Monday, April 7, 2008

10 Adun masuk ke rumah MB hari ini

KUALA TERENGGANU, 7 April: 10 Adun dilihat memasuki rumah rasmi MB Terengganu, Sri Iman semalam, lapor laman web yang berpangkalan di Terengganu, Buletinonline.net.

Kesemua mereka dipercayai bakal dilantik sebagai Exco kerajaan negeri yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said.

Mereka adalah:

1) Mohamad Awang Tera (Chukai)

2) Dr. Abd Rahman Mokhtar (Kuala Besut)

3) Khazan Che Mat (Batu Rakit)

4) Asha’ari Idris (Langkap)

5) Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu)

6) Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir)

7) Toh Chin Yaw (Bandar) 8) Za'abar Mohamed Adib (Rantau Abang)

9) Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan)

10) Rozi Mamat (Telemong)

Jika benar mereka dipilih bermakna, hanya tiga Exco di bawah Datuk Seri Idris Jusoh kekal iaitu Mohamad Awang Tera, Toh Chin Yaw dan Abdul Rahin Mohd Said.

Namun, sehingga berita ini ditulis, nama-nama Exco baru belum lagi diumumkan oleh Ahmad Said.

2 comments:

priyandeka said...

Assalamu'alaikum w.b.t.
Saya nak syorkan kepada mereka ini termasuk MB baru Terengganu agar laksanakanlah amanah yang dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T.ini dengan sebaik mungkin.Kalau tak faham, bertanyalah pada yang arif. Bukti betapa UMNO sekarang telah dicaci dan dihina oleh ahli-ahli mereka sendiri boleh dijadikan pedoman. Kalau ada skandal-skandal yang lalu, jadikanlah teladan. Selesaikan dengan cara baik. Ikut jalan ISLAM kerana kita tidak boleh lari daripadanya.Ikut cara yang telah ditunjukkan oleh MB Kelantan, Selangor, Perak, Kedah dan Penang. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat mentadir rakyat Terengganu dengan sebaik mungkin wahai MB dan Exco-Exco baru. Terima kasih.

Khazanah Dari Malaya said...

JANGAN LUPA BUKA PINTU MASJID KRISTAL UNTUK RAKYAT NAK SOLAT .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...