Monday, May 26, 2008

Pemimpin Umno perlu sertai Pakatan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Mei: PAS mengajak para pemimpin Umno supaya membuat perubahan dengan cara baru iaitu menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penyertaan para pemimpim Umno ini penting bagi memastikan tertegaknya kerajaan baru yang berasaskan kepimpinan Melayu Islam serta perpaduan dan keadilan untuk semua kaum di negara ini.

Untuk melaksanakan hasrat itu, katanya, beliau sentiasa terbuka untuk menemui mana-mana pihak bagi menyatakan hasrat PAS itu.

Abdul Hadi berkata demikian dalam kemelut peralihan kuasa yang sedang melanda negara ini sekarang ekoran pengisytiharan keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu.

Bagi Abdul Hadi, parti Umno sudah sampai umur bersara dan para pemimpinnya perlu mencari pendekatan dan platfom baru.

Platform baru ini, kata beliau, akan memastikan tidak ada diskriminasi untuk negeri-negeri di pantai timur (Kelantan dan Terengganu) atau negeri-negeri di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

"Kalau selama ini Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sentiasa ketinggalan di bawah kerajaan lama dan berada dalam kategori negeri-negeri miskin, walaupun mempunyai sumber yang kaya, melalui pakatan baru ini kita berharap akan dapat memperbetulkan keadaan ini," kata beliau dalam pertemuan khas dengan Siasah.

Berhubung dengan keluarnya bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir dari parti itu, Abdul Hadi berkata, tindakan itu membayangkan kerajaan BN pimpinan Umno sememangnya sangat lemah sekarang.

"Kita bersedia untuk memberikan pentas PAS kepada Tun Dr Mahathir jika beliau mahu dan sedia juga mempertimbangkan jika beliau memohon untuk menyertai PAS," kata beliau mengulas tawaran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Mahathir menyertai PAS.

Menurutnya, PAS sekarang sedang menangani perkembangan baru yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dan berusaha untuk meneguhkan lagi pakatan ini.

"Kita selalu bertemu dengan pimpinan lain dalam Pakatan. Yang terbaru kita bertemu dengan Datuk Seri Anwar dan berbincang cara-cara untuk mencapai hasrat bagi membentuk kerajaan baru di peringkat Pusat.

"Nampaknya beliau sangat yakin untuk membentuk kerajaan baru, tinggal lagi kita sedang mengkaji kesan-kesannya atas dasar dan perjuagan PAS," kata beliau.

Untuk itu, kata beliau, para pemimpin Umno perlu juga menyertai pakatan ini kerana kerajaan yang Umno bina itu sudah sampai masa untuk bersara.

6 comments:

peon pencen said...

Pemimpin UMNO tak perlu sertai Pakatan - kerana pada PRU13 nanti UMNO dah jadi pembangkang

kulatlapok said...
This comment has been removed by the author.
kulatlapok said...

mana boleh mereka menyertai PR. Nanti beberapa pemimpinnya tak berpeluang lah nak mendapat projek mega lagi. "Ibarat lebai berjanggut, kambing berjanggut juga"

http://www.kulatlapok.blogspot.com

soba said...

Yang nak sertai pakatan tu mingkin datang dari UMNO yang insaf dan patutpun mereka sertai pakatan untuk berbakti pada rakyat.Yang jadimasalah ialah yang masih tak sedar mereka dihujung tanduk tapi masin sayang nak tinggal UMNO kerana masih dok berkira pasal projet lagi...walhal mereka dok berminpi... biasalah nak buang tabiaat ni SUSAHHHHHHHHHHHHH

ikan said...

Pemimpin umno jenis kaki duittak payahlah sertai PR sbb mereka ni main politik kerana duit, kalau masuk PR takdelah duit lagi nak isi tabung perut mereka nanti. kalau nak masuk PR jadilah macam Dato Kamarudidn Jaafar, Dato Rosli sbb mereka ni tak pentingkan duit, pentingkan kebajikan rakyat..

Unknown said...

macamlah semua pemimpin pr baik2 sangat...jangan la rasa bangga diri sangat..tuhan tak suruh pun puji diri sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...