PAS memohon dalam rayuan itu agar Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Ustaz Hashim Jasin adalah pemenang yang sah untuk pilihan raya itu bukannya setakat mengisytiharkan pilihan raya itu tidak sah.
Ini kerana, dalam perbicaraan itu, para defendan iaitu SPR dan calon BN mengaku berlaku salah pengumuman oleh Pengurus Pilihan Raya semasa pengisytiharan calon 8 Mac lalu.
Sepatutnya, calon PAS Hashim Jasin diisytiharkan menang tetapi pegawai pengurus itu mengistiharkan calon BN yang menang.
Dalam keputusannya, Hakim Pilihan Raya Kangar memutuskan pilihan raya itu batal dan tidak sah selepas petisyen dibuat oleh Hashim.
Ini kerana, selepas kes Wee Choo Keong pada tahun 2003, pindaan telah dibuat terhadap akta pilihan raya di mana Mahkamah Pilihan Raya tidak lagi boleh membuat keputusan untuk mengisytiharkan mana-mana calon menang tetapi hanya boleh memutuskan sesuatu pilihan raya itu sah atau sebaliknya.
Sementara itu, Umno Perlis sudah mula turun ke kawasan pilihan raya itu untuk membuat persiapan. Majlis Tertinggi Umno juga dikatakan sedang menimbangkan samada pemilihan PARTI peringkat cawangan Umno yang sepatutnya bermula Julai hendak diteruskan atau tidak ekoran kemungkinan pilihan raya kecil kawasan Sanglang.
Namun, SPR tidak boleh mengisytiharkan pilihan raya kecil diadakan sehinggalah prosedur petisyen mahkamah ini selesai.
6 comments:
Kenapa SPR masih senyap dan tidak berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya? ini menunjukkan SPR bukan Suruhanjaya Pilihanraya tapi Jabatan Pilihanraya Barisan Nasional(JPBN)...
"......Ini kerana, dalam perbicaraan itu, para defendan iaitu SPR dan calon BN mengaku berlaku salah pengumuman oleh Pengurus Pilihan Raya semasa pengisytiharan calon 8 Mac lalu.
Sepatutnya, calon PAS Hashim Jasin diisytiharkan menang tetapi pegawai pengurus itu mengistiharkan calon BN yang menang......."
Walaupun terbukti nyata hanya kesilapan pada pengumuman sahaja, hati busuk BN(UMNO) dan SPR akan berdegil dan mengunakan kuasa kejam mereka untuk berbuat apa saja.
Bukti nye mereka sanggup mengadakan PRK semula, dan sanggup membazirkan wang rakyat berjuta2 ringgit lagi.
salam..
rasanya topic ni mcm dah ada that day....nak komen pun takde semangat....
lawan la balik...itu hari pun mnang majoriti x byk.i'allah yakin pd ptolongan allah.lwn secara jantan.biar mreka dgn pdustaan tp kta blas dgn kbenaran.hrap2 umno kna TKO kali ni.
-umno dulu, kini dan hari ni jek.
Umno memang akan TKO and KO terus....
UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA tak relevan....
berdasarkan peristiwa ini,
aku rasa selepas ini BN boleh menang besar dan sapubersih Malaysia.
Setiap kali pilihanraya, kecil ke, besar ke, umum ke, apa ke, memang dia pasti menang.
caranya mudah - tak payah panggil hantu lagi - cukup dengan, pastikan semua petugas SPR yang 'tukang istihar pemenang pilihanraya' adalah orang BN, pekerja lain sapepun takpe - sebab bila istihar pemenang - istiharkan saje BN menang - lantak le sape lebeh undi - tapi pemenang tetap BN - bila pemenang sebenar bawa pegi mahkamah - mahkamah hanya boleh setakat istihar, keputusan pilihanraya batal, itu saja, BN tak rugi sebab memang bukan dia menang - lepas tu SPR istihar pilihanraya kecil (kalau pemenang sebenar tak bawa kemahkamah BN dapat kerusi free) - dalam pilihan raya kecil nanti, SPR istihar BN menang lagi walaupun kalah - bawah mahkamah lagi - pilihan raya lagi - buat macam ni sampai BN menang undi atau pemenang sebenar tak bawa kemahkamah lagi - dengan cara ini, pasti semua kawasan baik DUN atau parlimen mesti BN sapu bersih - sebab mengikut undang undang, cara ini sah.
inilah dinamakan undang undang "MALAYSIA BOLEH"
Post a Comment