IPOH, 3 Mac: Sidang Dun Perak yang bersidang di satu kawasan lapang berhampiran bangunan Perak hari ini meluluskan tiga usul secara sebulat suara iaitu:-
(Gambar: Speaker, V Sivakumar tiba untuk mengetuai sidang Dun Perak. Gambar bawah Adun Titi Serong membuat usul percaya kepada Mohd Nizar di kawasan tanah lapang yang diisytiharkan sebagai Dun Perak hari ini.)
1) Usul kepercayaan kepada MB Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
2) Usul membubarkan Dun Perak,
3) Usul berupa kertas laporan Jawatankuasa Terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.
Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.
Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.
Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini.
2) Usul membubarkan Dun Perak,
3) Usul berupa kertas laporan Jawatankuasa Terpilih yang menggantung Datuk Dr Zambry dan enam Exconya.
Usul pertama dan kedua adalah usul yang dibawa sebelum sidang manakala kertas laporan Jawatankuasa Terpilih adalah usul tergempar.
Sidang itu berjalan di kawasan lapang berhampiran Dun selepas 27 Adun dan Speaker tidak dibenarkan masuk ke Dun oleh polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Ipoh meluluskan injunsi untuk menghalang Sidang Dun hari ini tetapi ia diperolehi selepas Dun Perak sudah tamat bersidang.
Dun mula bersidang jam 10.15 pagi dan tamat jam 10.30 pagi. Ia bermula dengan bacaan doa oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki dan ditutup dengan cadangan menangguhkan sidang oleh Adun Pasir Panjang yang juga MB, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin.
Injunsi diperolehi oleh BN kira-kira jam 10.45 pagi dan ia dianggap adademik oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di sini.
216 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 216 of 216Ahli-ahli akademik UMNO tersalah baca Undang Undang Tubuh Negeri. Sidang DUN semalam adalah Sidang Tergempar, Khas atau Emergency Session dan bukan Sidang Rasmi Tahunan. Hanya Sidang Rasmi Tahunan yg dilakukan dengan persetujuan dan restu baginda Sultan dan bukan Sidang Tergempar. Sidang DUN yg telah selesai persidangan dinyatakan sebagai Sidang ditangguh untuk Sessi akan datang dan dalam masa diantara sessi tahunan ini, pihak Speaker mempunyai kuasa penuh untuk memanggil Sidang Tergempar dengan notis rasmi dekemukakan kepada semua pihak termasuk Baginda Sultan. Maka hujah Sidang Pohon Demokrasi semalam sebagai tidak SAH hanya propaganda dan manipulasi fakta semata mata. Jelas, Speaker Perak telah menhantar notis niat Sidang Tergempar kepada Baginda Sultan dan telah mengeluarkan notis sidang kepada semua ADUN - ADUN.
Dalam perkara atas pokok atau bawah pokok. Sekali lagi,peruntukan 100 meter ruang persidangan menurut Warta Undang Undang Tubuh Negeri adalah khusus untuk persidangan DUN Rasmi Tahunan. Dalam erti kata lain, Sidang Tergempar di mana-mana tempat yg diperakui oleh Speaker sebagai tempat bersidang adalah sah.
Seandainya kita terima bulat bulat hujah UMNO yg konon-nya KESEMUA Sidang DUN MESTI Mendapat persetujuan RASMI dari Baginda Sultan dan HANYA boleh dilakukan di Dewan yg diwartakan SAHAJA. Apa kan jadi musibah atau kemalangan menimpa Keluarga Diraja dan dikala Dewan Persidangan DUN atau Parliament musnah terbakar, atau di ambil alih oleh pengganas?
Semestinya Dewan yg disebut sebagai Dewan Rakyat umumnya tidak dapat berfungsi dan melakukan sebarang bentuk urusan rakyat dan negeri/negara. Hanya kerana terperangkap dengan peruntukan peruntukan prosedur dan teknikal yg sempit, remeh dan tidak masuk akal. Perkara teknikal dan prosedur wujud untuk membantu dan meyelaraskan sesuatu perkara supaya keadilan, demokrasi dan kepentingan serta hak rakyat dijamin dan dilaksanakan secara objektif. Kepentingan dan hak serta mandat rakyat harus dijamin dan dilindungi dan tidak boleh diperlekehkan dengan teknikaliti remeh dan sempit.
Di Perak, dalam keadaan Demokrasi rule of the jungle, hanya sebuah pokok yg menjadi penaung serta pelindung hak serta kepentingan rakyat.
Raspek betul aku ngan hujah ko ni Firdaus!!
bongkarkan lagi kejelikan umno/bn. biar depa cepat selamat dikebumikan....
utk saudara2ku 'karat kris',brfikir.
uluma2 dlm pas,seperti tuan guru Nik Aziz,hj Hadi,Harun Din dan banyak lagi,smuanya bukan alang2 belajar islam malah boleh mngajar lg.bukan sekadar amik suku2 mcm hgpa.berpuluh2 tahun depa mngaji agama.
mcmana kita yg tk berapa hari ngaji n amik agama suku2 ni,bleh pertikaikan kbolehan mreka....
adakah kita ni lbh pandai???
adakah kita lebih alim??????
adakah kita lbh warak??
saudaraku2 'karat kris'....
jwpanya tkan hadir jika anda brfikir dgn kpala lutut....
Hoi umno!! kalau betul2 lu kuat wa cabar lu ahli umno suruh pimpinan lu bubarkan DUN nak lawan buat mcm anak jantan ... ni tak! macam pondan pakai FRU,POLIS halang orang sekat orang mana kejantanan lu umno..pulak tu mintak nasihat kat ayahnda dia penjajah british tu mana lu punya jantan umno....
PR berteduh bawah Pokok demokrasi,
BN/UMNO berlindung disebalik topeng demokrasi!
keris berkarat dah 50tahun tungu masa nak luluh je...
Memang dalam bantahan PR atas kes Perak Kaum Cina dan India kami PR tak galakkan berdemo pasal nanti umno akan berkata " hai orang melayu tengoklah PAS kuda DAP dah mengajar cina dan india derhaka pada Sultan" percaya tak??? kami orang PR dah tau taktik perkauman umno nak selamat nyawa dia yg tinggal nyawa ikan .... ingat orang bodoh lagi ke zaman sekarang ni....umno not relevan now kata hakim gula2 hack. hak hak hak kahak tui umno.
lepas ni hgpa jgn heran plak....
FRU & polis dok jaga pokok2
kt Ipoh....
aku kesian sgguh kt depa ni....
lawaknyer abg mie terjah..ckp x supe bikin daaaadun bota masuk sebab ape?pakse ke?sukerela?pastu...mase tu majoriti berape?ada ke same bn bape kerusi?PR?so...aduh..lemah lahh..please laaa..ckp klu xde fakta pon bende logik leh x?putar2 ayat jek tau daaaaaa....idealogi org umno...nk wat cmne..da kena byr org atas lwn comment pr..hasut org atas pagar..tp malangnyer...
sedihnye utk kite sbg MELAYU..sebabkan perjuangan ANWAR kite rakyat melayu bergaduh sesame sendiri utk merbut kuase..sampai bile la sume ni akan berterusan..
nanti najib jadi Pm agak2 Islam masa tu jadi apa yek!!! Islam Hadari dah tentu takde sbab pak lah dah blah!!!
Kesimpulan dari hal laporan blog siasah ni..
1.kerajaan negeri Boneka..takut DUN bersidang kembali kerana..takut dewan dan seluruh adun membuat usul tidak percaya terhadap kerajaan boneka negeri dan usul tidak percaya terhadap MB `segera` Zambry..
2.dah terang2 menolak kuasa dan hak manat rakyat negeri Perak.
3.Guna kuasa Sultan..keliru..
rakyat atau sultan yang berkuasa?
4.Dari hal ni orang ramai semakin merasa jengkel dan pelik berikutan tindaktanduk Sultan....
lagi2 tersenarainya anak sultan Perak sebagai diantara orang terkaya di dalam Malaysia ini.
salam
Himpunan 100ribu rakyat bantah PPSMI di Istana Negara sabtu ini 7hb ini .... 2ptg..
Ayuh Selamatkan Bahasa Ibunda Kita!!!
Berita paling gemparrrr!!!
Akhbar Prancis Liberation telah mendakwa Najib pernah bertemu dengan Altantuya di sebuah kelab di Paris Bersama dengan Abd Razak Baginda...
Berita paling gemparrrr!!!
Akhbar Prancis Liberation telah mendakwa Najib pernah bertemu dengan Altantuya di sebuah kelab di Paris Bersama dengan Abd Razak Baginda...
kpd zali
brapa kali ko jd imam kt masjid?
brapa kali ko qiyamullail?brapa kali bg ceramah?
ada hati nk kutuk nik aziz.nik aziz bkn sembarangan org.bukan aku taksub.tp kalo nk dibandingkan amal ibadat dan ilmu dia dgn kita,malu la kita.dok kutuk2 dia,skali Allah turun bala br tau.Allah kan syg org alim.dah sa2 nik aziz lg alim dr kita.x caya,g jumpa sendiri.tlg la jgn kutuk org2 alim / ulama' ni kalo kita x sealim mana
Post a Comment