Friday, June 6, 2008

Cadangan perlantikan Pesuruhjaya PAS negeri bukan ditangan Presiden parti
Pro dan kontra

KUALA LUMPUR: Tiga Pesuruhjaya PAS negeri mempertahankan cara perlantikan jawatan pesuruhjaya-pesuruhjaya di negeri melalui kuasa PAS Pusat yang mana Presiden Parti mempunyai kuasa mutlak.

Baru-baru ini PAS kawasan Temerloh telah meluluskan usul dalam muktamar mereka supaya Perlembagaan PAS atas Fasal 34 (4,5,6,7) dipinda bagi membolehkan negeri-negeri mengadakan muktamar mereka sendiri sekaligus boleh memilih melalui undian pimpinan peringkat negeri termasuk jawatan pesuruhjaya.

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang ketika diminta mengulas cadangan tersebut berkata, beliau tidak yakin perlantikan pesuruhjaya dilakukan mengikut sistem yang dicadangkan itu kerana bimbang berlaku ketidakpuasan hati dikalangan calon-calon yang bertanding.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin pula menyifatkan pemilihan Pesuruhjaya negeri melalui undian akan menjadikan pemilihan jawatan tersebut bukan lagi berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman seseorang individu sebaliknya siapa yang lebih banyak mendapat undian.

Bagi Pesuruhanjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pemilihan Suruhanjaya PAS negeri melalui undian kadangkala tidak tepat kerana undian tersebut tidak semestinya memihak kepada calon yang pengalaman, berkelayakan dan mempunyai keperibadian yang baik.

Manakala dalam satu tinjaun Siasah, cadangan PAS kawasan Temerloh itu mendapat respon positif dikalangan ahli dan pimpinan PAS peringkat bawahan.

"PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya bersikap lebih terbuka dalam hal perlantikan saf kepimpinan," kata Ketua PAS Cawangan Taman Merdeka, Salleh Osman.

Ada ahli PAS juga menyokong cadangan tersebut kerana berpandangan hanya ahli-ahli PAS peringkat akar umbi sahaja yang benar-benar mengenali pemimpin di peringkat negeri yang layak mejadi Pesuruhjaya.

Ikuti laporan penuh dalam akhbar Siasah yang akan berada dipasaran Ahad 8 Jun

12 comments:

abe MIE said...

salam...

ahli PAS jangan kutuk PAS, nanti salah...masuk neraka...ikut aje ulama PAS...peluk kuat-kuat DAP, cium PKR...dan masuk kayu kat belakang buntut UMNO....

pkrpasdap.blogspot.com

suhaimi said...

salam...

apa jenis punya manusialah si mie ni....

idaman said...

salam suhaimi..saya pun tak faham apa jenis org mcm nie agak nya org umno memang macam tu kot

mek chabang4 said...

ikut pada sistem demokrasi pemilahan secara mengundi kepada ahli adalah sebaik baiknya bukan secara perlantikan.

mu'iz said...

assalamualaikum
caranya mudah. pas perlu kembali kepada sistem syura.

syphoon said...

setuju dengan mu'iz. PAS punyai sistem syura, meletakkan mereka yang layak pada tempat yang sepatutnya.

Tak kisahlah syura tu dibuat diperingkat pusat, ataupun negeri...

wallahua3lam.

irfandina said...

salam...

pasal ni no komen...

tapi just nak share dgn kengkawan semua ada artikel menarik tulisan Dr Asri (mufti Perlis) dlm mingguan m'sia pada hari ni(8/6/08)

sekurang-kurangnya ia merupakan satu pendekatan berani drpd ulama muda yg berani menegur pemimpin atasan didalam media yg dikuasai oleh pemerintah....

Hamzali said...

Pilih mengikut demokrasi betul jugek tapi mungkin yang pandai cakap je terpilih akalnya kurang. Secara perlantikan oleh presiden pulak mungkin timbul persoalan pilih kasih. Yang penting Ketua mesti boleh ditegur dan mesti menerima teguran. Selalunya apabila ditegur tu mesti ada salahnya. Mana anak berani menegur bapa kalau bapanya tak melampau. Tiada sistem yang benar-benar sempurna, yang terpilih mestilah jujur dan berkemampuan buat kerja jgn dok sibuk berceramah terlupa tanggungjawab. Susah jadi pemimpin, dosa pun banyak kalau tak betul. Wallahualam.

mad-man said...

Nampak nye dah sah le ada 2 ekor BEROK tolol dah terlepeh kat sini

Seko name nye - abe mie

Seko lagi - irfandina

MUHAMMAD AIMAN said...

slm..
apapn cara tbaik adlh mlalui sistem syura..d sini tdk akn tmbul soal plh ksh krn bkn presiden seorg yg mmbuat kptsn mmilih..tp mlibatkn smua ahli majlis syura..
dn smua pn th proses syura bknlh suatu proses yg mudah..
wslm..

Wan Rashid Mohammad said...

ada masa berkunjunglah ke www.wanrashid.blogspot.com

suhaimyarif said...

aku sokong umno sebab tu barang naik, minyak naik, bawang naik, KOTE JGK YANG LEMBIK....KHAS TUK ABE MIE......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...