Monday, March 23, 2009

Altantuya: Seluruh dunia kini perhatikan Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Selepas akhbar Perancis, Liberation mendedahkan cerita terperinci pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dan kaitannya dengan pemimpin negara, akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.

Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.

Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.

Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.

Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.

Abdul Razak telah dibebaskan dari dipanggil membela diri ekoran pembunuhan Altantuya dan kini sedang membuat PhD di Trinity College, Oxford.

Namun dua anggota Unit Tindakan Khas yang menjaga keselamatan pemimpin negara, Ketua Inspektor Azilah Hadri, 32, and Kopral Sirul Azhar Umar, 36, sedang menunggu keputusan atas tuduhan membunuh wanita Monggolia itu.

Dengan laporan dari Times bermakna, sudah empat negara luar yang terlibat secara langsung dalam kes ini iaitu Monggolia yang menjadi negara Altantuya, Perancis yang menjual tiga kapal selam yang menjadi isu serta tempat Liberation diterbitkan, Australia yang menjadi pusat ABC yang menerbitkan rencana khas mengenai rancangan ini dan kini British yang menerbitkan Timesonline.

Isu pergantungan Gobind Singh Deo, anggota Parlimen Puchong juga menimpulkan tandatanya di kalangan anggota Senat Amerika dengan persoalan "Apakah benar Najib terlibat".

Dalam pada itu, kempen sedang dibuat di negara ini agar Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan nanti.

Dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Abdullah kekal manakala ada juga yang mencadangkan agar Yang Dipertuan Agong melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM baru.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazeri Aziz dalam kenyataannya di Dewan Rakyat berkata, Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa mutlak melantik seorang Perdana Menteri yang difikirkannya mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga de facto Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga memohon Yang Dipertuan Agong agar jangan melantik Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia akan memecahbelahkan negara.

29 comments:

kamal farhan said...

najib..alahai najib..

anakkancil said...

elok bebenor la tarok gambar najib...pikior.najib oi..

topguy said...

mampuihlah najib dan ameno...lebih cepat lebih bagus...

dewatawanberapi said...

bawak mengucap...topgay...

dewatawanberapi said...

sikit punya cantik bahasa...ni mesti belajar dari nik ajis...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

ironseven said...

malunya malaysia....

pertama kali dlm sejarah bakal pm dan tpm terpalit isu2 moral. satu dunia memerhati. apatah lagi yg dapat projek tu kroni2 bakal pm.

cepat2 sikit la bapak tantuya tu bwk kt international court. biaq cepat terserlah kebenarannya. setakat sumpah, p.ramlee pon sumpah jugak dlm cerita madu tiga...

PAS UNTUK SEMUA said...

Ini lah salah satu petanda yang menunjukkan UMNO sudah sampai kepenghujung jalan.

PAS UNTUK SEMUA said...

Bila terkeluar sahaja topick seperti ini, pencacai2 UMNO semuanya terkecut ...?... Langsung tak berani memberi ulasan.

kamal farhan said...

Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?
Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Altantuya, Najib

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Diterbitkan pertama kali di akhbar Liberation French, 5hb Mac 2009

kamal farhan said...

Blogger Upahan UMNO Keliru Antara Najib Dan Najis
Posted by: jai // Category: Puisi, UMNO, Zalim

Pada suatu hari, seorang pemuda yang tak berapa muda serta berperangai tiga suku sedang berjalan-jalan mengelilingi kampungnya.

Pemuda yang tak berapa muda itu dikenali dengan nama Rahman.

Sedang dia asyik menikmati keindahan angin sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan yang indah di kampungnya tiba-tiba Rahman ternampak akan satu objek yang menyerupai taik kucing di depannya.

Lalu dia melompat untuk mengelak supaya kakinya tidak terpijak objek yang menyerupai taik kucing itu.

“Opssssssssss……” Kata Rahman sambil melompat ala pendekar membuka langkah silat akibat terkejut.

“Celaka betul. Ini mesti kucing si Sumno punya taik ni” rungut Rahman.

Sumno ialah seorang pendatang Bangladesh yang tinggal di kampung Rahman dan bekerja di ladang.

Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap objek itu maka Rahman pun mendekati objek tersebut.

Dia membongkokkan badannya dan melihat objek itu.

Tiba-tiba hatinya berkata:

“Ishhhhhhhhhh….. Betul ke taik kucing ni? ‘Confuse’ aku.” Keluh Rahman.

Rahman tidak puas hati lalu dia menonggeng(doggie style) sambil hidungnya mencium objek tersebut ala anjing menghidu makanan lagaknya.

Dan dengan tak semena-mena Rahman termuntah dan berungut lalu berkata:

“Uwekkkkkkk… Baunya macam taik kucing?” kata Rahman.

“Tapi betul ke taik kucing?” kata Rahman lagi.

Rahman masih belum berpuas hati lantas diambilnya objek tersebut lalu diletakkan di atas tapak tangannya.

Dibelek-beleknya objek tersebut yang kini berada di atas tapak tangannya seraya berkata “Macam taik kucing je rupanya ni. Baunya sama, tapiiiiiiii…..”

Seribu satu persoalan sedang bermain-main di kepala otak tiga suku Rahman sekarang.

Kepalanya betul-betul runsing akan status objek tersebut.

“Ishhhhhhhhh… Pening aku dibuat dek benda ni.”

“Lantaklah!!!! Apa nak jadi pun jadilah. Asalkan aku dapat pastikan apa bendanya ni cukup. Yang penting aku puas hati”.

Tanpa berfikir panjang lagi maka Rahman pun terus memasukkan objek tersebut ke dalam mulutnya lalu dikemam seperti gula-gula.

Dan tiba-tiba……

“Tuiiiiiiiiiiiiiii….!!!!” Rahman berludah.

“Celaka sungguh kucing si Sumno ni, berak merata!!!” getus Rahman marah.

Dan Rahman pun berlalu dari situ dengan perasaan yang teramat marah kerana telah terkemam taik kucing.

“Celaka ko Sumno!! Kalau aku dapat engko siap la engko aku kerjakan” rungut Rahman dengan perasaan marah.

Tiba-tiba Rahman terfikir dan hatinya menjadi gembira.

“Ishhhhhhh…. Apasal pulak aku nak marah??? Aku sepatutnya gembira kerana tak terpijak taik kucing si Sumno tadi. Kalau tidak habis kaki aku berbau taik kucing”.

“Hahahahaaaaaa……!!!!” Rahman ketawa gembira dan bangga kerana memikirkan dia amat bernasib baik serta bijak kerana tidak terpijak taik kucing Sumno walhal dia terlupa yang dia telah terkemam taik kucing Sumno.

MORALNYA DI SINI IALAH “JANGAN SESEKALI DEKATI BENDA-BENDA YANG NAJISSSSSSS!!!”.

Nukilan: Jai - Kerajaan untuk Rakyat.

Karya ini disesuaikan dengan tingkah laku pencacai dan blogger upahan UMNO yang haprak.

add said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anakkancil said...

Letakkan diri anda di tempat dia sekarang.tapi anak jgn lah meniru kerjaya spt itu...apa yg akan anda rasa bila mana anak yg membesar didepan mata ayah dibunuh dan di musnahkan dgn C4.Perasaan sedih ,kecewa maraqh ,dendam dan yg tidak dapat di gambarkan pasti ada dlm jiwa seorang yg bergelar ayah...
so kita sebagai rakyat Msia pasti akan berkata tiada perikemanusiaan org yg sanggup berbuat perkara sedemikian.So tunjukkan lah sikap keperihatinan anda dgn x mengundi BN terutama UMNO

bn@umno said...

AKU TAK PERCAYA NAJIB TERLIBAT DGN PEMBUNUHAN ALTANTUYA.sebelum ni Najib telah bersumpah yg beliau tak pernah mengenali Altantuya.kalau najib tu di pihak yg salah takkanlah Najib berani membuat sumpahan.lagipun sumpah-menyumpah ni bukannya boleh dibuat main-main.dan satu lagi kes bersumpah yg mana Saiful bersumpah yg beliau telah diliwat oleh DSAI.kalaulah Saiful tu dipihak yg salah takkanlah saiful berani membuat sumpah dgn menggunakan al-quran.jadi ini menunjukkan yg Najib dan Saiful berada di pihak yg benar.

Kapak Batu said...

byklah penjenayah terlepas klu hanya bersumpah aje, lepas bersumpah tak payah di siasat atau tidak di dakwa dimahkamah

ngalabu said...

ha,ha,ha,ha,ha ' bangganya ' aku sebagai rakyat Malaysia.

ngalabu said...

apa khabar 'mahaguru' tsb, lama tak dengar cerita.

ngalabu said...

apa khabar 'mahaguru' tsb, lama tak dengar cerita.

DongfangWuDi said...

bnyaknya org2 bodoh dlm blog bodoh ni....

ironseven said...

bn@umno,

dangkalnya hujah kau. p.ramlee pon selalu bersumpah dlm filem2 dia. kalau hanya bersumpah boleh dikatakan tak bersalah, buang je undang2 mahkamah tu. suruh perasuah2, pencabul2 pekerja hotel, perogol budak2 sekolah, pelaku2 dlm vcd seks dan zina bersumpah. tak perlu siasatan polis dan sprm lagi sbb sumpah dah cukup dah. bhgn siasatan jenayah polis pon tak payah ada pon tak pe. bykkan mikropon kt masjid sbb org senang nk sumpah...

najis kata bukan komisen tapi bayaran perkhidmatan. tp kenyataan ni kata lain.

"Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar"

kenapa perimekar? kenapa rajak? kenapa tantuya? kenapa rekod tantuya hilang? siapa tuan kambing hitam?

wahai bapak tantuya, percepat bwk kes ni ke international court. supaya cepat sikit bersih nama najis. sumpah je tak cukup...

DongfangWuDi said...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

SIASAH...bila lagi???

AdDukhon said...

aparahhh...suka2 ja nak gantung..ala byk lg sumber2 berita yg mutakhir dan sensasi boleh kta baca....

PAS UNTUK SEMUA said...

Itu lah kelebihan UMNO, penakut dan bacul. Kemarahan dan kebencian rakyat yang berfikiran waras terhadap UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi.

Semakin di tekan maka semakin bertambah kuat Pakatan Rakyat.

Rakyat yang berfikiran waras dan telah sedar keburukan UMNO sudah keluar tinggalkan UMNO.

Lebih 50 tahun UMNO memerintah, akhirnya melayu jadi bangsa kelas nombor corot, lebih rendah dari taraf kaum pendatang.

Penyokong UMNO/BN cuma tinggal pencacai2 yang ada kepentingan sahaja.

shyufi said...

peluru sesat said...
bnyaknya org2 bodoh dlm blog bodoh ni....

......................................................................

mengaku ko akhirnya...fuh!!..lega xpyh la aku ulang ape ko komen 2!

shyufi said...

saya bangga menjadi rakyat malaysia!!
mendapat liputan dunia !!
dpt bantu gak datuk lina kiter..kementerian plancongan..
slamat dunia akhirat!

momotaro said...

aiyoyo!!! ini najib sudah panas bontot sekrg... maner ko najib? klu betul akhbar tu fitnah, kenapa kau tak saman jer akhbar tu...

malu malaysia woi!!!!

add said...

Mampuih cepat la nik ajis@najis lagi baguih hj hadi buat persediaan untuk jadi menteri dijabatan perdana menteri ganti zahid hamidi.

Bila najib jadi PM siap la juak-juak PR ni... seminggu sebelum jadi PM dah gam Haprakah dan suara tak adil... lepas ni Silapsah la pulak...habis la MSO tak leh cari makan...

ironseven said...

dayus dan dangkalnya kata2 add. nampak sangat bodoh dan diperanjingkan oleh umno. apa punya bangang punya manusia...

shyufi said...

harap pada akhirnya yg benar akan menang..
yang salah akan kalah!
pembunuh akan mati..
yg dizalimi akan bangkit!

unanjaga said...

Ia nya dapat kita ibaratkan sebagai sebuah rumah,dan rumah itu telah nyata kelihatan cukup menakutkan bila dilihat dari luar,dan pasti siapa jua penghuni dalam rumah itu yang masih menghuni,maka ia akan dilihat sebagai amat menakutkan juga.Tetapi biasa nya siapa jua pesalah dan pendokong pada pesalah itu(tidak merasa jijik pada rasuah sebagai contoh),mereka semua itu tak merasa bersalah pada perlakaun rasuah itu,sebab tidur mereka telah berselimutkan wang ringgit dan harta kekayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...