Penyerahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ustaz Nasrudin Hassan. Turut serta adalah Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha dan Kamarulzaman Mohamed, Exco. Memo diterima oleh Asfaazam Kasbani, Assistant Resident Representative, Senior Programme Manager, PBB.
8 comments:
Jangan kita hanya mampu bina masjid yang gagah dan indah tetapi kita berada bersama peminpin yang lemah.
Manusia akan bermegah megah dalam membangun masjid. Rasulullah bersabda "tidak akan berdiri kiamat hingga manusia berbangga bangga dengan masjid"
http://idham-xpression.blogspot.com
Yang pergi mesti pergi, yang datang pasti datang, apa na' diherankan.*
كل نفس ذائق الموت* الأية
setiap jiwa merasai kematian.
Manusia telah ditakdirkan mati didetik kelahirannya. Ingat2 dahlah.
Kasihlah pada ulama' walaupun di mana jua mereka berada
Salam semua,
Memfitnah ulama juga membunuh mereka.
Salam.
Ulama' merupakan pewaris para Nabi. Justeru, kita mestilah bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun jika tidak bertentangan dengan Syara'. Tahniah! Pemuda PAS. Teruskan usaha anda sekalian...
http://abumunzir.blogspot.com
Salam,
BAGAIMANA PULA HUKUMAN KEPADA PEMBUNUH FASAL 5 PERLEMBAGAAN PAS?!
Kepada rakan-rakan PAS yg dihormati dan dikasihi..
Tahukah kalian bahawa entri di Tranungkite-Anwar Ibrahim in Australian NewsHour With Jim Midleton- merupakan bukti terbaik dan terkini yang menunjukkan DSAI bukan seorang pejuang negara Islam? Mana tidaknya,sedangkan kita(PAS) untuk menjaga sensitiviti rakan-rakan dalam PR(kononnya) telah secara senyap menyorokkan dasar perjuangan kita iaitu mahu mendirikan Negara Islam.
Matlamat kita jelas sebab inilah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS bahagian Fasal 5. Kita mahukan negara Islam dari awal sampai akhir perjuangan kita,zahir dan batin kita hanyalah untuk Islam,agama Allah yang kita cintai ini. Malangnya selepas sahaja kita “dipaksa” untuk menutup mulut dari bercakap mengenai Negara Islam baru-baru ini, DSAI dengan nada yg berkias tapi jelas maksudnya yang dia tidak berniat mahu mendirikan atau mewujudkan sebuah negara Islam.
Ya! kita mahukan hidup yang lebih baik dan berkualiti. Ya! kita mahukan ekonomi negara kita lebih baik kerana itu membantu kita untuk beribadah kepada Allah. Ya! kita akan lebih mesra kaum. Ya! sistem pilihanraya kita akan lebih telus dan jujur. Ya! kita dah muak dengan perangai BN-UMNO. Ya! Kita mahu negara kita,pemimpin kita dan rakyat negara kita bersih dari pelbagai penyakit-penyakit hati yang kesannya merosakkan agama,negara dan bangsa kita. Ya! Kita mahu meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan terbaik di negara kita ini. Ya! Kita mahu Islam.Ya! Kita semua sedang menuju ke arah itu..semua itu benar dan hakikatnya kita adalah pemandunya. PAS adalah pejuangnya InsyaAllah!!
Tapi..berbaloikah perjuangan kita bila ianya disandarkan kepada orang yang tidak percaya tentang keadilan Allah yang menjadikan Islam sebagai agama manusia sejagat. Alhamdulillah, PAS saya yakin tidak ada masalah dalam memahami Islam sebagai agama yang benar di samping merupakan penyelesaian kepada segala masalah. Tapi..kita berbalik kepada soalan adakah orang yang tidak percaya ini dapat melaksanakannya?
DSAI dari entri diatas jelas-jelas menyatakan yg Islam seolah-olah padanya hanya pada Solat,tak minum arak & undang-undang Syariah hanya wujud di Malaysia dalam hukum nikah kahwin. Sebijik jawapan UMNO-BN!! mungkin sesetengah yang masih angau dan bermimpi dengan kemenangan PRU12 yg lepas akan memberi pelbagai jawapan untuk membela utnuk menjaga “kesatuan” “Pakatan Rakyat” ini. Teruslah membohongi diri sendiri..teruskan..saya tidak mahu masuk campur dan berkrompomi dengan kalian,tapi ingatlah! Sendiri jawab sendiri tanggung,kalau di dunia sudah tidak tertanggung di akhirat nanti lagi berat tanggungannya dan jangan heret kawan-kawan sama tanggung.
Dalam pengamatan saya yg serba kekurangan dan jahil ini, DSAI sekali lagi mengulangi kesilapan dia di dalam UMNO iaitu mula meminggirkan Islam dan mula mengetepikan PAS secara perlahan demi perlahan. Kalian jangan lupa DSAIlah antara orang yang membela “perjuangan” ratu cantik di Selangor pada tahun 1997 dahulu. Siapa mangsanya? Almarhum Ust. Ishak Bahrum yang merupakan bekas Mufti Negeri Selangorlah yang menjadi mangsanya.
DSAI tidak menjawab dan menafikan hubungan baik dia dengan Israel, USA dan Zionis. Kalian mungkin akan mengatakan ini hanya gimik BN-UMNO. DSAI yang merupakan mantan Presiden ABIM ini tidak pernah sekali pun,saya ulangi,tidak pernah sekali pun mengutuk kekejaman Israel Zionis terhadap saudara Palestin kita. Malah memuji keilmuan penulis Satanic Versus si laknat musibat Salman Rushdie. Si laknat ini mengatakan yang Nabi Junjugan kita Nabi Mohd saww sebagai gila seks!!-nauzubillah-tapi DSAI mengatakan dia penulis yang sangat memahami apa yang dituliskannya itu (profound writer)..lihatlah betapa tidak zionisnya DSAI. Paling terbaru bagaimana biadapnya ahli parlimen Belanda menghina Islam dengan menerbitkan filem pendek “Fitna”. Satu dunia terasa pedihnya hinaan ini tapi di mana statement DSAI yang mengutuk kezaliman ini? Bukankah dia pejuang keadilan? Adilkah kita dengan membisukan mulut apabila saudara kita dibunuh dan dizalimi? Di mana suara DSAI sewaktu saudara Pelestin kita memohon harapan diselamatkan dari terus disembelih setiap hari? Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah memijak bendera Israel sewaktu demonstrasi di Kelantan beberapa tahun lepas..Beranikah DSAI memijak hatta bendera Israel sekalipun? Berani ke?!
Sekarang ini heboh pula yang PR akan menerima mereka yang lompat parti. Saya mahu bertanyalah kepada rakan-rakan sekalian..apa jawapan Tok Guru Nik Aziz bila ditanya tentang orang yang lompat parti dan tindakan melompat parti ini? Tok Guru jawab:
“orang yang lompat parti ini adalah orang yang suka makan upah. Dan orang yang lompat parti ini adalah orang yang tak tahu urusan politik ini sebenarnya urusan dunia dan akhirat.”
dan Tok Guru sangat setuju dibuat akta yang dapat mengawal mereka dari melompat parti. Sedangkan DSAI pula mempelawa BN-UMNO melompat parti. Di mana kita sekarang? Di jawapan Tok Guru Nik Aziz ke atau di jawapan DSAI. Tentu rakan-rakan sekalian tahu yang Tok Guru Nik Aziz pernah menghantar surat kepada Ust Abd Hadi dan surat ini disiarkan di surat khabar Siasah. Apa nasihat yang Tok Guru berikan? Tok Guru pesan supaya kita utamakan yang utama dan hal yang remeh temeh kita ketepikan. Tidak kurang juga supaya kita pesan memesan antara satu sama lain. Ingat Tok Guru Nik Aziz merupakan Mursyidul Am kita (PAS) yang tugasnya membimbing rohani kita. Sudah tentulah statement-statement Tok Guru berkaitan dengan hal ehwal kerohanian ahli-ahli PAS dan Malaysai umumnya.
Apa lagilah yang lebih teruk dikenakan pada kita bila DSAI mencanangkan sedemikian rupa. Dia jelas masih seorang ahli UMNO-BN tapi dalam wajah yang baru dalam pakaian yang baru-PKR-. Wan Azizah sendiri telah mengatakan yang negara ini tak mungkin akan menjadi sebuah Negara Islam dan mahu memperjuangkan Ketuanan Rakyat-lihat Sun Daily 25 April 2008-. Sekarang di mana Negara Islam yang kita perjuangkan kalau asyik membiarkan mereka sahaja yang bersuara? Di mana Ketuanan Islam kalau asyik biar Ketuanan Rakyat yang bersuara? Mereka sudah menyatakan pendirian mereka, kita bila lagi?! Atau negara Islam kita sudah tenggelam dalam tangisan munajat kita yang lepas? Bukankah Negara Islam yang kita minta?
Saya seorang yang sangat jahil dan kejahilan saya ini hanya dapat terubat dengan berdirinya sebuah negara Islam. Paling tidak pun saya ingin sangat termasuk dalam kumpulan pejuang-pejuang Islam. Saya dapat lihat benda ini dalam PAS sedikit sebanyak. Saya tidak mahu PAS yang saya pertahankan dan perjuangkan ini menjadi seperti parti politik biasa. Lihatlah betapa berdolak dalihnya DSAI bila berkata tentang Islam dan Negara Islam. Jawapan yang hampir sama sewaktu saya menemu ramah beliau pada tahun 2006 di rumah kediamannya di Damasara Height dahulu. Pemimpin saya tetap Tok Guru Nik Aziz dan orang-orang yang bersama dengannya yang mahu memperjuangkan Negara Islam.
HIDUP ISLAM, HIDUP PAS..
Salawat
Sesi Parlimen yang disiarkan langsung pada hari ini (30.4.2008) selama 30 minit seharusnya di siarkan selama Parlimen bersidang. Sesi Parlimen hari ini, walau pun nampak kecoh, adalah diterima baik oleh rakyat kerana Rakyat dapat menilai samaada
MP yang berkenaan(BN atau BR)telah
menyuarakan isu-isu yang bernas demi kepentingan rakyat. Rakyat tahu menilai sama ada Speaker menyebelahi mana mana pihak, dengan sekat MP yang berkenaan berterusan walaupun MP itu telah menimbulkan isu-isu yang konkrit.
Isu isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang hendaklah dijawap oleh Menteri yang berkenaan. Rakyat tahu untuk menilai samada Menteri yang mewakili Kerajaan Barisan Nasional telah menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau demi kepentingan Rakyat dan Negara.
Jika Menteri memberi suatu penjelasan yang ragu-ragukan, maka dalam Pilehan Raya Umum 13 Rakyat akan berhati-hati sama ada untuk menyokong Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.
Sesi Parlimen hendaklah dikekalkan dan sekali-kali jangan cari sebab
untuk memberhentikannya kerana Rakyat akan pandang negatif terhadap Kerajaan Barisan Nasional kerana 'takut dengan transparency'
Ramai Negara-Negara yang mengamalkan Demokrasi telah pun mengadakan Siaran Terus-Menerus Persidangan Parlimen, kenapa pula kita sekat dengan hanya 30 minit.
"Majulah Demokrasi Berparlimen"
Post a Comment