Mereka akan berada di Indonesia sehingga 19 April untuk bertemu Azreen dan juga berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia.
Rombongan yang diketuai Koordinator Migran Care, Alex Ong turut disertai anggota Dewan Undangan Negeri Paroi, Taufik Abdul Ghani dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Muhamad Omar bagi mengiringi bapa Azreen, Che Ishak Che Kob.
Kijang Care adalah badan bukan kerajaan yang dinaungi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa manakala Migran Care adalah sebuah NGO yang menjaga kebajikan rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini.
Mereka akan menuju ke Lombok di mana Azreen telah ditemui dan kini berada di bawah jagaan pihak kebajikan masyarakat di sana.Azreen, yang hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga Indonesia yang juga jirannya ditemui semula di Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur, Indonesia, Jumaat lalu.
Che Ishak yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, berkata beliau diberitahu Migrant Care sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia bahawa anaknya sudah ditemui.
Remaja itu kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera serta berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, manakala lelaki 27 tahun yang melarikannya sudah ditahan pihak berkuasa tempatan.
Menurut Alex, oleh kerana program ini untuk melahirkan masyarakat penyayang, Menteri Besar, Datuk Seri Muhamad Hassan dan anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaludin dijemput untuk bekerjasama.
"Namun Khairy tidak ada respon manakala wakil MB marah kepada kami kerana campur tangan," kata Alex kepada Siasah.
Padahal, bapa kepada Azreen telah membawa perkara ini kepada Adunnya dan juga pejabat MB sebelum pilihan raya lalu.
No comments:
Post a Comment