Wednesday, April 23, 2008

Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar

Oleh Rustam A Sani
Selasa, 22 April 2008


SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.
Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.
Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.
Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

14 comments:

zol said...

assalamualaikom..siapa pun Tun Mahathir dia telah menjadi PM Malaysia selama 22 tahun..dalam 22 tahun itu terlalu banyak jasa2 beliau kepada negara..ini tidak boleh disangkal..tanya pula siapa rustam???apa jasa Rustam??pada saya just nothing...org yg sentiasa menyalak tiada nilainya pada saya...tapi manusia yang telah berjasa dan telah terbukti berjasa tetap mulia dihati dan mata saya...pada Rustam selamat menempuh alam barzakh..semoga dapat melalui alam itu dengan selamat..tapi jauh di sudut hati saya, u r nothing!!!

Cucu Adam said...

Kenapa terlalu emosi sangat siapakah Rustam jika diperbandingkan dengan Mahathir. Bila buat perbandingan biarlah an apple with an apple bukannya an apple with a durian.

Kalau Mahathir menurut pandangan Zol seorang PM yang telah banyak berjasa saya kiranya Sdra Rustam tidak kurang besar jasanya bukanlah sebagai seorang negarawawn seperti Mahathir, idola Zol. Jasa Sdra Rustam ialah di dalam penulisan. Dan sememangnya kita mahu penulisan yang tajam dan kertikal dan bukan stereo type seumpama RTM, Utusan Malaysia dan mereka yang sewaktu dengannya.

Sememangnya Mahathir banyak berjasa kepada negara ini, tapi tidak kurang pula kerosakan, kecacatan dan pelbagai yang berlaku sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai PM. Telah terlalu banyak diperkatakan oleh ramai orang dan tak kanlah Zol tidak mengetahui perkara ini.

Ramai orang yang tersiksa dan menanggung kesusahan akibat tindakan Mahathir, dan tentunya kesalahan terlalu besar ini boleh dimaafkan dan dilupakan bagitu saja.

Mahathir hanya melihat dirinya sahaja yang benar, dan tidak bersedia menerima teguran mana-mana pihak - terlalu sambong dan angkok. Dan setelah perletakan jawatan sebagai PM, beliau terus menerus menghentam sesiapa saja yang disukainya dan di dalam ini dua orang yang menjadi sasarannya ialah Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.

Siapakah Mahathir untuk terus menerus mencari salah orang lain tanpa menyedari dirinya sendiri banyak yang tidak betul. Agama Islam dihinanya (kalau pihak Barat yang melakukannya kita cepat melenting). Patutkah kita terus memberikan sokongan kepada orang semacam Mahathir.

Angkatan Muda Keadilan BATU said...

Huhh... Terpanggil untuk mencoret komen ini. Siapa zol??? Apa jasa zol??? pada saya nothing dan mungkin haprak jika nak dibandingkan dengan Rustam. zol hanya tau menyalak di komen ini tanpa berfikiran idealistik. eloklah zol tidak menjadi pemimpin Malaysia kerana jika zol memimpin, hancurlah Malaysia sebagaimana acuan Mahathir.

Al-Fatihah buat Allahyarham Rustam A Sani.

wanzaim said...

mana ada yang fakta dalam penulisan arwah ni ????

BraderJHEM said...

Zol...kau memang lah SETAN, dari hari tu lagi...hari tu kau kate anuar binatang, kau kutuk pulak Rustam..Kau ni pe hal????Kau ni memang sakit jiwa.....
Zol, kau memang BINAWE......
Kau tau tak, kalau takde orang2 yg macam Pak Rustam ni, kita pun tak tau kisah yg kita tak tahu....Kau dan aku cume insan kerdil saje....Pak Rustam, melalui pahit maung nya perjuangan...Kalau mcm kau ni lah, aku agak kalau kene tangkap dgn polis, kecut telor kau, kene sergah je dah menggeletar kepala lutut...Bawak insaf Zol malaun oooiii....

mas said...

Assalamualikum. Zol,masih ingatkah sdra bahawa pm yg sdra pandang mulia dihati dan mata itu,pernah menghina,memfitna Nabi Muhammad S.A.W dengan isu pisau cukur dan janggut?Apalah kemulian nya jika di bandingkan NABI S.A.W di sisi ALLAH S.W.T. Walaupun sdra Rustam,tidaklah seorang negarawan tetapi dengan penulisan beliau yg tulus,terbuka,tidak suka mengampu,angguk-angguk sahaja itu,dapat membuka minda dan menyelongkar kebejataan sebahagian pempimpin termasuk orang sdra zol sanjung ini. AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM RUSTAM A.SANI.

Cucu Adam said...

Nyata sekarang Zol keseorangan dan tiada bersikap objektif dengan memperkecilkan usaha Rustam di dalam bidang penulisan. Bahawa anda tidak lebih sebagai pengangguk saja, serta seorang pengampu dan pembodek.

Banyakkan membaca dan luaskan bacaan anda, dan jangan setakat membaca Utusan Malaysia, Berita Harian dan dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Juga jika anda ashik menonton RTM dan TV3 saja, tidak hairanlah sikap anda yang membodek Mahathir dan mereka yang sewaktu dengannya.

Kerana adanya orang semacam Allahyarham Rustam, kita dapat didedahkan dengan pelbagai penyelewangan yang sekian banyak telah dilakukan oleh BN/UMNO. Insya Allah orang yang sependapat dengan Zol mangkin berkurangan. Rakyat di negara ini semakin celek tidak saperti Zol, dan Insya Allah keadaan di negara ini akan beransur-ansur pulih.

Jika tidak tahu memberikan pendapat yang bernas, saya nasihatkan supaya Zol diam seribu bahasa supaya tidak tidak kelihatan tolol kamu.

Anonymous said...

Slm, Bagi aku antara Mahathir dan Allahyarham Rustam dua watak yang berbeza dan mempunyai jasa masing-masing dalam dunia masing-masing.

Tetapi bagi aku. Mahathir adalah arkitek yang sedang berusaha keras untuk hancurkan Umno.
Mahathirlan antara jutaan ahli Umno yang harus dipertanggung jawab membunuh orang orang Islam di Memali yang memalukan, Mahathir juga antara Menteri Dalam negeri yang menahan ramai rakyat dalam ISA. Hasil dari itu anak-anak yatim di Memali, janda-janda di Memali, anak-anak mangsa tahanan ISA sentiasa berdoa kepada Allah, semoga segala kezaliman ini dibayar tunai. Mangsa yang ramai menerima faedah dari kezaliman Mahathir ialah orang-orang PAS.
Bermula dari saat itulah antara doa yang masih dibaca hingga sekarang ialah ....hancur lebur lah pakatan jahat mereka... lipat baliklah segala rancangan jahat mereka.

Kesannya. Umno dihancurkan / diharamkan di Mahkamah akibat perebutan kuasa dantara Mahathir dan Kuli pada tahun 1987 dulu, menyebabkan jatuhnya Kelantan. Selain daripada itu, Mahathir dengan orang harapannya Musa hitam terus tidak tenteram.
Dalam tempoh ini jugaklah Kehakiman, Institusi Raja dirobek dengan lahabnya oleh Mahathir. Menyebabkan oarang-orang China sudah tidak menghormati lagi pada Institusi Raja-raja Melayu.
1998 Umno berpecah lagi. Kali ini yang terlibat antara Mahathir dengan Timbalannya, Anuar Ibrahim. Sekali lagi Umno porak peranda. Selain dari Kelantan, Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Selepas menyerahkan kuasanya pada pengganti yang diharapkan iaitu Pak Laah, Mahathir meneruskan usaha nya untuk menghancurkan Umno. Buktinya kesan pilihanraya 2008, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Pembangkang dah bertukar menjadi kerajaan. Usha mahathir masih gigih diteruskan untuk mempastikan Umno dapat dihancurkan lagi pada pemilihan 2008 ini. Saya percaya walaupun orang suruhan / proksi Mahathir yang akan menang dalam pemilihan Umno 2008, Mahathir tidak berdiam diri, akan meneruskan usaha untuk menghancurkan dari dalam ini. Insyaallah Umno akan berjayan dihancurkan lagi selepas 2008 ini khususnya pada PRU 13 nanti.

Antara permintaan Allahyarham Dato' Fadhil Noor ialah minta Allah panjangkan unur Mahathir untuk melihat segala kezaliman yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini.

Bagi personal saya syabas Dr. Mahathir usaha Tun sekarang ini adalah bagi menebus dosa politik kepada PAS sepanjang 22 tahun ini. Kerana pada tahun 60'an dulu, selepas Tun dipecat dari Umno, Pentas PAS lah yang menjadi medan untuk Tun bergerak. Tetapi selepas Tun berkuasa, masa Tun lah banyak menghancurkan dan menderitanya ahli dan anggota keluarga PAS

mali said...
This comment has been removed by the author.
mali said...

Alfatehah...semoga roh Pak Rustam ditmptkan diklngn roh para anbiya & solihin... zol dan wanizam...matanglah kalau nak berhujah...asyik u r nothing... u r nothing ... u tu r nothing ...dah nampak bukti depan mata pun tak boleh analisis data...sekolah kat u mana? Tak belajar buat literature study ke?

pekakbutabisudungu said...

macamanapun, samaada M telah nyanyuk atau D mengikut kata.sila rujuk siasah selepas pru 12 lepas. M menyuruh D melakukan harakiri. mungkin D yang lurus bendul megikut kata M sahaja. HARAKIRI membawa makna MEMBUNUH DIRI dan membawa bersama selagi boleh segala jenis KEHANCURAN bersamanya dalam kematiannnya.Jadi,D hanya mengikut kata M. Atau mungkin M sudah nyanyuk kerana berhenti makan gingko. Mungkin apa yang M maksudkan untuk D lakukan adalah melakukan SEPPUKKU yakni merodok pedang ke dalam perut dan memulas ususnya tanpa " talak bunyi " dan tidak merosakkan alam sekitar. Atau mungkin M yang anda sangka bijak, sebenarnya bodoh.

lambunau said...

Hehehe... Nak tergelak sampai tergolek baca komen zol dan segala serangan balas yang diterimanya. Padan la tu.

Zol,

lain kali nak bagi komen tu biar lah ada hujah yang meyakinkan. jangan lah sampai nampak bodoh. Kalau ada bodoh pun jangan lah ditunjuk-tunjuk, cukuplah kita sendiri je yang tau kebodohan tu.
Cara komen tu seolah-olah zol langsung tak ada pengetahuan mengenai siapa Allahyarham Rustam dan latarbelakangnya.


Al-Fatihah buat Allahyarham Rustam A Sani.

abumunzir al-jerluni said...

Jangan ikut perasaan! sama-sama kita berdoa agar Allah ampunkan dosa beliau. Jangan diungkit2 kesalahan dan keaiban beliau...mungkin dia berada di pihak yang benar. siapa tahu? siapa kita?

Ismadi said...

Assalamualaikum, semua yang beri komen.

Siapapun Rustam Sani dia telah kembali ke rahmatullah.. Jangan dicerca orang yang telah pergi..Itu yang diajar dalam Islam.
Kepada sesiapa yang suka sangat komplen pasal orang lain tu fikirlah baik-baik. tulisan kita kekal walaupun kita telah mati. Jadi eloklah bertaubat kerana mati akan menjemput kita bila-bila masa saja.
Tinggalkanlah secebis kebaikan dari meninggalkan fitnah yang akan sama-sama memberi padah yang berkekalan walaupun jasad telah dikandung tanah.
wassalam..
Ismadi
Tgkarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...