Friday, April 4, 2008

Umno serang PAS umpama perang salib di Kelantan

GUA MUSANG, 4 April: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan cara serangan yang dibuat Umno terhadap PAS di Kelantan semacam 'perang salib' terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati dekat sini.

"Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.

"Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam," kata Ku Li.

Menurut Ku Li, dalam pilihan raya baru-baru ini, pengundi melihat PAS sebagai parti yang adil kepada semua kaum dan pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah - berbeza dengan imej Umno yang dilihat mementingkan Melayu sahaja dan korup.

"Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," katanya.

Tentang PKR pula, menurut tafsiran Ku Li, pengundi semua kaum melihat parti itu – termasuk orang Melayu generasi baru – sebagai parti yang dasarnya ialah keadilan kepada semua rakyat berdasarkan keadaan dan keperluan asas mereka.

Ku Li juga berkata, Umno umpama kapal yang sudah rosak dan hendak karam sekarang ini.

Nakhodanya pula, kata beliau, sering meninggalkan kapalnya dan menyerahkan kepada anak-anak kapal untuk mengendalikannya.

9 comments:

MdEzhar said...

Nakhoda UMNO memang sebenarnya sudah lama karam...., menantikan anak-anak kapal yang akan turut karam bersama nakhoda...."YOU JUMP I JUMP" itu lah janji anak-anak kapal UMNO.

SEDIH DAN KASIHAN pada anak-anak kapal yang syahid dalam perjuangan dunia bukan diakhirat.

anjung said...

hey kuli jangan terlalu emosional kerana ia menunjukkan diri kamu itu ego. tidak semestinya kata2 kamu itu betul. nanti termakan diri sendiri ataupun tepuk dulang terpercik ke muka sendiri.

alamalikut said...

Ku Li sama saja..
Selama ni pun menjadi kuli dlm umno, tak pernah nak naik taraf jadi mandor ker..jadi kerani ker...

Gua Musang.. secured by org asli, kalo bukan Gua Muasang.. Ku Li pun dah lama innnalillah...

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the GPS, I hope you enjoy. The address is http://gps-brasil.blogspot.com. A hug.

Pemerhati said...

Niat Ku Li baik. Nak mempastikan kempimpinan UMNO sekarang ditukar dan satu perubahan besar-besaran dilakukan. Ini untuk kebaikan semua orang Melayu. Bagi aku sendiri, aku pun tak suka Ku Li jadi pemimpin UMNO. Cuma bersetuju dgn perubahan yang ingin dilakukan. Bukan semua anak2 kapal UMNO bersedia utk terjun. Seperti juga PAS. Bukan semua pemimpin yang suka mengata dan mengumpat. Tapi kalau diperingkat akar umbi, mana jugak aku pergi kalau sesama sendiri berkumpul, mulut mereka tak abis2 mengata, mencaci dan mengumpat. Hati aku ni dah mmg lama tawar dgn UMNO. Nak join PAS tak berkenan dgn perangai ahli2nya yg suka mengumpat. PKR mmg aku tak berkenan dgn konsep perjuangannya. Abih camno???

kamakaya said...

UMNO, UMNO. Tak tahulah apa nak jadi dengan UMNO? UMNO & pemimpinnya umpama orang tua yang sudah nyanyuk. Bukan orang tua yang sedar 'nyawa di hujung tanduk'. Yang lucunya ramai pula anak-anak muda dan generasi umur hampir pertengahan abad cepat-cepat sedar dari mimpi agar tidak musnah diri di alam realiti. Setiap jiwa semakin hampir menuju 'MATI'. Ingat tu. Muda pun boleh mati, apalagi orang tua. La Ila ha illallah. Muhammadur Rasulullah. Apakah akan keluar ucapan ini bila berhadapan dengan Malakul Maut ???.

krishna said...

Ternakan Babi di Sepang adalah suatu isu yang berlaku sejak BN
memerintah kawasan tersebut.
Kenapa pula Rakyat membesar-besarkan isu tersebut dengan mengadakan tunjuk perasaan sedangkan Menteri Besar baru (Tan Sri Khalid)sedang mengambil
suatu tindakan yang produktif demi
kebaikan masyarakat setempat.
Dari segi pencemaran sekitar, rakyat tidak perlu bimbang kerana
tindakan yang sedang diambil oleh Menteri Besar baru, juga seorang muslim, tidak akan membuat sesuatu
yang tidak munasabah. Harus difikir sedalam-dalamnya oleh penduduk kawasan tersebut kerana
BN yang telah memerintah kawasan
tersebut selama ini tidak dapat menyelesaikan perkara tersebut.
Marilah kita sebagai Rakyat Malaysia memberi peluang kepada
Menteri Besar walaupun beliau adalah dari parti pembankang.
Janganlah kami sebagai Rakyat biasa tidak digunakan oleh parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Kenapa kita harus dibodohkan dengan pengaruh mereka.Dari itu, berjaga-jagalah!

Khazanah Dari Malaya said...

HELLO SANG PEMERHATI ... SAYA RASA RAMAI KALANGAN MANUSIA TAK SESUAI BUAT ANDA BUKAN ANDA TAK BERAPA BERKENAN DENGAN MEREKA.MUNGKIN ANDA INI KERA SUMBANG MAKA PAS, UMNO ATAU PKR PUN TAK SESUAI BUAT ANDA. MUNGKIN DIHUTAN SESUAI BUAT ANDA .

Khazanah Dari Malaya said...

WALAU BAGAIMANA PUN SAYA ANGGAP KU LI ADALAH PEMIMPIN YANG LUAR BIASA.WALAUPUN SUATU KETIKA DULU BELIAU PERNAH MEMIMPIN PEMBANGKANG, UCAPAN BELIAU BAIK DALAM KERAJAAN MAUPUN SEBAGAI PEMBANGKANG, UCAPAN BELIAU KONSISTEN DAN PENUH BERHEMAH TAK PERNAH MENGELUARKAN KATA2 KESAT.KU LI CEPAT CEPAT LAH TUMBANGKAN PAKLAH !!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...