Friday, June 20, 2008

Dakwa seleweng: Laporan polis dibuat ke atas Dewan Usahawan Industri Desa

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Selepas usaha melalui mesyuarat agung gagal bahkan menerima surat tunjuk sebab pula, Pemeriksa Kira-kira 2 Dewan Usahawan Industri Desa (Duid) Malaysia, Mohd Zabri Muda (gambar) mengambil keputusan membuat laporan polis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi 7 Jun lepas, selepas kira-kira seminggu menerima surat tunjuk sebab dari Duid ekoran keengganan beliau menandatangani laporan tahunan badan bukan kerajaan itu.

Zabri yang datang sendiri ke pejabat Siasah berkata, beliau telah cuba menyelesaikan isu apa yang dinamakan beliau sebagai 'penyelewengan jutaan ringgit wang dari kerajaan' tetapi tidak berjaya.

"Bagi menjaga kepentingan saya selepas diberikan tunjuk sebab dan atas keyakinan saya bahawa apa yang saya buat betul, saya mengambil keputusan membuat laporan polis berkaitan dengannya," kata Zabri kepada Siasah.

Ekoran laporan itu, Zabri telah diambil kenyataan selama lebih empat jam oleh Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan laporan itu.

Menjelang Mesyuarat Agung Duid pada 26 Mac lalu, Zabri telah dipanggil dua kali oleh Exco Duid untuk menandatangani laporan akaun Duid untuk dibentangkan dalam mesyuarat itu.
Namun, selepas beberapa soalan berkaitan akaun itu gagal dijawab dengan memuaskan oleh mereka, Zabri mengambil keputusan tidak mahu menandatanganinya.

Duid adalah sebuah NGO yang ditubuhkan dengan sokongan kerajaan untuk memajukan industri desa di negara ini.

Untuk itu, pelbagai jenis geran diterima dari badan kerajaan dan kementerian untuk membolehkan Duid menjalankan aktiviti untuk ahlinya atas nama membangunkan industri desa.

Antaranya Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga Kementerian Kewangan di samping badan kerajaan yang lain.

Namun, sebagai pemeriksa kira-kira, Zabri mendakwa pelbagai keraguan timbul dalam laporan akaunnya yang menyebabkan beliau sebagai juruodit membuat penyiasatan.

Namun, kerana membuat penyiasatan itu, Zabri telah dipersalahkan oleh Duid dan menjadi salah satu dakwaan yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab terhadap beliau.

Antaranya:-

"Sebagai Pemeriksa Kira-kira 2 Duid, tuan telah membuat penyiasatan dengan mengambil dokumen/penyata kewangan daripada pejabat Setiausaha Syarikat dengan niat jahat tanpa kebenaran pihak pengurusan.

"Sebagai Pemeriksa Kira-kira 2 Duid, tuan dengan niat jahat enggan menandatangan Penyata Kewangan Duid bagi tahun berakhir 2005, 2006 dan 2007 untuk dibentang dalam mesyuarat agung tahunan Duid kali ke 7..."

Menurut Zabri dalam laporan polisnya, tuduhan itu menafikan haknya sebagai pemeriksa kira-kira dan ahli Duid.

"Ini berpunca kerana Ahli Jawatankuasa telah mengetahui saya memiliki maklumat tentang penyalahgunaan kuasa oleh Ahli Jawatankuasa dan penyelewengan wang berjumlah jutaan ringgit milik Duid khususnya wang sumber daripada peruntukan kerajaan melalui pelbagai kementerian berlaku dalam jangkamasa hampir lebih kurang lapan tahun," tulis Zabri dalam laporan polisnya.

Bagi Zabri, surat tunjuk sebab tersebut bertujuan untuk menghalang dia dari mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta menyingkir beliau dari Duid secara terancang.

Beliau berkata, tujuan laporan itu dibuat adalah untuk keselamatan dan mempertahankan dirinya di samping memohon polis menyiasat peruntukan wang kerajaan ini untuk kepentingan usahawan kecil luar bandar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Duid, Wan Mansor Wan Omar ketika dihubungi Siasah berkata, beliau tidak tahu menahu lagi tentang laporan polis itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan memberikan reaksi selepas laporan ini disiarkan oleh Siasah nanti kerana beliau juga perlu merujuk kepada Mesyuarat Duid yang akan diadakan hujung bulan ini.

Beliau berjanji akan memberikan penjelasan mengenainya selepas berbincang dengan Presiden dan AJK yang lain.

28 comments:

harimau said...

salam,

ape beza nya DUID ngan IKS ha...

thanks

Usahawan Desa said...

Salam para pembaca,

Saya ni ahli tertua duid juga, saya dan ahli lain berpendapat saudara Zabri Muda ni ada masalah MENTAL sebab ketika mesyuarat agong duid pada 26/3/08 tu saya pun hadir dari mula hingga sidang mesyuarat agong ditangguh.

Persoalannya KENAPA,
1.Saudara tidak berada dalam dewan mesyuarat agong hingga sidang ditangguhkan..?

2. Ahli lain maklum yang saudara telah di minta menyemak penyata kewangan duid untuk di audit dan setelah dibentang pada mesyuarat khas audit sebelum mesyuarat agong saudara telah bersetuju akan penyata duid bersama Bendahari kehormat serta anggota lain tetapi saudara telah menghilangkan diri dari sidang mesyuarat tanpa sebab...

3. Selepas mesyuarat agong pada mesyuarat AJK Agong pertama saudara telah dijemput untuk hadir tetapi saudara gagal untuk hadir sedangkan saudara telah bersetuju untuk hadir..

4. Saudara juga gagal untuk hadir pada mesyuarat Biro Displin DUID pada 10/06/08 jam 3.00ptg..

5. Untuk pengetahuan umum Saudara Zabri Muda baru dilantik sebagai pemeriksa kira-kira 2 DUID untuk penggal pertama, adakah saudara telah mengetahui dan memahami 100% perjalanan duid..

6. Lebih banyak lagi akan saya dan ahli duid lain akan dedahkan perihal dan tingkah laku saudara Zabri Muda...antaranya saudara Zabri Muda adalah buta akaun...

Saya adalah antara ahli duid tertua bersama ahli dari seluruh negara sejak duid ditubuhkan 10 tahun dahulu menyokong penuh tindakan duid kepada saudara zabri Muda.

Penjelasan ini adalah penjelasan bersama 1,700 ahli DUID Malaysia serta memberi sokongan 100% kepada AJK Agong DUID untuk apa juga tindakan untuk saudara Zabri Muda.

Terima Kasih atas tindakan saudra Zabri Muda mudah-mudahan tugas memecat keahlian beliau mengikut Perlembagaan DUID lebih cepat dapat dilakukan dengan laporan polis dan pendedahan oleh beliau sendiri melalui media ini...

Salam dari,
Ahli Tua DUID

AJK DUID KEDAH said...

Para ahli DUID dan Pembaca budiman,

Kami AJK dan ahli DUID Kedah menyokong komen usahawan desa, kami juga antara ahli yang hadir pada Mesyuarat Agong DUID pada 26/03/08 dan mengikuti sidang hingga akhhir.

Kami ahli DUID dari Kedah amat kesal dan rugi mengundi sdra Zabri Muda untuk jawatan Pemeriksa Kira-kira 2 sedangkan ada lagi ahli yang berwibawa memegang jawatan tersebut.

Kami berpendapat sdra Zabri Muda tidak pandai menjalankan tugas atau tidak faham akan peranan tugas beliau.

Kami berasa tertipu atas tingkah laku beliau yang dengan tindakan tanpa merujuk dan memahami perjalanan DUID dengan jelas sanggup cuba memusnah dan merosak kan imej DUID.

Kami ahli DUID Kedah seramai lebih 300 orang ahli berdaftar menyokong penuh apa juga tindakan oleh AJK Agong DUID.

Kami juga menyokong penuh kepimpinan Presiden DUID Tn.Hj Mahmud Matnor bersama AJK Agong ( Terdiri daripada wakil 12 negeri )dan para EXCO DUID.

Diharap AJK Agong DUID mengambil tindakan PECAT KEAHLIAN mengikut PERLEMBAGAAN DUID.

Kami ahli DUID Kedah tidak mahu ada ahli sebagai PEROSAK kemajuan usahawan industri desa.

Kami DUID Kedah berharap AJK Agong DUID teruskan perjuangan membela nasib usahawan desa yang amat memerlukan khidmat nasihat DUID dalam usahawan desa menuju ke arah Globalisasi.

Sesungguhnya Exco dan AJK Agong DUID telah menjalankan amanah dengan penuh jujur serta ikhlas demi kemajuan usahawan melayu di luar bandar.

Lebih banyak fakta akan didedahkan mengenai tingkah laku Zabri Muda di komen akan datang...

Kami menyeru semua ahli duid memberi komen secara bebas mengenai perkara yang di dakwa oleh Zabri Muda.

Salam untuk semua ahli duid seperjuangan diseluruh negara.

Dari AJK dan Ahli DUID Kedah

AJK DUID KEDAH said...

Kepada harimau,

Beza Duid adalah Dewan Usahawan Industri Desa malaysia sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu memajukan usahawan industri desa.

IKS bermakna. Industri Kecil dan Sederhana.

INFO dari AJK DUID Kedah

suhaimi said...

salam...

apa nk bising2,tunggu jelah siastan lebih lanjut.kalau ada penyelewengan,siapa2 yg terlibat kena tanggunglah,makan duit haram.
kalau tak alhamdulillah.kadang2 kita jgn bangga sgt jadi ahli paling lama.bila lama kita lagi pandai pusing.takkanlah org bodoh sgt nk pergi balai polis buat report kalau dia tk syak sesuatu.buang masa je,baik dia buat kerja dia.kepada ahli yg beriya-iya sgt nk pecat en zabri tu tunggu jelah.

mulutmurai said...

Salam semua usahawan desa,

Tiada orang komen si Zabri tu bodoh. Tuan suhaimi yang komen, cuma terlalu cerdik kot.

Kita orang pun kenal sangat dengan si Zabri ni, dulu dia duduk di kawasan gombak je, kata melanjutkan pelajaran di UIA secara sambilan.

Dengar-dengar kata kahwin pula dengan bekas siswazah kat situ...
entah yang di terengganu macam mana pulak...janganlah marah pulak sebab saya ni mulutmurai sikit.

Bukan nak bising2, tapi dah dalam ruangan ni apa hal, tentu lah untuk dibisingkan...

Kalau niat siasat dulu tak kan nak publish online kot...atau saja cari publisiti...

Jika dikira cara polis, mesti tak boleh di hebohkan dulu, tunggu siasat....

Salam dari mulutmurai..

orangsabah said...

Hello semua,

Kami ahli duid sabah tidak hairan dengan si Zabri tu sebab sebelum mesyuarat agong tempoh hari pada malam sebelum mesyuarat tu di ada cuba lobi-lobi ahli dari sabah dan lain-lain ahli tapi kami berpendapat dia macam ada masalah mental sebab apa yang dia cakap tidak konsisten macam pusing-pusing saja.

Lepas dia diberi surat tunjuk sebab pun dia ada cuba lobi juga tapi kami pun hairan kenapa setekat surat tunjuk sebab saja dia tidak mahu jawap. kalau tiada salah laku jawap saja lah bukan ada hukuman gantung sampai mati...

Kami dapat maklumat dia kalau ada cek untuk elaun kehadiran dia cepat-cepat datang ambil dan tidak pula dia tolak...

Gila bah dia ni...

Sepatutnya kita disemanjung yang lebih advance dalam keusahawanan tolong - tolonglah bantu kami disabah bukan cuba musnahkan pula tempat kita berlindung...

Ibarat membakar rumah sendiri...

Konfom bah dia gilaa....

Kami ahli dari sabah menyokong penuh kepimpinan DUID serta AJK Agong dalam apa juga tindakan selanjutnya..

Salam dan datang-datanglah kesabah bah..

Terima kasih dari,
orangsabah

singa utara said...

Salam ahli duid semua,

Wahai si zabri, hang kata apa tu sampai repot polis pula, ari tu hang kata minta sokong hang kot ada harapan naik pangkat tapi bila tak dak pemilihan hang buat pesen lain pulak.

Hang macam nak belas dendam ni, aku ni usahawan desa nooon di utara tapi aku hadir juga pada mesyuarat agong tu, aku pun heran pasai apa yang hang hilangkan diri masa perbahasan dan cadangan di ajukan oleh ahli lain.Hang lepai buat pertanyaan hang terui hilang pasai apa sebab aku bodoh-bodoh pun tau tempat mempersoai ka, cadang ka atau mohon penjelasan ka, tempat tu adalah semasa mesyuarat agong baru karan.

Tapi terus terang kami ahli dari utara rata-rata kata kalau hang tu dapat jadi pemeriksa kira - kira 2 tu pun nasib saja, orang utara kata saja habuan.

Aku tengok gambag hang diblog ni handsome tapi sayang ciri keusahawanan tu takdak langsung potong stem saja setakat pakai t-shirt kola bulat pula, mengaji tinggi ohhh.

Suhaimi kata pasai apa bising-bising tapi apa boleh buat ahli duid seluruh negara ada 1,700 lebih, yang pi masuk laman online sapa suruh.

Aku pun nasib jadi ahli duid sebab dengan bantuan peluang pasaran yang diusahakan oleh para pemimpin duid pusat dapat juga produk aku dipasarkan sampai kepasaraya
besag tau lani.

Yang aku kenai dan tau pihak ajk duid ni pi mesyuarat pun kena pakai duit belanja sendiri kalau ada pun cuba kawan-kawan pikiag noo, dari utara ke KL dan balik pakai keta cuma dibayag elaun rm330.00 termasuk tempat tidug. Kita pakat-pakat kira lah, lepai tu kena tinggai niaga sendiri demi perjuangan usahawan desa lain.

Aku dapat tau yang ada ketika duid pusat takdak duit langsung sampai tak dapat bayag gaji staf 4 orang tapi hangpa nak tau dak macam mana..?

Para exco dan ajk agong ni guna duit sendiri dok giliag hulug tiap bulan supaya dapat bayag gaji staf.

Hang zabri tau dak perkara tu, tapi mungkin hang tu baru dilantik
orang kata takdan cap jari kerinnn.

Walau apa aku ucapkan ribuan terima kasih kepada para pemimpin duid yang dok ada, teruskan usaha membantu kaum mu.Jangan dok lemah semangat dengan si Zabri tu.

Aku pun dok suruh member -member kot gombak pi siasat dia tu.Kot - kot dapat surat hospital tg rambutan kah atau tampoi, nanti cik habag lain noo.

Selamat berjuang para pemimpin duid, kami dari utara sokong apa juga tindakan kepada yang ada niat jahat kepada duid.

Salam dari utara,
singa utara

irfandina said...

salam..

wahai sahabatku suhaimi...aku rasa ko tak payahla nak masuk campur urusan diorang ni...

tapi aku tahu apa motif ko komen macam tu...

suhaimi said...

salam...

apa yg kau org sebuk2,kalau tk nk pakai komen aku,aku pun tak rugi apa2.semua org boleh komen apa2 pun kat sini.nk terima,terima,tak nk sudah.

tp yg lebih2 aku rasa mulut murai dgn irfandina je.dia bukan boleh kalau aku masuk sikit.hati busuklah katakan.

Pemuda said...

Dewan Pemuda Pas Petaling Jaya Selatan
http://www.dpppjs.blogspot.com
dpppjs@yahoo.com

irfandina said...

salam...

amboi ko suhaimi...aku sapa ko dengan ayat sedara...ko kata aku hati busuk...relakslah bro jgnlah tension...ko macam takut pada bayang2 sendiri aje....

suhaimi said...

salam...

malas aku nk layan...

M Y Zay said...

Salam semua..

Dalam NGO ni banyak yang cari peluang, penting buat kerja dengan ikhlas. Kalau nak ambil peluang menipu dan sikap tak jujur tu... tak berkat. Allah lihat apa kita buat.

utohkacil said...

Ini bab cerita (Duid), salah (Duit)
Di mana2 atau bila2 pun mesti ada kecoh. Sebab ada yg kenyang dan ada yg tidak kenyang.
Selalu nya yg tidak kenyang akan marah pada yg kenyang.

Di 'laman DS Mohd.Mohd.Taib', ada nyatakan peuntukan 4 BILLION untuk tingkat taraf hidup rakyat miskin.
Di nyatakan juga di Malaysia ada 10,000 rakyat yg miskin.

Jika betul pekara ini dapat dilaksanakan dah tentu yg 10,000 rakyat miskin ini akan jadi 'jutawan',

Tetapi pada hakikatnya siapa yg akan jadi jutawan?
Tentu lah croni2 DSMMT sahaja.

DollahPandir said...

Hoih hangpa suma...

jangan kechoh2 larr

pi buat kerja la lagi baik..!!

tak pun pi tidoq... zzzZZZzZZzzz...

abe MIE said...

salam...

saya baca komen di atas tak ada ilmiah langsung. mungkin budak-budak belajar tak 'pas' PMR kot... bodoh bahasa dan tahu mengkritik sahaja...

yang ok - saudara 'usahawan desa', ajk duid kedah, dan infardina... yang lain-lain macam sampah komen.

minta pengomen ini berbudi bahasa dan faham tatasusila melayu-islam. yahudi (macam anwar al-juburi) pun pandai menggunakan bahasa yang baik.


pkrpasdap.blogspot.com

miekabo said...

wakakaka....
salam semua....

sian aku nengok korang nih semua...
kita tunggu jer kerajaan baru nanti...

suhaimi said...

salam...

aku ingat dah telungkup si abe mie al-jubury ni?rupanya ada lagi.dia tak tahu ke yg org dah tak brkenan kat dia,eh.. menyebuk lagi.

ni adalah yg menyeru dia masuk kat sini lagi.spesis mcm ni bukannya bolehd di seru,mcm jin,pantang di bakar kemenyan,melompat dia dtg.
lepas ni jgn di seru lagi ah..cantas terus...

DollahPandir said...

MIE = ANAK HARAM

abe MIE said...

.....dan ada yang bodoh dan bengak sekali lupa sebut iaitu 'suhaimi dan dolahpandir'...namapun pandir. baguslah ingat diri sendiri bodoh.

suhaimi said...

salam.....

si malaun mie al-jubury ni jgn di layan sgt.org mcm ni dia sakit sikit.hati sakit kepala sakit,semualah sakit.
sebab semua komen dia bagi aku hanya untuk memenuhi kehendak tuan dia (umno).org mcm ni tak guna utk bangsa dan negara.haprak...

DollahPandir said...

MIE Kau panggil orang dengan nama Aljubury boleh pulak, bila aku panggil kau anak haram jadah kau marah pulak...

Kau panggil ayah orang lain Aljubury, biarlah orang lain kata ayah kau dulu tak bernikah dengan mak kau, sebab tu lah kau anak haram..!!!

Huhuhuhuuhhu...

Memanglah si Dollah tu Pandir... @ Abdullah Al Badawi @ Bodohwi @ mentor pada MIE...

Hohohohohoho...

wazzamata...? pissed...? Go to hell with you...!!! Arsehole...!!

hahahahahahahaha

DollahPandir said...

oh lupa plk

MIE, bapak kau Jimie tu indon yeh??

padanlah tak bernikah..

hahahahahahahaha....

pemerhati said...

Salam,

maaf, saya tak nak tau pasai Duid..tapi kalau betul ada penyelewengan...saya nak ucapkan tahniah utk bro zabri. Sdr Usahawan Desa...tak elok kata orang cam tu...kita sesama islam. Sdr nampak marah je..kenapa?

suhaimi said...

salam....

adalah tu yg tak kena...tu yg marah sgt tu....mereka je yg tahu.kpd saudara subri teruskan je niat suci mu itu.

suhaimi said...

salam...

sorry,saudara zabri,bukan subri.

blues untuk rakyat said...

usahawan desa dengan lain macam orang yang same je..... cuma pakai nick name lain....

opppsss...

hanya andaian je.....

DAKWA JE DEPA YOP.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...