Monday, March 23, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan kekalahan moral untuk Umno - Hanipa

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Peguam bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan agar kes Perak dikembali ke Mahkamah Tinggi adalah kekalahan moral bagi Umno.

Mohamad Hanipa Maidin berkata, Umno sangat berharap kes itu diselesaikan secepat mungkin melalui keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pagi tadi, lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan kes itu perlu melalui prosedur biasa perundangan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertindak tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan seterusnya Mahkamah Rayuan terlebih dahulu.

Hakim-hakim yang bersidang itu diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alaudin Sharif.

Lain-lain hakim adalah Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk S. Augustine Paul, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin and hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong.

Menurut Hanipa, Umno sangat memerlukan keputusan kes ini dibuat segera kerana Dewan Undangan Negeri perlu bersidang sebelum 15 Mei 2009 untuk mengelakkannya dari terbubar dengan sendirinya.

Dua kes dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan iaitu kes Speaker V Sivakumar yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes Nizar melawan Datuk Dr Zambry yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dengan keputusan ini bermakna, kes-kes itu akan dibicarakan di kedua-dua mahkamah berkenaan.

Kes V Sivakumar akan menggunapakai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan beliau mewakili dirinya sendiri atau peguam yang dipilihnya.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rezhuan Hashim memutuskan Sivakumar mestilah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak dalam keadaan dialah juga yang mewakili Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

14 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

UMNO dah kalah...

PAS menang tapi cina menang buat apa?
PAS menang Allah pun boleh sembah di gereja atau kuil..apa dapat? pahala?

INSAFLAH....

UMNO akan kalah sebab PAS rasa dia sudah menang....

kamal farhan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ironseven said...

woi abg mie terjah,

bertaubat la kau. kalau xpaham dan bodoh ttg islam jgn buat kenyataan. baik kau diam saja. jgn sampai jatoh akidah.

kau kaji dulu la penggunaan perkataan allah tu merujuk kpd apa. jgn hentam kromo je. kau baca apa faktor2 yg menjatohkan akidah. kalau setakat sebut nama allah tapi buaz zina, judi, arak, rasuah, bunoh org, cabul org, rogol org, lebih baik tak payah sebut. iman bukan hanya dimulut, tapi di hati.

bodoh!

SiasahDaily said...

Sila jangan menggunakan perkataan lucah atau terlalu kasar dalam komen tuan-puan semua. Jika tidak pihak kami terpaksa membuangnya dari laman ini.

ironseven said...

ABG MIE, NI HADIAH BUAT KAU,

An-Nisaa’: 140. Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di Dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) Dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal Yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan Yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di Dalam neraka jahannam.

"Orang mukmin senantiasa berada di antara lima ancaman berat, yaitu mukmin yang mendengkinya, munafik yang membencinya, kafir yang memeranginya, syetan yang menyesatkannya, dan nafsu yang melawannya." (Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Bakar bin Lai dari Hadits Ana dalam Makarim Al-Akhlak).

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS. Al-Hujarat: 6).

BERTAUBAT LAH KAU...

shyufi said...

kan aku da kata..
xpyh gune ayat xelok 2..
biarla puak xguna 2 nak kate ape pun..kan da kene tegur org siasah!
blaja dari kelemahan..tegur dgn hikmah bro PR skalian..
kemenangan moral,gantung penerbitan harakah,suara keadilan..
KDN da takut,umno-bn da nyawa2 semut!!

ironseven said...

shyufi,

nyawa2 semut? kesiannya kat dia...kau pijak je bagi mampos. kesian kt semut tu terseksa...ciannnn....

shyufi said...

cian nye semut..
tpi makhluk2 umno-bn kte kene perangi.patut dihukum .da mlampau!!
da lame idup,da blaja agama kat sekolah..tpi..hasilnya?
cian lagi kat ustaz2 diorang..

ironseven said...

ustaz diorg mana boleh pakai. dh kena beli. sbb tu la tak berani tegoq pemimpin depa laksanakan hukum2 islam di malaysia. takot fulus tak masyukkk...kau tengok je lah ustaz tong tu. ustaz2 lain yg ada ijazah dari mesir boleh buat apa? ustaz2 kemas pon sama tu yg ajaq budak2 tadika main, makan menyanyi je tu...

rasanya diorg pakai nasihat nabi supaya 'tegoq kemungkaran dengan hati' je kot. teloq dah tarra....

baik lagi guan eng nk ikot sistem umar abd aziz...moga allah buka hatinya menerima pemerintahan cara islam. amin...

DongfangWuDi said...

camtu le bla org bodoh cakap dgn org bodoh....ayat pon bodoh....

kahkahkahkahkahkahkahkah....

Budak Perak said...

Apa-apa aje la...
Yang penting PAS menang...

shyufi said...

harap p/raya yg akan berlangsung ni aman dari polis2..

anakkancil said...

Siasah said...
Sila jangan menggunakan perkataan lucah atau terlalu kasar dalam komen tuan-puan semua. Jika tidak pihak kami terpaksa membuangnya dari laman ini.

March 23, 2009 5:08 AM

saya sokong usul ini

Unknown said...

harap MOD dapat delete jer komen sampah abe mie tu... dah ler komen sampah promote pulak link dia yang ntah aper2 tu ... mcm blog budak sekolah baru belajar menulis jer..

paling penting tak perlu promote link dia yg sampah tu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...