Friday, March 13, 2009

Rasuah: Norza mengaku tidak salah

Oleh: Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Mohamad Norza Zakaria (Gambar: bersama peguamnya Datuk Muhammad Shafee Abdullah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap dua pertuduhan memberi rasuah wang tunai kepada perwakilan UMNO bagi dorongan mendapatkan undi dalam Pemilihan UMNO 24 Mac ini.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Norza didakwa memberi rasuah wang tunai RM1,500 kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzaman sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan-perwakilan yang boleh membantunya mendapatkan undi untuk memenangi jawatan ahli MT UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 24 Mac ini.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Norza didakwa memberi rasuah wang tunai RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus melalui Halimi Kamaruzzaman sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan.

Mohamad Norza diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah didakwa melakukan kedua-dua pertuduhan itu di nombor 38 Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh kira-kira jam 6.30 petang 20 Januari 2009.

Mohamad Norza yang juga Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mohamad Norza dituduh dibawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24, akta yang sama bagi kedua-kedua pertuduhan

Mohamad Norza boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mohamad Norza ketika di luar mahkamah menyatakan untuk bertanding dan mempertahankan jawatan sebagai ahli MT UMNO dalam pemilihan yang diadakan 24 Mac depan.
(Gambar: Norza bersama penyokongnya di perkarangan Mahkamah Temerloh )

Beliau kelihatan mengalirkan air mata sewaktu meninggalkan mahkamah semalam.

Sementara itu di Mahkamah sama Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Maran, Halimi Kamaruzzaman, 47, turut menghadapi dua pertuduhan yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, beliau dituduh memberi rasuah kepada Khadri Musa RM1,500 bagi pihak Mohamad Norza Zakaria untuk diagihkan kepada para perwakilan di tempat dan waktu yang sama.

Bagi tuduhan kedua kedua pula Halimi dituduh memberi rasuah RM1,900 kepada Mohammad Anuar juga ditempat dan waktu yang sama.

Halimi dituduh di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24, akta yang sama bagi kedua dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang sama seperti Mohamad Norza.

Halimi diwakili peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Majistret Ida Rahayu Shariff menetapkan kes disebut semula 22 April depan.

36 comments:

Kakashi Senpai said...

Mana nak mengaku SPRM, Hakim boleh Bakup punyalah apa nak takutkan !! macam arwah bapa dia jugalah buat istana di Klang sekarang apa yang dia bawa bila mati... anak beranaklah yang enjoy dapat harta boleh joli sakan

Kakashi Senpai said...

polis

Kakashi Senpai said...

sama jelah

Kakashi Senpai said...

backup orang perasuah,,,

PARPUKARI said...

NI BERMAKNA KERAJAAN TAK PILIH KASIH...TAK KIRA BN ATAU FUCKATAN RIOT...SALAH TETAP SALAH..

HIDUP DATO SERI NAJIB!!

http://parpukari.blogspot.com/2009/03/hari-ini-aku-nak-sentuh-pasal-kelemahan.html

slyderrose said...

Ini cuma salah seorang pemimpin ikan cencaru. Banyak ikan-ikan yu dan jerung masih bebas walaupun ratusan repot dihantar siap dengan dokumen pada BPR/ MACC tiada tindakan diambil. Senyap dan sepi aje. Kalau pihak PR, hari itu buat report esok atau lusa MACC bertindak. Efisen betul kalau PR.

Kapak Batu said...

aiik najib kata klu sesorg itu di dakwa di mahkamah tidak boleh bertanding merebut jawatan dalam umno

mm sudah terbalik ke!!?

TEKONG DARAT said...

Telus kepala hotak..nanti tgk la,tkda kes..ttp..aii,bukak la mata dn hati masing2..tk malu ke?

Bulan Penuh 2012 said...

Temerloh kekal zaman berzaman untuk menjadi pusat suap-menyuap bagi perasuah-perasuah Umno.

Persoalannya kenapa Norza sahaja yang didakwa? Sekurang-kurangnya 30 pemimpin tertinggi parti rasuah itu bertungkus lumus merasuah semenjak Nov 2008.

Temerloh terkenal sbg pangkalan merasuah dan pusat pertemuan pembeli undi perwakilan dari seluruh negara.

Adakah ini semua gara-gara Norza sudah berkerat rotan dgn kabilah Najib Glokal dan sedang dikorbankan dengan kerjasama Saifudin Dolah dan Ismail Sabri Yakob?

Bulan Penuh 2012

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kalau kena kat orang PAS dan PKR..mahkamah dah lama kena bakar...

orang UMNO diam aje..terima keputusan mahkamah...

kiraziku said...

alah tak payah pelik .........tanya ketua cawangan hamno mana sekaliupun dari bawah sampai atas semua kuat main rasuah ....tak gitu eh abe mie....ko tidak eh? jujur je la

jurulukis said...

Ekeleeee...mamat ni berlakon jadi macai je,,,pandai plak dia buat2 menangis...tup tup nanti lepas la tu...buat syarat je masuk mahkamah tu...kalau betul kena dakwa munkee playboy ni bkn stakat menangis,,mau terberak dlm seluar..kah kah kah.....

IBAN MUSLIM said...

Dari Buraidah, Nabi s.a.w bersabda:

"Hakim ada tiga golongan; satu yang akan masuk syurga, dan dua lagi akan masuk neraka. Yang akan masuk syurga ialah seorang yang mengetahui apa yang benar dan memberi keputusan mengikutnya (kebenaran itu); akan tetapi, seorang yang tahu apa yang benar tetapi melakukan kezaliman di dalam keputusannya akan masuk neraka; dan seorang yang memberi keputusan antara orang-orang sedangkan ia jahil akan masuk neraka."

[Sunan Abu Daud - Kitab al-Aqdiyyah]

Perawi said...

Banyak lagi dalam UMNO yg teror dlm rasuah. Undi lagi UMNO/BN dia yg kayo, rakyat yg akan pupus makan siput babi. BAbe Mie juga yg kenyang.

Unknown said...

Yg.baik tetap baik.Tapi kes yg lepas melibatkan jerung dipendam shj.Konon-konon nak beritahu orang awam SPRM tidak pilih bulu!Amat sukar mempercayai sprm dibawah kuasa menteri.Heboh2 siasat akhirnya pendam shj

Unknown said...

Norza telah dididik dan kemungkinan besar adalah duit haram oleh Dato'Z.Jadi perkara haram amat sukar diperbetulkan kecuali beliu bersungguh! Bolehkah beliu bersifat " taubat " dan 'qana'ah "

meon_peon said...

TEMERLOH, BANDAR IKAN JERUNG...

Perawi said...

Gaji staff syabas,

Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51 - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta

Bilanya gaji aku nak sebesar ini...patutla Datuk Zakaria boleh buat rumah besar...macam gaji pengerusi TNB besar lagi. aku nak kerja kerajjaan juga

Perawi said...

tapi bila wakil pembangkang kecil juga. hhhe tak adil

Wak Labu Farm said...

UMNO sudah sampai kepenghujung jalan.
Tiada ubat dan tiada penawar lagi bagi UMNO untuk pulih semula. Makin sehari makin bertambah parah.

Malangnya pemimpin2 dan pengikut taksub UMNO sukar mahu mengakui kenyataan ini. Bahkan mereka masih lagi melaungkan bahawa UMNO lah parti yang paling baik sempurna dan paling agung di dunia ini.

ketahui selanjutnya di wak labu[klick]

mat_terab said...

Norza ni hanya dijadikan kambing hitam oleh umno.....padahal banyak lagi yang terlibat dengan rasuah.........

apam taiping said...

ni taktik je nak suro rakyat tgk sprm ni telus...taik najis dia telus....

Dr Nik-On X-Ray said...

Loyar si Norza (Pak Pie) tu bukankah loyar yang dikaitkan dgn Pak Jeeb?
Ni sah satu permainan org-org yg disokong abe mie terjah

Firdaus AMK PKR said...

telus?
amanah?
adil?
dari BPR bertukar ke SPRM?
sekadar menukar nama tapi sama saja tindakan Double Standard baik Xpayah!
Badan ke SuruhanJaya?
kami (PR) dah menganggap penukaran nama ini dan kami memandang dari sudut pandangan lain..
SuruhanJaya = ia makin diSURUH oleh pihak menteri ataupun istilah yang senang 'Jerung' yang terlibat didalam rasuah tidak didakwa..dan SuruhanJaya ini akan semakin menuruti arahan jerung2 ini!berbanding ketika ia dikenali dengan nama 'Badan'.

percaya tak?
kes rasuah ini lambat laun akan dipendamkan juga dan Pelik!
mereka yang didakwa masih lagi sah bertanding dalam pemilihan Parti Melayu Terbesar di dunia ini yang akan menjelang!
renungkan!

Kakashi Senpai said...

Sesungguhnya UMno diambang kematian .

Kakashi Senpai said...

umno bukan perti terbasar orang melayu sebaliknya Parti ternazak sekali di Malaysia...muahaha

momotaro said...

aik... 900 kes melibatkan umno tapi hanya 1 kes nie jer yang disiasat,,, maner yang lain2?

Creedence Clearwater Revival said...

momotaro said...

aik... 900 kes melibatkan umno tapi hanya 1 kes nie jer yang disiasat,,, maner yang lain2?

_____________________________________

saudara momotaro san,

penubuhan SPRM hanyalah kosmetik. nampak bersungguh tapi membisu apatahlagi bila rasuah itu membabitkan jerung2 UMNO spt najib & pak lah.

syyytt.... diam... lagi 900 kes tu tak leh laa kacau... kan Persidangan UMNO dah dekat??....

Creedence Clearwater Revival said...

lagi satu, ape cite dgn GERAK?? takut ka nak heret perasuah2 dlm umno??? mana pegi telo2 hangpa?

Hamzali said...

Laaaa apa lah yang ke peliknya pemilihan UMNO Rasuah niiii. Dah berkurun dahhh. Kalau tak rasuah kirim salam nak menang bertanding. Pilihanraya rasuah, pemilihan UMNO rasuah, pilih kontrek rasuah. Jadik rasuah ni adalah perkara lumrah dalam UMNO. Bos SPRM ke bos Intergriti tuuu tengok je lee. Kalau nak cerita pemilihan UMNO ni tanya tanya lah rakan rakan di PKR tu sebab depa pun lebih bkurang jugak masa dalam UMNO dulu.

Firdaus AMK PKR said...

Betul kata Hamzali..
...

Kerana itu kami berjuang dengan saluran lain..

p/s; celik hati dan minda.

umnosarkis said...

Org UMNO serupa macam ayam kampung.Hebat pasal sabung menyabung tapi tabiat ayam kampung suka makan taik

acoi2005 said...

ngaku ke x ngaku ke tp perangai korang mmg camtuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...