Monday, June 16, 2008

Dilema Najib: Mencabar Abdullah atau menunggu dia berundur

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang berada di persimpangan. Mencabar bosnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau membiarkan pihak lain mencabar dan menerima risiko tidak akan merasa kerusi Presiden Umno dan Perdana Menteri itu.

Sehingga kini, Tengku Razaleigh Hamzah sudah mengesahkan akan mencabar Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember nanti. Yang sedang diusahakan oleh beliau sekarang adalah mencukupkan pencalonan untuk membolehkan beliau bertanding.

Untuk itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh beliau dan penyokongnya termasuk menawarkan jawatan kanan kepada pemimpin Umno di Sabah.

Najib kekal dengan sikapnya tidak mahu melawan bos, sekurang-kurangnya di mata umum.
Namun, usaha keras sedang dibuat oleh penyokong dan petugas-petugas beliau untuk menekan Abdullah agar berundur menjelang perhimpunan Umno nanti untuk membolehkan Najib memegang jawatan itu secara yang baik.

Yang menjadi dilema beliau adalah bagaimana kalau Abdullah enggan berundur kerana mengikut pelan Abdullah sendiri dia akan berundur selepas 2010 nanti.

“Jika begitu, tetap aka nada orang yang akan mencabar Abdullah. Bagaimana kalau orang itu bukan Najib. Ku Li misalnya dan menang pula kerana peluang untuk menjatuhkan Abdullah dalam suasana sekarang sangat tinggi. Apa nasib Najib selepas itu?” kata satu sumber.

Oleh itu, Najib tidak boleh menolak faktor beliau akan terlepas peluang untuk menjadi presiden Umno jika tidak bertanding kali ini.
Rakan sepasukan Najib kini adalah Tan Sri Muhyidin Yasin yang nampaknya lebih vokal dalam menyampaikan hasrat dan menekan agar Abdullah berundur sebelum Disember ini.

“Muhyidin sudah mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. Running mate beliau adalah Rais Yatim yang akan bertanding naib presiden. Jadi, ke mana Najib kalau tidak bertanding presiden. Ini yang Najib tak mahu lakukan. Sebab itu, cara yang diambil Najib adalah memberikan tekanan kepada Abdullah agar berundur dengan baik. Ini yang dinamakan mempercepatkan proses peralihan kuasa,” kata satu sumber Umno kepada Siasah.

Menurut sumber itu juga, pelbagai cara dilakukan Najib untuk menekan Abdullah.

Di Terengganu, orang Najib dikatakan datang dan bekerjasama dengan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) untuk kempen menyerahkan balik royalty minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Ini adalah usaha untuk menekan Abdullah,” kata sumber itu.

Dalam kes kenaikan harga minyak juga ada unsur tekan menekan ini.

“Najib memperlihatkan sokongan kepada pengumuman Abdullah menaikkan harga minyak padahal dia tahu rakyat marah dengannya. Ini pun sebenarnya satu usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah,” kata seorang wartawan kanan.

Persoalan kewajaran Najib untuk memimpin Umno juga dibangkitkan kerana beliau terpalit dengan pelbagai skandal. Dari Altantuya hinggalah skandal pembelian pelbagai jenis peralatan tentera.

“Walaupun Najib dilihat tidak bersih dan terpalit dengan pelbagai skandal tetapi Umno tidak ada pilihan. Jika tidak mahu Abdullah, Najiblah sahaja pilihannya,” kata wartawan itu lagi kepada Siasah.

Dalam pada itu, Abdullah sendiri dikatakan mula membina pasukan sendiri setelah para penyokong beliau tahu Najib bukanlah pihak yang boleh dipercayai untuk mempertahankan dirinya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan disebut-sebut sebagai ‘running mate’ Abdullah.

“Mohamad Hassan telah umumkan akan bertanding untuk naib presiden. Dan tidak mustahil beliau juga akan dicalonkan untuk timbalan presiden. Nampaknya, mengikut perkiraan Abdullah, Najib akan kekal bersamanya. Tetapi jika apa-apa berlaku, Mohamad Hassan yang akan bertanding timbalan presiden melawan Muhyidin,” kata satu sumber kepada Siasah.

Kenapa Mohamad Hassan?

“Mengikut orang Abdullah, Mohamad Hassan tidak dilihat terlalu ambitious. Lagipun, beliau antara pemimpin yang sedang naik dalam Umno sekarang,” kata sumber itu lagi.

16 comments:

mek chabang4 said...

dimelaka zaman dulu ada 5 pendekar dengan awal hurufnya HANG,di zaman IT ini bertambah lagi satu HANG iaitu HANG SETIA DATUK NAJIB,
Apa ditunggu lagi datuk najib ahli umno dan bukan ahli umno dah beri sokongan pada datuk teruskan hunuskan kerismu,kerana ketua mu dah taperforming lagi dan berstatus weak jikalau mahyuddin tamahu jadi partner ambil orang negeri melaka mohd ali rustam sebagai u punya secondman.

Adil said...

Terus terang sajalah cakap. Si Najib ni tak layak langsung jadi pemimpin. Buktinya lihatlah apa yang dia buat masa jadi MB Pahang dan ketika jadi Menteri Pelajaran di mana telah merosakkan langsung sistem pendidikan di negara kita. Dia bertanggungjawab menghapuskan srp, sekolah vokasional dan menyebabkan wujudnya masalah disiplin di sekolah dengan memperkenalkan pmr di mana pelajar yang tidak lulus boleh terus bersekolah. Inilah yang memusnahkan kualiti pendidikan dan menimbulkan masalah disiplin. Orang macam ni tak layak jadi PM

Nor Rodin Bin Khalil said...

ala BN biasala....
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
pandai cakap bohong.
Lama-lam jadi menteri.


Najib memang tak layak jadi PM.

Anonymous said...

Biar siapa pun yang menjadi pemimpin dalam UMNO/BN, dasar mereka serupa sahaja.
Kata-kata mereka hanya tong kosong sahaja.
Bunyi saja bising, tapi habuk tadak!!

boooopi said...

Saya sebagai kelompok Melayu berpendapat.
"Kita telah gagal mewujudkan satu bangsa Malaysian, dan perlu menerima hakikat yang kita terdiri dari pelbagai bangsa dan agama-agama. Setiap kelompok harus melupakan tradisi masing untuk mencapai matlamat ini. UMNO telah gagal dalam politiknya.
Pakatan Rakyat adalah satu wadah yang berkemungkinan dapat menrealisasikan gabungan kolompok2 ini..
Sekarang bukan masa untuk membezakan antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu.
Keamanan dan keharmonian di negara ini hanya menjadi tercapai apabila pembahagian menguntungkan antara kaum disaksamakan.
"Apabila mereka bercakap hak-hak mereka, mereka akan berkata ia adalah baik dimana kita tinggal dalam sebuah negara yang pelbagai bangsa
"Ia adalah lebih mustahak untuk merawat semua orang sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, dengan tujuan menyumbang dengan berkesan kepada pembangunan negara."
"Ia adalah masanya kita rakyat Malaysia berfikir sebagai satu Bangsa Malaysia, bekerjasama untuk memaju negara dan menghadapi cabaran masa depan yang senyawa sebagai satu.
Malaysia seharusnya sebuah negara di mana kumpulan etnik utama 'Orang Melayu” harus mengakui kaum-kaum lain dan membiayai mereka dengan hak-hak yang adil sebagai manusia.
Integriti adalah pada haqiqatnya bahawa segala rakyat itu berasa aman berpunca daripada kumpulan teras serupa nilai-nilai (Satu Identiti). Menekankan gagasan integriti kejujuran yang serupa bagi setiap peribadi.
‘Integrity is to the extent that everything a person does from the same core set of values’
These UMNO old stuffs are not capable to unite races of the Malaysian breeds.

mat_terab said...

Nampaknya Najib akan kempunan la nak jadi perasiden umno dan PM kali ni...
Silap-silap haribulan Tengku Razali Menang kali ni merebut jawatan Pengerusi umno ini kerana orang umno tidak ada pilihan lain kalau najib tidak menawarkan diri merebut jawatan perisiden umno kecuali lah kalau Muhidin Yasin juga turut bertanding....namau setakat ini hanya Tengku Razali saja yang akan mencabar Pak Lah.....
pak Lah Sekiranya Tengku Razali menang sudah tentulah Najib gigit jari, namun kalau Pak Lah menang sekalipun belum tentu Pak Lah akan menyerahkan jawatan pada najib dengan mudah, kerana mungkin pada masa itu Pak Lah akan kata dia masih mendapat sokongan daripada akar umbi maka tiada alasan untuk beliau meletak jawatan.......
Nampaknya kempunan la lagi rosmah nyoya mansur nak jadi wanita pertama......

Unknown said...

kasi pas lagi baik umno nampak sangat tololnye

Unknown said...

najis ke coolie ke same je semua takble pakai...jadi bapak ayam bole le....

irfandina said...

salam...

pak lah dengan ketidakmampuannya...najib pula dengan skandal yg tidak berpenghujung...anwar ibrahim?????rasanya dah menjadi sebahagian dari sejarah....or hadi awang????setakat ketua negeri bolehla...

rasanya dah sampai masanya m'sia dipimpin oleh generasi baru...

rasanya melayu tidak kekurangan pemimpin yg berkebolehan...

peon-pencen said...

Sekarang UMNO dah 'Check-mate'.

DSAAB - tunggu masa gugur atau di
gugurkan.
DSNTR - tunggu undur atau di
undurkan.

Saya kira yg paling layak ialah menteri yg pernah membawa duit berguni guni keluar negara tu.

Sebab dia seorang sahaja 'menteri yg mesra rakyat'. Sanggup berkampung memberi bantuan diserata ceruk rantau negeri.
Menteri seperti ini lah yg patut di lantik menjadi PM.

suhaimi said...

salam...

ha..ha..lepas tu dgn duit org kampung sekali dia kebas.sebelum dia kebas,cantas dulu si 'malaun' tu...

Hamzali said...

Laaa apa nak kisah sangat dia cabar ke tak. Orang politik ni sama je. Yang memerintah sibuk nak buat duit banyak-banyak,yang membangkang tahu bangkanggg je. Rakyat dok asyik subsidi je. Agak-agak kalau Tok Najib jadi PM OK ke Malaysia ni. Orang yang layak jadi PM ni Tok Nik Aziz je sorang. Hidup Tok Guru!!!

atzmand said...

assalamualaikum sdra/sdri,
saya tengok tajuk posting ni pun naik meloya nak baca.
so saya tak baca, saya terus buat konklusi:
najib tkyahla buang masa cabar paklah atau tunggu pakLah undur. kedua2nya kena undur serentak. bagilah kat org lain pulak. 10.9juta rakyat (pengundi) dah meluat tahap cipan... sungguhh...

atzmand said...

...najib, kalau nak poskan ke mongolia sbg duta malaysia ke sana, aku sokong!

atzmand said...

hujah aku simple aje..
macamana nak jadi kepala negara, baik PM maupun TPM, kalau jadi kepala rumahtangga pun fail: anak bini sendiripun tak boleh suruh tutup aurat. tu yg paling simple tu.. belum lagi bab ibadah. camana nak jaga akidah rakyat kalau akhlak sendiri teruk. korang pikir lah sendiri..

suhaimi said...

salam...monkeyhead...

komen yg sungguh bernas.kalau rakyat tak boleh fikir tak tahulah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...