Wednesday, April 9, 2008

Laporan Utusan buktikan perlunya ladang ternakan babi moden

KUALA LUMPUR, 9 April: Tanpa perlu menjawab apa-apa, rakyat negara ini faham kenapa kawasan penternakan babi secara moden di perlukan di negara ini khasnya di Selangor. Ianya disahkan sendiri oleh laporan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan mengesahkan penternakan babi yang dibuat di merata-rata tempat dan mengalirkan najisnya ke sungai dan laut selama ini sangat tidak baik kepada orang awam khasnya umat Islam.

Ia perlu dikawal di samping hak orang bukan Islam khasnya Cina untuk memakannya tidak boleh disekat sama sekali.

Itulah penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu penternakan babi secara moden untuk mengawal pencemaran.

Siasah akan membuat laporan penuh mengenainya Ahad ini.


2 comments:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat perlulah mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada penduduk yang terbabit mengenai projek ini. Mereka mungkin dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menentang projek berkenaan. Apatah lagi kita tahu menantu Pak Lah bukan sahaja aktif dalam UMNO dia juga aktif dalam NGO. Tidak mustahil dia menjadi batu api.

royalsilvery said...

Saya bukan nak menyokong atau membantah kerajaan Selangor nak ternak babi. Kalau boleh biar tak ada org yang makan babi walaupun non-muslim kerana sudah terbukti daging babi tidak sihat untuk dimakan. Saya juga bukan nak bercerita berkenaan babi sebab bagi saya dengar "BABI" pun dah sejuk perut nak terkeluar isi...cumanya nak bg pendapat mengenai isu babi di Selangor atas kenyataan media terutama TV3 yang terang-terangan menghentam kerajaan Selangor atas isu kelulusan ternakan babi ditambah kenyataan Datuk Noh Omar "Inilah hadiah pertama Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya.....". Rakyat sekarang bukan segobrok seperti yang dikata. Sepatutnya pemimpin Be-eNd ambil iktibar atas apa yang terjadi pada PRU-12. Masyarakat bukannya bodoh Datuk..karang malu sendiri. Hari ini(11/04/2008) + - baru sebulan kerajaan negeri Selangor dibawah PR dibentuk dikatakan sudah meluluskan projek ratusan juta ringgit. Bagi saya tak ada isu pun projek babi tu sebab kerajaan nak guna teknologi terkini untuk sistem pembuangan najis babi yang diternak dan bukan secara tradisional yang terbukti tidak bersih. Kepada TV3 cukup2 le jadi barua Be-eNd. Org dah tak larat tengok fitnah dalam Buletin korang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...