Friday, June 27, 2008

Datuk Mustafa Ali sertai dunia blogger

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Di mana sahaja beliau bercakap, Datuk Mustafa Ali tidak segan silu mengaku beliau 'buta IT" tetapi apabila semua sudah menjadi blogger, beliau menyertai dunia ini dengan membuka blognya sendiri 'padapendapatsaya.blogspot.com' mulai 24 Jun lalu.

Tulisan pertama beliau dipostingkan hari ini.

Dengan nama blognya, Politik Malaysia, Mustafa mula menulis hari ini dan beliau nampaknya menjadikannteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sasarannya.

Mustafa, kini Pengarah Pilihan Raya PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, melahirkan rasa tidak puashati dengan cara Khalid mengendalikan Selangor ala CEOnya manakala untuk Lim Guan Eng pula beliau tidak senang cara Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

"Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO. Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan," tulis Mustafa dalam blognya.

Untuk Lim Guan Eng pula beliau menulis:-

"Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN.

"Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu," tulis Mustafa dalam blognya.

Baca tulisan Mustafa sepenuhnya di sini:-
http://padapendapatsaya.blogspot.com/

7 comments:

suhaimi said...

salam....

saya setuju dgn cara dato' mustafa ali.teruskan menegur cara2 pemimpin PR memerintah.semoga mereka tidak jauh dari perjuangan mereka.
rakyat sedang menilai cara mereka menangani masalah yg timbul.apa pun kita semua perlu membantu pemimpin kita di atas.jgnlah kita asyik menunding jari sesama sendiri.ini yg pemimpin umno suka.jadi sentiasalah berjaga-jaga....

irfandina said...

salam...

itulah realpolitik m'sia pada hari ini...dan untuk pengetahuan kawan2 semua inilah wajah sebenar pkr dan dap...pkr sentiasa merasakan bahawa mereka adalah peneraju dalam pakatan rakyat maka mereka boleh membuat keputusan sesuka hati tanpa perlu merujuk kepada pas terlebih dahulu...

manakala dap seperti yg kita semua sedia maklum...tidak pernah mengiktiraf pas sebagai rakan karib dalam perjuangan...dan rekod telah menunjukkan bahawa dap tidak pernah ambil peduli ketika mereka hendak mengeluarkan kenyataan untuk mengkritik pas....

tambahan pula dap memang tidak senang dengan keputusan mb kedah apabila tidak melantik wakil dap dalam barisan exco negeri kedah...dan balasannya...dap juga tidak melantik wakil pas dalam barisan exco negeri penang walaupun wakil rakyat tunggal pas dalam state penang yb hamdan pernah menawarkan diri secara terbuka untuk menjadi exco agama di negeri pulau pinang...

moral of the story...ko fikirlah sendiri....

suhaimi said...

salam....

lumrah manusia,memang selalu tak berpuas hati.siapa2 pun mcm tu.bukannya senang nk puaskan hati semua org.....

dariana said...

salam.jika kita semua sedar siapa kita dan mengakui beriman, kenapa dalam berikhtilaf kita tidak kembali kepada Quran n sunnah? ikhtilaf sebeginilah baru menghasilkan rahmat Allah.Dlm surah al-'Asr ada gesaan supaya beriman, amalsoleh,berpesan2 perkara benar n berpesan agar bersabar. Jadi, lepas 100 hari kerajaan PR baru lepas edah. Yg baik terimalah yg tak berapa betul nasihatlah dgn berhikmah agar teguh dalam kebenaran dan sentiasa bersabar dengan karenah setan sekitar.

dariana said...

salam.jika kita semua sedar siapa kita dan mengakui beriman, kenapa dalam berikhtilaf kita tidak kembali kepada Quran n sunnah? ikhtilaf sebeginilah baru menghasilkan rahmat Allah.Dlm surah al-'Asr ada gesaan supaya beriman, amalsoleh,berpesan2 perkara benar n berpesan agar bersabar. Jadi, lepas 100 hari kerajaan PR baru lepas edah. Yg baik terimalah yg tak berapa betul nasihatlah dgn berhikmah agar teguh dalam kebenaran dan sentiasa bersabar dengan karenah setan sekitar.

MOHD AFIQ said...

Syabas kepada Datuk Mustafa Ali, semoga anda terus konsisten dalam perjuangan. Kritiklah atas nama Allah yang Maha Mendengar lg Maha Mengetahui, demi untuk kebaikan bersama. Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, bunyinya lebih kurang begini 'Berkata benarlah kamu sekalipun ia memeritkan', wallahualam,.

MOHD HARIS said...

selamat menulis datuk

semoga dpt melontarkan idea2 bernas dari pengalaman datuk yang berpuluh tahun dalam politik

salam

http://haris-maa.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...