Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS berkata, sudah sampai masanya isu babi ini diselesaikan melalui pendekatan good governance (pengurusan yang baik) dari membiarkan ia terus mencemarkan alam sekitar di negeri ini.
"Umno dan BN selama ini sedar masalah ini tetapi mereka penakut, play to the galary (ikut kehendak pihak terlibat) dan terikat dengan rasuah. Sebab itu ladang-ladang ternakan babi haram dan tidak terkawal ada di merata-rata tempat dan mencemarkan sungai dan pantai kita," kata beliau kepada Siasah.
Dzulkifli mengulas serangan media Umno terhadap cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan sistem ternakan babi secara moden yang tidak akan mencemarkan alam sekitar bagi menyelesaikan persoalan penternakan babi haram di negeri ini.
Kerajaan Selangor meluluskan cadangan kerajaan negeri sebelum ini untuk melaksanakan sistem penternakan babi secara moden yang dianggarkan bakal menelan belanja RM100 juta. Bagaimanapun segala perbelanjaan itu akan ditanggung oleh pelabur dan penternak babi yang terlibat.
"Sistem ini adalah jawapan kepada segala persoalan pencemaran dan bantahan penduduk terhadap kekotoran sungai dan pantai akibat najis babi di negeri ini sebagaimana dilaporkan oleh media Umno berkenaan," kata Dr Dzulkifli.
Dalam pada itu, katanya lagi, apa yang perlu dibuat oleh kerajaan Selangor sekarang adalah memastikan tempat penternakan moden ini biar sesuai dan mempunyai buffer zon (kawasan perantara) yang sesuai antara ladang dengan penempatan mereka.
Selepas dilaksanakan, beliau berkata, sistem penguatkuasaan pula mestilah cekap dan jangan sesekali terhalang oleh amalan rasuah yang membarah dalam kerajaan sebelum ini.
"Sistem best practise mestilah diamalkan dalam konteks ini," katanya.
"Orang memelihara anjing untuk menyalak pencuri. Tetapi jika pencuri itu adalah tuannya sendiri, sudah tentu anjing itu tidak menyalak," katanya lagi sebagai analogi yang nampak kasar tetapi itulah realitinya.
Sebab itulah, kata beliau, isu ini tidak selesai di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum ini kerana mereka terikat dengan rasuah dan takut dengan sentimen tentang babi yang menjadi isu sensitif di kalangan orang Melayu.
Menurutnya, Islam jelas sekali memberikan hak untuk orang bukan Islam.
"Hak orang Cina untuk makan dan berniaga dengannya. Kita tidak boleh nafi hak mereka dan sebagai kerajaan ia mestilah dijaga. Kerajaan pula perlu memastikan hak penduduk iaitu melalui penempatan yang sesuai dan pastikan ia tidak tercemar. Saya rasa itu yang hendak dibuat oleh kerajaan Selangor melalui sistem moden ini. Lagipun, semua kosnya ditanggung oleh pelabur dan penternak itu sendiri bukan kerajaan," kata beliau.
Teknologi Jerman secara tertutup
Sementara itu, seorang penulis dalam laman web Tranungkite.net berkata, projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.
Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya.
Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara selepas ini.
Penulis ini mengetahui perkara ini kerana sistem ini ditawarkan oleh satu syarikat yang dimilki oleh seorang kawannya kepada kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
"Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?" tulis beliau dengan nama pena Iza.
7 comments:
Suatu budaya UMNO yang amat ketara sekali sejak akhir-akhir ini ialah tidak mahu mengakui kesalahan sendiri dan menyalahkan pihak lain pula yang bertanggung jawap di atas kesalahan tersebut.
Penternakan babi yang dijalankan secara tradisional yang dijalankan di Sepang (dan juga di tempat lain seperti Melaka) telah dijalankan untuk sekian lama dibawah pentadbiran UMNO/BN dan menyebabkan pencermaran ditempat ternakan babi dijalankan. Keadaannya kotor, berbau busuk, meloyakan, dan pastinya akan memakan belanja yang besar untuk memulihkan tempat tersebut. Siapakah yang bertanggung jawab. Takanlah nak salahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, yang baru berusia satu bulan.
Kenapa penduduk di Sepang baru sekarang mahu bertindak? Kenapa daripada dulu tidak mahu bertindak?
Apa yang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Seri Khalid ialah mengusahakan ternakan babi dengan cara yang moden yang tidak meninggalkan sampingan seperti sedia kala. Dengan kata-kata lain, adakah penduduk Sepang lebih rela keadaan yang ada sekarang berterusan dan menolak sekali usaha baik yang hendak diperkenalkan oleh Kerajaan baru Selangor.
Inilah penyakit orang Melayu, yang tidak sudah-sudah mengutuk pihak yang ingin membawa pembaruan untuk kebaikan mereka sendiri. Selama ini MP dan ADUN dari kawasan ini ialah dari BN/UMNO. Ada usaha yang mereka jalankan untuk pembersihan dan mengawal alam sekitar daripada tercemar.
Fikir-fikirkanlah sebelum mahu bertindak dan menyalahkan pihak lain.
Segelintir pemimpin BN hanya mampu mempengaruhi, menipudaya dan menghasut golongan tua yang kurang berpendidikan dan buta IT dengan propaganda-propanganda mereka.Golongan tua ini ,mudah dipengaruhi kerana tidak memperolehi sumber berita alternatif yang lain selain dari media-media kerajaan.Nak buka internet atau blog tak tau, nak berpikiran kritis,barangkali sekolah tak setinggi mana.Akibatnya,terima je lah berita palsu yang ada. Barisan Rakyat harus peka bagaimana untuk memanipulasi kekuatan sokongan BN ini.Kalau tidak,ianya akan memberi kesan kepada BR pada pilihanraya akan datang.Wallahualam.
AlhamdulilLah.
Masih sentiasa ada orang berilmu dan membela kebenaran.
Mudah2an Allah membantu hasrat Kerajaan Negeri Selangor itu.
salam
Manifesto kerajaan Pakatan Rakyat semasa pilihan raya dahulu tidak menyebut tentang mendirikan ladang ternakan babi.
Saya terkejut mendengar jawapan drpd perwakilan Pas dalam hal isu babi ni.Meraka langsung tidak merujuk perlembagaan Pas Fasal 5.Drpd peringkat tertinggi hingga ahli biasa semuanya terkena TSUNAMI GILA KUASA.Dato Kamaruddin mengatakan menjadi hak setiap orang Cina untk makan dan berniaga,dan mgkn selepas ini,judi nombor ekor menjadi langkah seterusnya.Sekali lagi Pemimpin PAS kembali kepada perlembagaan Fasal 5 dan merujuk kenyataan Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz.Di Singapura pun tidak wujud kandang babi moden walau pun majoriti org cina.
Sewaktu menjadi pembangkang dalam setiap ceramah mereka sibuk menghentam Melaka dlm isu babi,di negeri sembilan di bukit pelanduk sKmua menjadi isu dlm ceramah meraka tidak kurang memaki hamun pemimpin umno,sekarang apabila berkuasa ludah terpalit di muka sendiri.kilang arak yg wujud di PJ sedikit tidak di sentuh untk mengurangkan pengeluaranya,apakah ini cakap tak serupa bikin..di manakah Exco Pas Dato Hasan Ali..beriya iya benar dalam membela umat Islam dan menjaga hati org Pas.Pemimpin tertinggi Pas silah kembali ke perjuangan asal,hormati lah Mursyidul Am Pas dgn mendengar nasihat beliau.
Ahli Pas yang kecewa dgn TSUNAMI GILA KUASA pemimpin Pas.
Isu Babi Di Sepang
Di dalam keadaan yang tersepit dan juga bagi tujuan memburukkan Kerajaan Pakatan di Selangor, pengumuman oleh Tan Seri Khalid untuk melaksanakan Modern Pig Farming di Sepang, Selangor telah digunakan secara maksima yang mungkin. Dibuat tuduhan bahawa Tan Seri Khalid tidak sensitif ke atas umat Melayu yang beragama Islam. Pada hal apa yang hendak dilakukan ialah melakukan kawalan yang berkesan ke atas ternakan babi supaya nasib yang buruk seperti berlaku di Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan dan Kuala Linggi di Melaka tidak akan berulang lagi.
Keadaan yang jijik dan meloyakan sepertimana ditayangkan di RTM dan TV3, jika terus dibiarkan tentunya akan membawa padah yang buruk ke Selangor dan Malaysia. Apakah
penduduk di Sepang tidak mahu perubahan untuk mengawal keadaan ternakan babi berterusan di dalam keadaan yang ada sekarang. Tidak mahukah mereka ternakan babi di
kawasan mereka itu dikawal dan supaya tidak dilakukan sewenang-wenangnya di merata tempat-tempat.
Malahan projek ternakan babi di Sepang bukannya berlaku sebaik saja kerajaan Selangor bertukar tangan ke tangan Pakatan Rakyat. Ia adalah suatu peninggalan yang jijik lagi
menjijikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dibawah Mohd Toyo dan mereka yang sebelumnya. Susah sangatkah untuk memahaminya. Yang anihnya lawatan ke beberapa buah
negara khususnya ke negeri Jerman telah dilakukan dan hasil lawatan tersebut, persetujuan telah diambil untuk mengenalkan Modern Pig Farming di Sepang. Sepatutnya tidaklah menjadi salah apa yang kerajaan baru Selangor di bawah Tan Seri Khalid hendak lakukan.
Sayangnya isu ini telah diexplotasikan oleh UMNO dengan membuat tuduhan liar ke atas Tan Seri Khalid. Daripada kata-kata Menteri Penerangan yang baru, isu ternakan babi ini diharap akan mengoncangkan keyakinan parti PAS yang akan membawa perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, dan jika ini terjadi Kerajaan Pakatan Negeri di sekurang-kurang dua
negeri - Selangor dan Perak akan tumbang, dan memberikan harapan besar untuk BN/UMNO berkuasa semula di negeri-negeri tersebut. Adakah ini akan berlaku berdasarkan
perkembangan terkini. Belum ada lagi pemimpin PAS yang melatak menyuarakan pandangan yang sumbang yang boleh menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Sebagai pengajaran kepada penduduk di Sepang, sewajarnya keadaan ternakan babi di kawasan tersebut dibiarkan berterusan seperti sediakala, dan biarkanlah mereka
berhadapan dengan masalah-masalah yang telah sekian lama mereka hadapi. Tanggohkan apa juga tindakan yang hendak diambil khususnya berhubung dengan rancangan ternakan babi secara Modern Pig Farming. Biarkan keadaan kotor di kawasan tersebut bertambah buruk lagi. Biarkan pencemaran busuk dan pantai Bagan Lallang dicemari oleh najis babi.
Jangan laksanakan projek Modern Pig Farming pada tahun ini atau pun pada tahun hadapan. Tunggu sehingga penduduk Sepang tidak tahan lagi, dan akhirnya menghantar
rombongan untuk bertemu dengan Tan Seri Khalid, dan memohon projek ternakan babi secara Modern Pig Farming disegerakan. Sudah jelas penduduk Sepang tidak lansung
menhargai niat baik Tan Seri Khalid yang cuba menyelesaian masalah ternakan babi di kawasan tersebut untuk kepentingan mereka sendiri.
Jangan terperanjat Modern Pig Farming akan dilaksanakan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN/UMNO seumpamanya di Melaka dan Negeri Sembilan. Sudah menjadi lumrah sesuatu yang baru walau pun nyatakan membawa kebaikan ditentang habis-habisan tanpa alasan yang kokuh.
Post a Comment