Monday, March 23, 2009

"Hari ini saya mahu pakai baju gelap"

KUALA LUMPUR, 24 Mac: "Hari ini saya mahu pakai baju gelap," kata Zulkifli Sulong yang pernah bekerja dengan akhbar Harakah selama 20 tahun sebelum ini.

Penyataan ini dibuat Zulkifli kepada isterinya sebelum datang ke majlis pelancaran bukunya, "Politik Abad ke-21. Perubahan Ataupun Harapan Palsu" terbitan laman web, The Malaysian Insider. Zulkifli adalah kolumnis laman web ini.

Pagi tadi, kira-kira jam 11.45 pagi, Zulkifli menceritakan permintaannya ini kepada para tetamu yang datang di majlis pelancaran bukunya itu yang diadakan di sebuah restoran dekat Bangsar.

Antara tetamunya adalah Datuk Zaid Ibrahim, bekas de facto Menteri Undang-undang yang meletakkan jawatan kerana membantah tindakan kerajaan menahan empat orang di bawah ISA tahun lalu.

Zaid datang ke majlis itu untuk melancarkan buku beliau itu di samping sebuah lagi buku bertajuk "The Malaysian Insider: A year in the life of a country" yang ditulis oleh para kolumnis laman web itu dan diedit oleh Konsultan Editornya, Leslie Lau.

"Saya memakai baju gelap hari ini sebagai lambang setiakawan saya kepada akhbar Harakah, tempat saya bekerja selama 20 tahun dan akhbar Suara Keadilan, akhbar milik PKR yang digantung permitnya selama tiga bulan semalam oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Bagi saya ini adalah hari-hari yang gelap untuk media di negara ini," kata Zulkifli di majlis itu dengan iringan tepukan dari para tetamu dan wartawan yang membuat liputan majlis itu.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Ini bermakna, kedua-dua akhbar milik parti pembangkang itu tidak boleh beroperasi ketika media alternatif sangat diperlukan untuk membuat laporan alternatif terhadap apa yang berlaku dalam perhimpunan agung Umno, peralihan kuasa Perdana Menteri serta pilihan raya kecil dua bukit dan satu batang.

Selain kedua-dua media ini digantung, Umno telah tidak memberikan pas media untuk membuat liputan mesyuarat agung mereka kepada semua media internet dan media alternatif di negara ini.

11 comments:

DongfangWuDi said...

takyah pkai baju la ngok...

DongfangWuDi said...

kau tak pakai baju gelap pun kau memang dah gelap...gelap mata...gelap hati...gelap minda.

DongfangWuDi said...
This comment has been removed by the author.
abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

pakai baju hitam..tapi kalau boleh jangan pakai seluar....pakai seluar pendek macam Kit Siang pun tak apa...biar nampak bulu betis..

abe MIE simpati kat siasah sebab tak dapat liputan di PWTC...tapi abe MIE cadangkan supaya siasah bawa kamera persendirian...tapi gambar sikit tak elok...

apapun jangan kena saman sudahlah...terutama berita kat PWTC...

ironseven said...

hehe..

bunga2 umno nak main isu derhaka la tu. gomo, mie terjah, anonymous, rakyat bukit gantang takkan terpengaruh dengan dakyah tu. rakyat dah bijak. bukan mcm umno bn yg dari dulu bodoh sombong dan lupa sejarah.

siapa yg sebenarnya derhaka? sapa yg hapuskan imuniti raja2? siapa yg telanjangkan raja2 masa krisis perlembagaan 1993? siapa yg lantik tengku ibrahim jadi sultan kelantan? siapa yang kata kat agong 'natang'? rakyat dah tau.

nak main isu derhaka la konon...apa la punya bodoh mamat2 ni.

ayuh kita semarakkan penggunaan harakahdaily, siasah, malaysiakini, dll blog. kita boikot akhbar bajingan umno bn. aku rasa lepas ni semua internet access pon kena gantong jugak..haha..

dayus.....

unanjaga said...

Orang orang yang gelap mata dan minda hati nya ialah orang orang yang masih lagi tidak memahami pada apa jua kejijikan rasuah,salah guna kuasa dan sebagainya,mereka itu hanya menjadi pada tongkat kejahilan.Suara dan pendapat mereka langsung tiada bermakna pada rakyat yang celik.

shyufi said...

perhimpunan umno...
najib ckp x serupa bikin!
gelap btul hati!

add said...

Zaid datang dimajlis akhbar Haprakah... subuh pagi tadi ntah ntah miss....

ironseven said...

DEWATA kata...

silap besarlah letak penderhaka kat Bt. Gantang tu....

Raja vs Penderhaka

-----------------------------------

1. Raja vs Penderhaka (umno la tu...derhaka 1977 raja vs zali jawi, 1983 raja vs semua mp dan adun umno, 1993 raja vs semua mp dan adun umno, 1993 raja vs anu mosa, 2008 raja vs umno tganu, 2008 raja vs umno perlis)

2. Rakyat vs Penderhaka (umno la jugak...umno penuh rasuah, kayakan kroni je, rampas kuasa di perak, ada perogol, penzina, perampas bini org dlm umno, umno sekongkol dgn mca dan mic tolak islam, umno hina nabi hina quran, bla..bla..bla..)

RAKYAT DAH SEDAR...

anakkancil said...

bIAR PI LA DIA NAK PAKAI WARNA APA PUN...BADAN DIA...TAPI SATU HARI NANTI KITA AKAN DI PAKAI SERBA PUTIH...CUN HABIS....
bILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL
JASAD TERBUJUR DI PEMBARINGAN
SELURUH TUBUH AKAN MENGIGIL...
SEKUJUR BADAN AKAN KEDINGINAN
TIADA LAGI IBU DAN HARTA
KAWAN KARIB SANAK SAUDARA
JIKALAU ADA AMAL DIDUNIA
ITULAH HANYA PEMBELA KITA

Firdaus AMK PKR said...

erm..
KDN pengecut!!

adakah selepas kekalahan berturut2!
oleh umNO bahkan Be End?
maka diorang sedar peranan media ini?

tindakan bacul dan pengecut!
apa tindakan KDN terhadap Utusan Meloya n Berita Hairan?
bukankah ia melebihi pada kerajaan?
manakala banyak menyeleweng tentang fakta dari PR?

minta rakyat fahamkan sendiri!

p/s:Bezakan siapa pengecut!
agaknya lepas ni haramkan blogger dan ISA kan semua blogger dari pihak PR.

p/s:blog2 PR akan semakin popular..selepas media di atas kertas diharamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...