Wednesday, March 4, 2009

Pusat cuba halang Selangor beri air murah untuk rakyatnya

SHAH ALAM, 4 Mac: Kerajaan Pusat didakwa cuba menghalang kerajaan negeri Selangor dari memberikan bekalan air yang murah kepada rakyatnya berikutan tindakannya mengambil alih urusan menyusun semula syarikat bekalan air dari kerajaan negeri Selangor.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media kerajaan negeri, tindakan Kerajaan Pusat mengambilalih kepimpinan untuk penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor adalah buktinya.

Sedangkan, pada tahun 2008, kerajaan negeri Selangor telah diberikan kepercayaan untuk memimpin penstrukturan ini. Pada 18 Februari lalu, Kerajaan Persekutuan mencelah dan mengumumkan bahawa mereka akan mengambil-alih pimpinan penstrukturan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi air.

Seterusnya pada 20 Februari 2009, tawaran Kerajaan Negeri Selangor telah ditolak oleh syarikat-syarikat swasta terbabit dalam penswastaan ini.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat Rabu lepas telah mengadakan sesiTaklimat Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Selangor kepada semua Yang Di-Pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ahli-ahli Majlis Tempatan serta semua pegawai perhubungan awam di peringkat PBT.

Taklimat diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air Selangor dan pembentangan telah dibuat oleh YB Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Taklimat ini telah berjaya menjelaskan isu sebenar berkaitan penstrukturan air ini bermula dari latarbelakang, kedudukan semasa serta isu-isu utama termasuk matlamat Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu ini.

Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk selalunya memberi maklumat dan informasi penuh kepada rakyat di bawah prinsip urus tadbir yang baik.

Peserta taklimat juga telah dimaklumkan tentang kebenaran yang telah diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk memimpin skim penstrukturan semula industri air pada tahun 2008.

Oleh itu, Kerajaan Negeri telah melantik ahli-ahli Panel Penilai Air bagi membuat kajian teliti serta menerajui pimpinan penstrukturan perkhidmatan industri air di Selangor.

Menurut kenyataan pejabat MB Selangor itu, keputusan memberi tawaran pembelian aset (RM4.6b) dan ekuiti (RM1.1b) syarikat-syarikat konsesi dari Kerajaan Negeri Selangor adalah cukup berpatutan setelah mengambil kira keuntungan semua pihak tanpamembelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Tawaran ini, bagaimanapun dilihat oleh sesetengah pihak tidak memadai kerana belum cukup menguntungkan poket mereka yang tamak, kata kenyataan pejabat MB Selangor itu.

"Campurtangan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah mahu membelakangkan hak Kerajaan Negeri Selangor seterusnya akan menguntungkan kantung sesetengah pihak.

"Keputusan Kerajaan Persekutuan jugadilihat cubaan menyekat matlamat Kerajaan Negeri yang ingin membekalkan air dengan kadar harga yang murah bagi meringankan beban penduduk Selangor dan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri Selangor mahu mengamalkan pendekatan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan mengambilkira kepentingan semua pihak antaranya mengekalkan dasar air percuma 20m3 serta matlamat menurunkan kadar air sekarang sebanyak 10%.

“Bail-out” yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk syarikat-syarikat konsesi air ini adalah bukti kegagalan dasar penswastaan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional.

"Ini ternyata akan mencabar kredibiliti Kerajaan Persekutuan yang telah lama mentadbir tanpa sebarang pembaharuan berkaitan soal kebajikan kepada rakyat," kata kenyataan itu lagi.

11 comments:

izuaf4zi said...

telah terbukti kerajaan BN berhati busuk tak nak rakyat senang,kalau rakyat susah senang depa nak heret kita macam lembu, sory laa BN aku walaupun bekas ank Pen. JKK tmpt aku satu masa lalu telah berjaya membawa perubahan angin politik dlm keluarga aku.skrg org umah dan pak mertua aku dah berat pada PR dah. satu masa lalu byk adun tiap kali nak PRU dok mai sibuk kat umah aku nak kempen skrg pi mampos sama hampa soma.

Firdaus AMK PKR said...

tahniah pada saudara diatas merujuk
pada penghijrahan beliau,keluarga bahkan JKK tempat beliau menetap berani beralih arah dan tau menilai baik dan buruk sesuatu..
anda penilai yang baik..
teruskan usaha anda..
erm..
saudara Izuaf4zi duk kat mana?
supaya AMK PKR dapat tahu..dan boleh merujuk pada Bahagian2 AMK atau PKR ditempat anda..
salam

Firdaus AMK PKR said...

Himpunan 100ribu rakyat bantah PPSMI di Istana Negara sabtu ini 7hb ini .... 2ptg..

Ayuh Selamatkan Bahasa Ibunda Kita!!!

Kakashi Senpai said...

Himpunan 100ribu rakyat bantah PPSMI di Istana Negara sabtu ini 7hb ini .... 2ptg..

Ayuh Selamatkan Bahasa Ibunda Kita!!!

jom kita ramaikan Istana Negara dah bagi lampu hijau jangan tak datang sebab ramai kawan2 aku cikgu2PPSMI dah tak sabar nak turun demo...umno penjahanam bahasa melayu..

uncle nano said...

izuaf4zi said...
telah terbukti kerajaan BN berhati busuk tak nak rakyat senang,kalau rakyat susah senang depa nak heret kita macam lembu, sory laa BN aku walaupun bekas ank Pen. JKK tmpt aku satu masa lalu telah berjaya membawa perubahan angin politik dlm keluarga aku.skrg org umah dan pak mertua aku dah berat pada PR dah. satu masa lalu byk adun tiap kali nak PRU dok mai sibuk kat umah aku nak kempen skrg pi mampos sama hampa soma.

YO LAR SOBAB ENGKAU TU BODOH..BARU NAK CUBA-CUBA NAK JADI KETUA PEMUDA CAWANGAN DAH KENA SAILANG..(HATI BUSUK LE KATA KAN)..KO MEMANG SESUAI MASUK PKR, SEBAB PEMIMPIN PKR SEMUA TAK BLEH PAKAI..CUMA AKU RASA LAR!!BLAKANG JUGA BAIK....TAHNIAH

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Perawi said...

Taniah izuaf4zi said...sebab itu BN takut nak buat p/raya kecil dperak. Dah nampat BN akan kecundang. Org BN dah ramai benci dgn UMNO kecuali uncle nano said....[CUMA AKU RASA LAR!!BLAKANG JUGA BAIK...]yang suka main belakang dgn najib altantuya. Ambil Perak pun melaui jln belakang...malulah. Samalah dgn Mohd Rahmat (Tok Mat) main dgn staffnya ...hehhee

Perawi said...

Bapok perancang liwat, dulu kini & selamanya...dimenangi oleh Najib Altantuya....he3

mat akil said...

terbukti dah BN dah nak karam....

Unknown said...

Kenapa Kerajaan Persekutuan nak halang Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) daripada hasrat murni untuk 'Merakyatkan Harga Air' ??? Why??? Dlm kegawatan ekonomi begini biarlah Rakyat Selangor dpt harga Air yg murah... Kasihanilah kami :(


Biarlah kerajaan Negeri Sendiri yang mantadbir Sumber Air Di Selangor ini. Lihatlah Air di Pulau Pinang lebih murah daripada di Selangor.
Dahlah tu, tan sri rozali (big boss SYABAS) kaya rayassss....

Bagilah rakyat Selangor dapat diberikan Air Percuma 'Foreverrrrrrrr.....'

acoi2005 said...

biarlah pimpinan yg baru s'ngor nak bg keselesaan kpd rakyatnya...yg korang dengki apesal plakkk...rakyat dah tau menilai skg tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...