalah seorang umno totok tahap karak gigi... tahap ketotokan dia dah kira tahap tatar gigi yg berulat
so... tak payah tegur dia... dia hidup betuhankan umno... biarkan dia
Aik!! suka saya membaca komen bn@umno,mcm saya kenal je ayat2 sinonem dia tu,atau mmg dah mcm ni cara semua org umno.(sbb saya pun dulu umno karat gak)bila part pkr tak caya konspirasi,tp bila part bn caya lak konspirasi,tp tak apa lah klu dah mmg mcm tu cara kamu,cuma saya tengok kamu ni banyak sgt mengambik ckp2 tuhan,tak elok tu,yang bolih kata "hanya pemimpin bn yang mampu jd PM" adalah Allah,klu kamu yang mengata kan nya berarti kamu dah mendahului n mengambil kerja2 tuhan,agak2 lah dlm berkata kata.
Apa pun saya bersetuju sgt lebih baik membunuh dari memfitnah,n sbb itu mereke2 itu memilih MEMBUNUH ALTANTUYA drpd memfitnah nya,cuma tak beerti si PEMBUNUH bolih dilepaskan.
Kita tunggulah apa kehendak Tuhan.
Wallahuallam.
Aik!! suka saya membaca komen bn@umno,mcm saya kenal je ayat2 sinonem dia tu,atau mmg dah mcm ni cara semua org umno.(sbb saya pun dulu umno karat gak)bila part pkr tak caya konspirasi,tp bila part bn caya lak konspirasi,tp tak apa lah klu dah mmg mcm tu cara kamu,cuma saya tengok kamu ni banyak sgt mengambik ckp2 tuhan,tak elok tu,yang bolih kata "hanya pemimpin bn yang mampu jd PM" adalah Allah,klu kamu yang mengata kan nya berarti kamu dah mendahului n mengambil kerja2 tuhan,agak2 lah dlm berkata kata.
Apa pun saya bersetuju sgt lebih baik membunuh dari memfitnah,n sbb itu mereke2 itu memilih MEMBUNUH ALTANTUYA drpd memfitnah nya,cuma tak beerti si PEMBUNUH bolih dilepaskan.
Kita tunggulah apa kehendak Tuhan.
Wallahuallam.
sdr abe mie, bn@umno,
klu anda berasa lebih handal drpd RPK
cuba le masuk ke laman RPK dan hentam dia di sana.
melaung melalak kat sini tak fadeah apa2 pun.
TUNJUK KAN JANTAN ANDA DI LAMAN RPK - 'MALAYSIA TODAY'
Post a Comment