Ini diakui dalam pertemuan antara wakil Siasah dengan Ustaz Azizan yang kini Menteri Besar Kedah dipejabatnya dekat sini semalam.
Dalam pertemuan itu, Azizan bertanya kenapa sekarang Siasah dan beberapa media PAS mahu menemuramah beliau, sedangkan sebelum ini tidak ada.
Wakil Siasah memperingatkan, sebelum ini beliau sendiri telah meminta media jangan terlalu perbesarkan cerita dan aktiviti PAS di Kedah untuk tidak 'mengejutkan harimau yang sedang tidur'.
"Terbukti sekarang, strategi ustaz itu berjaya," kata wakil Siasah kepada MB Kedah yang baru itu.
Sebelum ini, Azizan menyifatkan Umno kuat di Kedah tetapi mereka dalam keadaan leka ketika itu
Ekoran pandangan strategi Azizan itu, hampir kesemua media pro PAS dan beberapa media bebas lagi tidak berapa memberikan liputan kegiatan PAS di Kedah.
Pada 8 Mac lalu, strategi Pesuruhjaya PAS Kedah itu terbukti berjaya apabila PAS dan PKR berjaya menumpas BN di Kedah dan membentuk kerajaan bersama.
Padahal, negeri yang mendapat fokus utama media dan Siasah sendiri, Terengganu misalnya, gagal dimenangi PAS dan rakan-rakannya.
Laporan penuh wawancara khas dengan MB Kedah dalam Siasah Ahad ini.
1 comment:
Tahniah di atas kejayaan YAB menduduki kerusi MB Kedah. Harap siasat kedudukan banglo mantan MB Kedah sewaktu di bawah UMNO dahu. Khabarnya harga bangso itu ialah RM 4 juta!
Post a Comment