Wednesday, March 4, 2009

Hee Yit Fong masuk pejabat tetapi 45 minit sahaja

IPOH, 8 Mac: Bukan sahaja dirinya susah bahkan ibubapanya turut susah akibat perbuatannya.

Itulah yang berlaku terhadap Adun DAP Hee Yit Fong yang meninggalkan partinya dan menjadi Adun Bebas dan membantu BN menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Hari ini, 98 Mac, Hee buat pertama kalinya muncul di pejabat pusat khidmatnya jam 3 petang namun terpaksa meninggalkannya selepas berada di situ kira-kira 45 minit sahaja.

Ini kerana, orang ramai yang berada di kedai kopi berhampiran pejabatnya mula mengeluarkan kata kesat kepada beliau.

Hee tiba dengan suaminya menaiki sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan pejabatnya selepas menemui beberapa orang yang datang ke pejabat beliau.

Bahkan, beliau dikatakan terpaksa menyewa pejabat baru kerana pemilik rumah kedai itu tidak mahu lagi menyewakan pejabat itu kepada beliau.

Sebelum ini, ibu bapa Hee menghadapi masalah kerana para peniaga di pasar enggan menjualkan ikan atau sayur kepada mereka kerana marahkan tindakan Hee yang mereka dakwa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Orang ramai juga melakukan upacara menyembah mayat di depan pejabatnya selepas tindakan beliau sebelum ini.

50 comments:

ironseven said...

Geramnya aku tengok mamat yg berdiri sebelah najib tu. tersengeh mcm tak bersalah je kat rakyat yang mengundi dia atas tiket PKR dulu. apa agaknya kesudahan kes rasuah mamat tu ye. hinanya bn sanggup ambil org yg mcm tu. dah la dlm umno penuh dgn rasuah (diorg bilang politik wang...).

memang menyusahkan orang...dah hilang tetiba muncul bersama najib. katanya sakit. sakit mende.....???

taipingmali said...

Itulah budaya cina. pernah berlaku satu ketika ada seorang peniaga cina telah membeli tauge keluaran melayu yang juga sahabatnya.

Akibat perbuatan dia , seluruh peniaga cina dalam market telah boikot dia dan semua barang seperti ikan sotong dan sayur pemborong cina lain enggan menjual hasil kepada cina tersebut kecuali dia berhenti menjual tauge buatan melayu tersebut.

joe_kedah said...

Ini lah akibatnya manusia yang tidak ada prinsip hidup, moral perjuangan sanggup diketepikan akibat gelap mata dengan tawaran wang ringgit berjuta-juta yang kemudiannya tidak kekal lama. Kesian kat hee yif fong jika dia muflis siapa pula nak tolong, nak harap 2 orang katak tu, dia orang pun ada masaalah yang tak bolih diselesaikan, tapi jangan takut najib ada duit, minta je berapa hendak.Kalau dah tak takut ombak, buatlah rumah ditepi pantai, nanti rumah runtuh jangan kasi tau sama orang, kalau dah silap (orang cina kata sedap), jangan kasi tau sama orang, kan pejabat plus ada dekat terowong kat jelapang tu ada, awak tu dah wakil bebas jelapang, minta lah kat najib satu bilik kat terowong tu. Masa nak buat keputusan tak bincang, sekarang sudah terantuk baru nak merayu, tak payah lah!. Kita hidup kena ada prinsip!.

bootie said...

Letak je jawatan adun tu. Bior rakyat Jelapang pilih parti mana yang berhak wakil depa ke dewan.

Jebon said...

Saya ada petua untuk calun bn P.059menang. Tapi.. Kene keje lebih sikit. Mudah je... Mule mule kene buang sueh dulu. Petua buang sueh senang je... Calun bn dan pencadang calun bn kene mandi air kumbahan 7 kolam.Tak kira air kumbahan ape pun dah ok. Ingat kene mandi malam jumaat. Malam lain ilmu tak jalan. Senangkan petua ni...? Selamat mencuba. Heheheheheh!

Unknown said...

tu la akibat mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat.

Unknown said...

TAIPINGMALI said...

Itulah budaya cina. pernah berlaku satu ketika ada seorang peniaga cina telah membeli tauge keluaran melayu yang juga sahabatnya.

Akibat perbuatan dia , seluruh peniaga cina dalam market telah boikot dia dan semua barang seperti ikan sotong dan sayur pemborong cina lain enggan menjual hasil kepada cina tersebut kecuali dia berhenti menjual tauge buatan melayu tersebut.

March 8, 2009 7:06 AM

betul ke? tempat aku cina selalu mai ambik sayur2 kat pekebun melayu. xdak masalah apapun...

Jess said...

Hee Yit Fong - the most immoral, dirty, filthy, shameful, corrupted, despicable, scurrilous and untrustworthy woman of 2009.

Jess said...
This comment has been removed by the author.
mat_terab said...

Kalau aku jadi rakyat perak aku pi ramai-ramai pejabat dia desak latak jawatan, atau hadiah dia dengan kasut.........

slyderrose said...

Ada orang kata itu budaya cina. nampak sangat kedangkalan pemikiran. Yg sebenar sudah fitrah manusia yg inginkan kebenaran dan menolak kemungkaran (politik dan kuasa)menolak pengkianat yg bersekongkol dengan kemungkaran.

Daddy said...

Assalamualaikum

Hanya orang kampung jauh dihulu jer yang percaya cerita karut Cina nak makan Melayu ni... Tak laku lagi sekarang ni... Semakin kuat dia main perkauman makin orang menyampah... semua kaum akan menyampah dah sekarang BUSUKNYA SIKAP BATU APU UMNO SEMAKIN NYATA.. TEMBELANG PECAH YANG MEMBUSUKANKAN SELURUH MALAYSIA... HANYA MELAYU YANG BELUM CERAH AKAL SAHAJA PERCAYA CERITA KARUT CINA NAK MAKAN MELAYU ITU... SEMAKIN RAMAI KENA MAIN DENGAN 'HANTU CINA' CIPTAAN KARUT UMNO ITU YANG SEDAR DIRI DAN KETAWA BESAR KENANG KEBODOHAN PADA CERITA KARUT ITU...

Daddy said...

Salam keimanan dan kemanusiaan...

Putaran waktu yang pantas belalu membuat diri semakin matang dan dewasa... lebih mengetahui isi dunia dengan pandangan dan fikiran yang bebas merdeka dari kebodohan yang lampau... Suatu masa dahulu teringat ketakutan kepada hantu yang suka menyorok kanak-kanak diwaktu senja... (Nama hantu tu sedikit lucah... Hantu Te**k) Antara kebenaran dan kepalsuan ia menjadi senjata paling berpengaruh dan berkesan untuk memastikan anak-anak yang baru kenal dunia dan bermain-main di luar rumah dapat dikumpul balik ke rumah masing-masing.. Sakatan ibu bapa berkenaan mampu membuat semua kanak-kanak takut bermain-main di luar rumah bila senja menjelang tiba... Di dalam rumah pun begitu gertakan dan ketakutan kepada hantu menjadi senjata paling berkesan untuk memastikan kanak-kanak terus menerpa dan memeluk erat kaki ibubapa masing-masing kerana takutkan hantu... Semua cerita-cerita berkenaan telah menjadi senjata berkesan dalam mengawal anak-anak pada zaman saya kanak-kanak dahulu.... Sekarang mungkin masih ada lagi ibubapa yang menggunakan kaedah menakut-nakutkan untuk mengawal anak-anak mereka sebab daya fikrah yang belum matang dan kebodohan anak-anak kecil memudahkan cara berkenaan digunakan sebagai senjata paling ampuh dan tiada tolok bandingnya.








Namun dewasa ini didapati pula cerita hantu Cina yang dikatakan telah lama ada dan bila-bila masa boleh muncul dan mengamuk telah diheboh-hebohkan ke seluruh Alam Melayu. Hantu Cina ini dikatakan akan makan orang Melayu kalau orang Melayu tak bersatu padu dan meninggalkan nasihat "Bomoh Handal" yang dikatakan pahlawan hebat yang dapat melawan Hantu Cina berkenaan. Telah lebih 50 tahun orang-orang Melayu percaya dengan kehebatan "Bomoh Handal" berkenaan dalam berdepan dengan Hantu Cina.. sehingga tiada suara.. tiada kata.. tiada nasihat lagi yang Orang Melayu ikut melainkan hanya mengangguk setiap kata-kata dan nasihat "Bomoh Handal" berkenaan... Namun semakin lama manusia semakin cerdik dan semakin pandai akhirnya cerita Hantu Cina nak makan Melayu berkenaan ternyata cerita yang diada-adakan... ia hanyalah mainan karut "Bomoh Handal" untuk memastikan Orang Melayu menjadi pelangan tetap mereka dan terus memeluk erat kaki "Bomoh Handal" sampai bila-bila selagi ada orang yang ketakutan kepada "Hantu Cina"... Masa terus berputar dan sekarang cerita tentang "Hantu Cina" semakin bergema seperti yang telah diwar-warkan oleh "Bomoh Handal" Ramai juga Orang Melayu yang sedang kecut perut dan mengigil ketakutan yang amat sangat... Namun demikian lebih ramai lagi yang tidak mahu lagi percaya kepada "Bomoh Handal" berkenaan malah ramai dari mereka yang ketawa besar terbahak-bahak beramai-ramai mengenangkan kebodohan mereka selama ini... Keadaan ini berlaku kerana semakin ramai yang celik mata dan celik akal untuk tidak mempercayai lagi kata-kata "Bomoh handal" berkenaan yang ternyata hanya mengambil kesempatan di atas kebodohan orang lain... Ramai juga Orang Melayu yang cerdik telah menyamar jadi orang lain dan bukan Orang Melayu (tak berdosa disisi Islam menyamar sebagai bukan Melayu) semata-mata supaya penyakit ketakutan kepada "Hantu Cina" berkenaan tak berjangkit kepada mereka...

Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...Sekian Wassalam...

Terongpipit said...

Melayu juga BODO! Gaduh sama sendiri dan sanggup jadi kuda tunggang DAP/Cina untuk memalukan Rajanya dan bangsanya... kalau nak tau itulah Melayu Nizar!

Unknown said...

jangan lupa yang paling 'celaka' adalah umno kerana mengurangkan kuasa raja-raja pada 1993 sehinggakan sesiapa saja boleh mengheret raja-raja ke mahkamah. tindakan biadap karpal singh terhadap sultan perak adalah kerana umno yang 'membuka' jalan kepadanya mengheret raja ke mahkamah.

kesimpulannya, tak payah la umno nak tunjuk baik taat setia pada raja kerana umno dan karpal adalah 2x5 sahaja. sama-sama 'celaka' kerana tidak menghormati raja-raja melayu...

DongfangWuDi said...

firdaus said...

betul ke? tempat aku cina selalu mai ambik sayur2 kat pekebun melayu. xdak masalah apapun...
______________________________________

mereka ambik kat pekebun2 melayu...pastu jual semula pada orang melayu...

sapa yang bodoh????

Unknown said...

hadi awang,
itulah jasa kerajaan bn selama 51 tahun. umno melalui DEB telah berjaya memberi kaum cina memonopoli sektor ekonomi dan melayu terus disuruh menjadi petani.

Shazilalove said...

Aikk, mana pulak sesat si Terongpipit ni, hmm..aku ni dari daerah yang ramai cina, sempat gak 2 tahun sekolah cina pasal bapak aku nak aku terrer ckp cina senang cari kerja, tapi pastu bapak aku sedar baik bagi pelajaran agama kat aku dulu so, dia tukarkan aku ke sekolah kbangsaan,tapi cikgu-cikgu cina tu sampai sekrg baik dan ingat bapak aku, datang masa aku kawin,(yang best dpt hadiah dia ler,..) kat department aku ada 7 staff cina dan 1 melayu, akulerr..aku dapat kelas sains 1 masa form six, member-member melayu cabut lari kelas lain takut nak bersaing dgn cina sebab dorg pandai sgt (anggapan jer tu padahal org melayu pun ramai yang genius)last-last tinggal 2 org melayu salah satunya aku,..aku taklah berjaya terlebih-lebih sekrg tapi tak pernah lagi aku terasa dikhianati dan dibuli dek org-org cina ke india, (dalam semua masyarakat ada org jahat, penjenayah biasalah)itu realiti bahagian aku dan org kat kampung aku,..so, lainkali nak ckp pun bertempat la jgn guna otak kosong, kalau takde kita org melayu dorg pun tak bleh hidup gak..tapi kalau dorg ambil hak kita, kena ingat kdg2 kita yang bodoh, sesama melayu pun boleh tikam dari belakang toksahlah..simple-simple je jadikan isu kaum (dakyah umno) tu besar sgt..

Unknown said...

selama 51tahun bn memerintah cuba tgk ditempat yang agak pesat membangun seperti kl, pj, jb, dan penang. siapa yang monopoli kawasan ini? siapa yg menguasai sektor ekonomi kawasan ini?
paling senang kita nampak cuba ronda kawasan perumahan elit atau mewah dinegara kita siapa yang paling banyak menguasainya.
inilah realitinya hasil pemerintahan kerajaan bn selama 51 tahun...

tok iskandar said...

Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.

Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.

Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.

Itulah UMNO.....kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.

Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.

Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.

Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.

Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.

Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.

generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo

Daddy said...

Assalamualaikum...

Lebih 50 tahun… emm itulah satu jangka masa yang telah melekakan daya fikrah dan hati budi penghuni Malaysia yang merasakan mereka Melayu (Katanya Melayu tapi dalam tu campuran darah…ada Mamak, ada Arab, Ada Orang Asli, Ada Turki, ada Orang Putih, ada Siam, ada India ada Cina, ada Campur macam-macam darah). Secara saintifiknya baka.. keturunan, bani…bukan boleh diwartakan sesuka hati.. termasuk oleh PERLEMBAGAAN TERTINGGI NEGARA SEKALIPUN... ia adalah suatu hakikat kejadian Allah s.w.t yang tidak dapat diubah-ubah lagi. Genetik dan keturunan tidak akan dapat diubah selamanya… boleh disiasat dan dikesan melalui ujian DNA…

Persoalan di Malaysia kenapa ramai yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Melayu?? Pelik tapi benar.. tapi bila diperhalusi dengan hati dan budi kemanusiaan maka taulah sebabnya.... Di Malaysia yang bernama Melayu ada “keistimewaan” yang boleh meneroka ruang dan peluang menjadi hartawan dan jutawan dengan menjadi penguasa yang memegang “kunci khazanah negara”. Adakah perjuangan mereka untuk Melayu...?? Fikirkanlah dengan hati yang tulus suci sebagai insan biasa yang hanya kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan...

MELAYU... itulah senjata ampuh selama lebih 50 tahun digunakan untuk terus berpegang pada kuasa... “Ketuanan Melayu” adalah DOKTRIN HINA yang diguna pakai supaya dapat mengumpul pengaruh dan sokongan hebat MELAYU selama lebih 50 tahun... Frasa dan ungkapan HINA “KETUANAN MELAYU”, “HAK KEISTIMEWAAN MELAYU” (yang sebenarnya tidak semudah 1,2,3 untuk diubah dalam Perlembagaan) dan ditambah pula dengan elemen dan ungkapan seram lagi menyeramkan orang yang merasa diri mereka Melayu seperti “CINA NAK RAMPAS HAK MELAYU” “MELAYU MEREMPAT DI BUMI SENDIRI”, “SINGAPURA NAK RAMPAS HAK MELAYU” “JANGAN JADI MELAYU TERPINGGIR DI BUMI SENDIRI”... Semua serangan ini ditujukan kepada Parti DAP yang jadi mangsa dihitamkan segala sirna putih (Kesian DAP... mereka bukan pejuang bangsa Cina.. dalam DAP ada Bengali (Pengerusi) ada Melayu (Tengku) dan ada Cina... DOKTRIN “KETUANAN MELAYU” Telah meresap jauh meracuni nilai-nilai kemanusiaan Melayu... Melayu telah menjadi manusia yang angkuh dan bongkak... hasil benih-benih kebencian kepada bangsa lain sesama warga sah Malaysia.. Ia juga seperti telah mengisytiharkan perang dan api kebencian antara kaum di Malaysia... Keangkuhan, individualistik, kesombongan adalah hasil dari semaian benih-benih sayang “Melayu”. Aku rasa nak isytihar jer keluar dari gelaran Melayu rasa hina je... malu nak berdepan dengan bangsa lain.. yang setiap hari kita hidup bersama mereka... Aku boleh isytihar keluar dari Melayu tapi mustahil untuk aku tidak jadi Melayu... Melayu tetap Melayu... berkembang dan membiak selagi ada perkahwinan... selagi ada kelahiran selagi ada bulan dan bintang tetap ada Melayu... MUSTAHIL MELAYU HILANG DI DUNIA... di Indonesia sahaja ada lebih 200 juta yang boleh di kategori sebagai Melayu.... Jadi sekarang adalah satu kebodohan nyata untuk berjuang atas nama Melayu.... Berjuanglah untuk keimanan dan kemanusiaan (yang boleh lenyap dari bumi Malaysia jika tidak dijaga dan di pupuk) yang menjadi kesukaan dan idaman setiap insan... Bukan seperti golongan yang sayangkan Melayu (Darah Melayu tak akan berhenti mengalir dalam kehidupan ini... tak akan hilang selagi ada bulan dan matahari) tapi jadilah golongan yang sayangkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat itulah kunci kesejahteraan dan keamanan di mana sahaja bumi ini dipijak. Aku dah rasa letih, benci dan meluat sangat-sangat dengan “KETUANAN MELAYU” doktrin sesat yang menyesatkan digunakan untuk mengumpul sokongan orang Melayu.. dengan melaga dan menyemai benih benci kepada bangsa lain... Terlalu HINA dan JIJIK perbuatan melaga dan mengapikan perkauman untuk terus berkuasa...


HASIL DOKTRIN KETUANAN MELAYU SELEPAS 50 TAHUN
Mampu kah “Ketuanan Melayu” menjadikan Melayu hebat dan kaya raya??? Yer ramai mereka yang kaya.. tetapi hanya ahli-ahli kumpulan yang menyokong “Ketuanan Melayu” termasuk saudagar Cina yang kaya raya jer.. Adakah mampu menjadikan Melayu hebat?? Ya menjadikan Melayu hebat... semakin hebat keangkuhan, keakuan, kesombongan dan lain-lain sikap jelik yang terhasil dari doktrin sesat “KETUANAN MELAYU” menjadikan manusia Melayu semakin terhakis sifat-sifat nilai kemanusiaan sejagat... Saya bukan berkata-kata kosong tapi berdasarkan suara-suara angkuh yang bertempik hebat di media-media.. Lihat lah sebelum pilihan raya Mac 2008 betapa angkuhnya suara-suara mereka yang dikatakan pejuang Melayu berkenaan... antara yang saya masih ingat lebih kurang..

Ayat-ayat keangkuhan...

“AKU AKAN PASTIKAN SIPOLAN HILANG WANG PERTARUHAN TENGOKLAH” ayat macam ni cukup menusuk hati menanam geram dan membenih benci... bagi yang tahu menilai erti kemanusiaan ayat ini tiada rasa rendah diri tapi hanya KEANGKUHAN mendabik dada

Bandingkan pula ayat-ayat ini yang menikam dan menyentuh kalbu kemanusiaan...

“Kita hanya orang kecil sahaja... mereka orang besar” itu lebih kurang (lupa yang tepat tapi kata-kata yang cukup indah susah dilupakan bagi yang tahu menilai erti kemanusiaan) yang dituturkan oleh Saudara Lim Guan Eng dalam sidang akhbar beberapa hari sebelum pilihan raya Mac 2008

“Ingatlah...jangan lalai dan lupakan amanah... bersyukurlah pada Allah s.w.t kita telah berjaya menawan hati rakyat... Ia ibarat burung yang telah berjaya kita pikat... terlalu lama kita telah meredah onak duri di hutan belukar..” Ini yang lebih kurang saya ingat... memang maknanya saya tak lupa dan tersimpan dalam hati tanpa merujuk bahan asal. Inilah kata-kata yang cukup syahdu dan mendayu menggamit rasa kemanusiaan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas berjaya meraih kejayaan luar biasa.

Lihat pula bagaimana Negeri Kelantan sebelum pilihan raya Mac 2008 yang lalu... Dengan rasa kemanusiaan sejagat sesiapa yang melihat pasti kasihan dan bersedih sebuah kerajaan yang dipimpin insan tua yang ikhlas... yang hanya tinggal di teratak buruk diserang bertubi-tubi siang dan malam... di lapangan dan di media massa... Oleh golongan haloba dan tamak untuk merampas kekuasaan... Rasa ramai orang Kelantan tau macam mana perasaan mereka masa tu... Geram, marah dan benci yang membuak-buak pada perlakuan yang di luar sikap kemanusiaan.. Keangkuhan, kerakusan dan kesombongan telah bermaharajalela di kalangan mereka yang kononnya sayangkan “Ketuanan Melayu”. Semua keadaan ini akan dinilai oleh manusia-manusia yang tahu erti manusia dan kemanusiaan memilih mana watak hitam dan mana watak putih... walau jalan cerita adalah berbelit-belit dan bersimpul-simpul... Benih-benih benci dan keangkuhan telah meresap jauh dalam sanubari Melayu yang disemai puluhan tahun lamanya itulah menyebabkan budaya berkenaan diamalkan tanpa rasa malu oleh sekumpulan manusia yang merasa mereka Melayu.

Lihat pula bagaimana semasa Tun Dr. Mahathir tiada kuasa... lihatlah betapa rakus dan hinanya mereka memerangi bekas ketua yang sebelumnya mereka agung-agungkan. Apakah sikap begini satu sikap suci sebagai seorang manusia?? Lupa daratan, lupa asal usul dan lupa adab dan kesopanan sebagai manusia hanya kerana mereka telah mendapat ketua baru yang boleh menentukan masa depan karier mereka? Fikirlah dengan hati kemanusiaan wahai Melayu yang budiman.

PENYEBAR “KETUANAN MELAYU”

Doktrin “Ketuanan Melayu” disebarkan dengan halus dan penuh seni.... satu lakonan dan penipuan yang sangat-sangat licik sehingga ramai tertipu dan terperdaya. Misal aksi menjulang keris, cerpen dan sajak, seperti “kisah YB tu”, ruangan pojok seperti pada bahagian tengah akhbar atau besar-besar di muka depan atau pada ruangan kartun Senyum Kambing dalam lidah rasmi akhbar mereka... Bahasa.. dan kiasan sangat halus yang jauh menusuk hati kecil orang yang merasa Melayu yang akan merasa geram dan takut juga kepada bangsa lain.... Doktrin ini disebarkan sejak lebih 50 tahun yang telah lalu sehingga kini yang telah memerangkap Melayu dalam dunia sempit, terkongkong, ketakutan dan kemarahan kepada bangsa lain. Sehingga gagal melihat perubahan global... tentang globalisasi dan persaingan sejagat... Mereka masih lagi jadi kumpulan yang takut kehilangan “Ketuanan Mereka” dalam negara mereka sendiri.. Kesian sangat kepada Melayu yang macam di pasung oleh rasa ketakutan dan kebimbangan sepanjang masa kepada lain-lain bangsa...

KESAN KETUANAN MELAYU KEPADA MELAYU

Ketuanan Melayu menghasilkan Melayu angkuh riak dan suka menunjuk-nunjuk dalam kehidupan yang meninggi diri. Sikap beginilah yang menjadikan Melayu lemah dan bodoh. Saya bukan bercakap kosong tapi bila lihat kenapa ramai anak Melayu suka merempit di celah-celah kesibukan kota di hujung minggu??? Tidakkan itu satu bukti gejala menunjuk keangkuhan dan keakuan dalam bermotosikal?? Yang dalam hati mungkin mereka berkata-kata “lihatlah dunia.. akulah penunggang paling hebat.. paling laju... paling berbahaya sekali” saya tidak tau sebab tidak mengkaji dengan mendalam... Lihat pula bagi yang mampu berkereta pula??? Berapa ramai yang sanggup mengikat perut dan berhutang keliling pinggang semata-mata nak berkereta baru dan bergaya.. khasnya nak guna di musim raya... dalam hati mereka mungkin berkata “lihatlah penduduk kampung... kereta mewah baru ku ini... indah dan mahal ramai Melayu lain tak mampu menjadi seperti aku” saya pun tak tau apa bisikan hati mereka bila bersikap “Biar papa asal bergaya” berkenaan. Siapa yang mengajar semua ini?? Sudah pastilah pemimpin mereka yang berada dalam keterujaan, kelekaan dan kelenaan diulit kuasa dan kemewahan... (Bukan semua pemimpin kumpulan Melayu adalah Melayu..)


Sikap bangga diri, riak dan angkuh memang disemai dan diasuh dalam minda Melayu dengan slogan “Malaysia Boleh” yang diterjemahkan dengan binaan-binaan hebat, mewah megah , aktiviti-aktiviti pelik dan sebagainya... Mungkin ia bertujuan untuk meningkatkan rasa harga diri dan mengurangkan rasa rendah diri namun ia juga jadi racun yang mencemar sifat-sifat kemanusiaan... Mungkin yang membina dan melaksana dalam hati suaranya begini “Lihatlah masyarakat dunia... hebatnya kerajaan Melayu... dengan bangunan dan binaan hebat” namun rakyat miskin hanya memandang hasil-hasil cukai berkenaan ke angkasa dan ke mana-mana tanpa hasil penting kepada kemanusiaan. Sikap ingin nampak bergaya inilah yang diguna pakai dan diikuti ramai orang Melayu dengan moto “biar papa asal bergaya”... Ramai yang gaji seciput berkereta import... mengikat perut tanpa masa depan.. hilang segala simpanan pelaburan ditelan hutang. Saya tiada maklumat lengkap tapi saya mengagak dengan melihat cara dan gaya hidup kebanyakan Orang Melayu.


KESAN KETUANAN MELAYU KEPADA CINA

Masyarakat Cina bawahan yang hidup di Malaysia akan rasa terhenyak, tersisih, terpinggir akibat “Ketuanan Melayu”. Jauh di dalam hati mereka merasa seperti menumpang apa lagi bila ungkapan “Penumpang” bergema megah masa kempen pilihan raya atau masa melihat lakonan aksi menjulang keris dan bertikam lidah menjulang “Ketuanan Melayu” semasa persidangan dan menghentam bangsa lain dan lebih pelik boleh pula duduk bersama dengan golongan yang memperjuangkan “Ketuanan Cina” dan “Ketuanan India” dan setiap kumpulan ada cap kumpulan dengan nama bangsa masing-masing. Kumpulan yang merasa mereka terpinggir dan terisih akan menjadi semakin kuat, cekal, rajin dan lebih tabah dalam kehidupan... Berusaha dan bersungguh adalah hasil yang mereka dapat bila diri rasa tertekan... Sebab tu orang Cina lebih ramai kaya raya.. lebih pandai berjimat cermat dan lebih pandai mengguna duit membina kekayaan.. Sikap “biar papa asal bergaya” dibuang jauh dalam diri bangsa yang sedar diri.. dengan kesedaran yang sangat tinggi dan hebat.. Hasilnya tinggal jauhlah sekumpulan orang Melayu yang masih berangan dan merasa mereka “tuan tanah”. Ini saya bukan cakap kosong, lihatlah berapa jam nilai saham ASN boleh habis bila dibuka untuk jualan?? Dan tanya pula berapa ramai Melayu yang dah penuhkan saham ASB mereka? Yang nilai dan kuota ada sekatan dan keistimewaan?? Tanyalah jauh-jauh dalam diri kenapa Melayu macam tu? Tak ikut seperti Orang Cina? Ini ada kaitan dengan “ satu kumpulan leka dan lalai rasa ada “Ketuanan” dan satu kumpulan lagi rasa tersepit dan terhimpit dan perlu bangun dan bersungguh melakukan sesuatu.

Nota: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pencerahan akal sahaja... ia tiada langsung berniat untuk berkempen dalam politik ia sekadar menyebarkan buah fikiran untuk kemajuan individu manusia, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya. Sebarang sedutan sila linkkan kepada alamat blog ini. Ia sekadar memberi panduan untuk memilih yang mana betul dan yang mana salah.

Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...Sekian Wassalam...

ahmadyani said...

Ini bukan budaya Cina, Melayu, India atau budaya siapapun. Ini budaya orang tak berperinsip, orang meterialistik, orang yang tidak tidak takut tuhan.

Jess said...

Well said!

Perawi said...

Begitulah sikap org bersalah, takut dgn bayangan keranda yg dibuat sendiri...

ironseven said...

tok,

sy tambah sikit. harapnya kementerian hishamuddin dedahkan berapa peratusan markah lulus subjek upsr, pmr dan sm bagi matematik dan sains. adakah 50%, 30% atau 10% je. markah lulus tu penentu berjaya atau tidak PPSMI tu..

sekali lagi ditegaskan! bukan kami tak setuju belajar bahasa inggeris, tapi bukannya dengan PPSMI. kalau benar nak memahirkan pelajar dengan bahasa tersebut tambah la waktu mengajarnya. lagi satu, berapa peratus guru2 PPMSI yg mahir bahasa inggeris. buleh kementerian bagi statistik?

ironseven said...

SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT...

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato� Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

ADAKAH BERERTI MENTERI PELAJARAN DAN LAIN2 MENTERI KABINET KECUT TELOQ KT TUN MAHATHIR SBB TU DEPA SETUJU PPSMI NI??????

anjar said...

calon menjawab kertas sains UPSR dalam BI hanya 31.1% bersamaan 159,243 orang calon, berbanding dalam BM 511,875 orang calon.

calon menjawab kertas matematik UPSR dalam BI 46.6% bersamaan 238,153 orang calon, manakala 68.9%bersamaan 352,641 orang calon lagi menjawab dalam BM

hanya inilah jumlah pelajar yang menjawab kertas UPSR sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, kebanyakan pelajar ini bukanlah pelajar melayu khususnya pelajar luar bandar.

apa yang lebih melucukan pegawai - pegawai di kementerian pelajaran telah diarahkan untuk menganggap colon telah menjawab kertas sains dan matematik dalam BI, walaupun hanya menjawab satu soalan sahaja dalam BI manakala yang lain dalam BM.

Bulan Penuh 2012 said...

Melayu atau bukan melayu,

semuanya jadi celaka bila bergaul dengan Umno.

Anak Bulan
bulanpenuh2012.blogspot.com

DongfangWuDi said...

bila karpal sebut 'celaka' ramai pulak puak penjilat yang gemar sebut perkataan tu...korang memang kaki jilat jubo karpal

Gadis Reformasi said...

itulah kalau dah hebat sangat
nak lawan kuasa rakyat,kau lawan sampai bila pun,hakikat sebenar kau tidak pernah menang
adoi
pemusnah bahasa,bangsa,agama & negara
go down la BN

Creedence Clearwater Revival said...

Ada sorang cina ipoh bgtau, kalau dia jumpa adun perempuan ni mmg hilang la kepala dia.

mmg cina kalau bab khianat nih mmg pantang. apa lg yg khianat rakyat tu Barisan Nasional.

Creedence Clearwater Revival said...

HAMBA ALLAH,

apakata kita hantar memorandum kpd YDP Agong terhadap menteri2, adun, exco & senator BN Islam yg telah bersekedudukan dan telah mempunyai anak?(merujuk kdp cadangan di blog berkenaan).

knp ya PM dan pemimpin UMNO yg lain turut bersubahat menyembunyikan hakikat ini?

emmm.... demi kuasa, UMNO Hadhari sanggup menggadaikan priinsipnya.....

Mohd Fuad said...

Pakat ramai ramai pi jumpa dia suruh dia letak jawatan..telepon , jumpa pekik dari jauh..."woi lu wakil rakyat ka wakil mongolia"!!!
buat hari hari 24jam sampai dia tension dan gila....

roh_insan said...

Mazlan sedia dilucutkan keahlian UMNO

SHAH ALAM – Ahli UMNO Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun bersedia dilucutkan keahliannya berhubung tindakannya yang mahu memohon perintah mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Mazlan berkata, beliau tidak kisah dengan hukuman yang bakal diterima itu kerana niatnya mahu melihat perubahan dalam parti UMNO berkenaan isu rasuah.

Sinar Harian:10-03-2009.

Tande2 awl tak merasenye Najib mnjd PM bile ujudnye si kambing2 hitam.Kesian kat Najib,luar dlm dok hentam die.

nik said...

Itu hanyalah balasan duniawi, Insyallah diakhirat kelak, beliau akan lebih menerima balasan yang setimpal dengan pengkhiatnatan beliau..

THE BLOG OF MY LIFE

shyufi said...

balasan pada pengkhianat masyarakat!!
harap ape yg berlaku pada hee yit fong akan berlaku gak kat pengkhianat yg len!!
2 je yg boleh dibuat untuk sedarkan pengkhianat2 ni!so,..letak la jawatan!

pengkhianat ni same je la konsep cam orang munafik pada zaman rasulullah.berpura-pura..patut diperangi habis-habisan!!

bajet mini najib??
brape byk bajet nak kuar ntah..
xkonsisten langsung..
kajian x teliti n menyeluruh sebelum bajet yg di bentangkan pada awal tahun baru2 ni..

Anonymous said...

bagus a camtu

saud said...

gila harta, duit n kuasa....layak buang dlm longkang, biar rakyat lanyak dia habis2...

Hee tungangan amino krjaan haram jedah perak...pulau dia biar dia mampus...

Dr Nik-On X-Ray said...

kita orang Malayu dalam PR tak bergaduh pun sesama kitorang. Yang kita marah adalah "melayuuuuu" yang agak sewel sehingga pemimpin yang penuh skandal, telan harta rakyat mengikut sukahati (ingat duit tu Tun Razak yang punya) dan sanggup berbuat apa saja tanpa perikemanusiaan, pun tetap menjadi puuujaan hatimu.

Dr Nik-On X-Ray said...

Dulu (apa dah nama Ketua UMNO Bhg Bukit Bendera?) pernah kata kaum Cina tu pendatang kat Malaysia, namun jika dikaji, beberapa makhluk yang pernah memimpin UMNO punn asalnya pendatang juga.
1. Dato' Onn, anaknya Tun Husein Onn, cucunya Dato' Hishamudin - keturunan pendatang Turki.
2. Tun Dr Mahathir - dari salasilah pendatang dari benua kecil India
3. Syed Jaafar Albar dan anaknya - Syed Hamid - keturunan Arab.
Yang asal Jawa, Bugis, Acheh, Siam tak usah kira - lagi ramai.
Apa UMNO nak kisah, ini bumi AlLah dan rezeki bukan UMNO yang bagi

Creedence Clearwater Revival said...

bajet mini dibentangkan oleh orang yg mempunyai masalah dlm pengurusan kewangan & perbelanjaan negara!!!

PARPUKARI said...

KENAPA HEE KELUAR DAP...HAAA KORANG PI TANYA SAMA ITU NGEH DAN NGA, DUA EKOR ANJING KOMUNIS SIAL PUNYA PASAL LA NI...

PASTU FUCKATAN RIOT NGAN NIZAR CILAKA PI JILAT LAK BONTOT DAP....SO HASILNYA...MUAHAHAHHA

PERAK SEKARANG BN PUNYA, JILATLAH SATU SAMA LAIN KORANG OIII.

Firdaus AMK PKR said...

Bahasa melambangkan bangsa..
gaya penulisan Parpu memang penuh emosi tidak berfakta..
langsung!
seperti nama anda juga Parpu->>Merapu..

berapa umur anda?

salam

Firdaus AMK PKR said...

kesal dengan perbuatan Hee Yit Fong..


Hee Yit Fong - the most immoral, dirty, filthy, shameful, corrupted, despicable, scurrilous and untrustworthy woman of 2009. <<-setuju
dengan JESS...

salam

Kakashi Senpai said...

Parpu kari adalah manusia paling bodoh hina dan jijik hujah hujahnya. hoi bangang kalau nak hujah hujah yang bernas cara ko cakap macam ko biasa buat kerja jilat menjilat ni..ntah2 kao lagi teruk orang nya manusia boleh dinilai pada hujahnya tapi ko manusia yang takde nilai...mentaliti mcm ni buat malu umno jelah dah kalah berhujah main maki2 orang hina orang dengan tuduhan yang bangang...memang umno pun kalau dah kalah berhujah dia suka tukar topik dgn kutuk, caci maki orang

Kakashi Senpai said...

Parpu Kari pengkhianat bangsa melayu terbuktu dengan hujah2 kotor dan jijik dari beliau...mungkin tak cukup didikan dari orang tua sipaya beradap bila berhujah....

Fidaiyyin said...

Sallam...

Buat bangsa aku yg masih terperap pemikirannya, melekap di langit tempurung & merasakan Umno itu tuan tanah negara ni-jangan berterusan jadi bahlol & berani bagi komen dalam blog ni. Setakat blogger bahlol macam Parpu Kari ni, komen ko ni telah luput zaman penggunaannya melainkan ketika 20 tahun lepas mmg laku!!!

Hee Yit Fong-langkah malang ko akan berterusan. Pengkhianatan amanah ko dibenci semua masyarakat tak kira Cina , India & Melayu. Satu Malaysia benci pengkhianatan ni.

puntum said...

Parpu kari, kenape le awak ni bangang sangat? selagi engko tonton RTM/TV3/4 dan baca utusan meloya dan berita hairan selagi itu engko jadi bengap bin bahlol. Baca le sejarah dan dapatkan maklumat dari banyak sumber, gunakan kepala otak untuk berfikir. kenape le otak ada tapi tak boleh fikir.

orang macam engko ni makanlah parpu kari banyak2, jangan lupa taroh kas-kas kasi lebih, biar cepat dapat cancer dan mampus cepat.

Unknown said...

Hee Yit Fong... U kena tau malu sikit.... PLsssss letak jawatan..... Penat Rakyat Jelapang undi U!!!

Unknown said...

Hee Yit Fong... PLSsssssssss letak jawatan!!!


Penat rakyat Jelapang undi U....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...