KUALA LUMPUR, 1 April: Mesyuarat pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS hari ini bersetuju menubuhkan Pakatan Rakyat yang menggabungkan ketiga-tiga parti itu dalam satu pakatan yang sama.
Bagaimanapun, penubuhan rasminya perlu disahkan oleh mesyuarat jawatankuasa pusat parti-parti berkenaan.
Demikian dakat de facto pemimpin pakatan baru itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Anwar itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah serta delegasi masing-masing.
"Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengan keputusan ini, bermakna kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor nanti akan dikenali sebagai kerajaan Pakatan Rakyat," jelas Anwar.
3 comments:
Tahniah atas persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat oleh PKR-DAP-PAS, dan Insya Allah hanya masa yang akan menyaksikan lebih banyak lagi parti-parti politik akan menyertainya di dalam tempoh terdekat ini, termasuk yang kini menganggotai Barisan Nasional pada masa ini.
Masalah yang timbul semasa penubohan dan setelah tertubohnya Pakatan Rakyat ialah mereka yang bernafsu besar untuk menjadi barisan pemimpin di peringkat pusat, negeri dan lain-lain. Eloklah ini diberikan perhatian yang serious dan sewajarnya.
Setelah penubohannya nanti akan kedengaran suara sumbang, dan pengistiharkan keluar parti kerana tidak bersetuju di dalam beberapa hal, yang kelak akan menjadikan bahan ketawa oelh pelbagai pihak khususnya BN/UMNO dan media perdana.
Penubohan Pakatan Rakyat sesuatu yang ditunngu-tunggu dan mudah-mudahan menjadi suatu kenyataan di dalam masa terdekat ini. Apabila tertuboh nanti penyertaan di dalam pilihanraya nanti mestilah atas nama Pakatan Rakyat dengan simbol parti yang satu. Ini perkembangan yang sewajarnya dan bukan terikut-ikut dengan gaya dan corak BN.
ke arah Malaysia yang lebih harmoni.... insyaAllah
apa lagi, bloggers, jom kita sama2 cadangkan Lambang Baru untuk PAKATAN RAKYAT..
aku dah buat satu.. hehe.. sekadar cadangan..
cekidaut!!!!!!!!!!! http://fradzar.blogspot.com/
Jangan sampai pakatan ini setengah jalan, maklumlah PAS tidak melihat pakatan ini sebagai jalan untuk memerintah MALAYSIA, tapi hanya melihat dalam bentuk kerajaan ISLAM yang agresif, saya cadangkan supaya pemimpin PAS COOL siket, caranya DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM atau UNDANG-UNDANG ISLAM tidak perlu di sebut sangat NEGARA ISLAM, nanti bila sudah memerintah barulah tukar undang-undang, masukkan unsur-unsur atau elemen UNDANG-UNDANG ISLAM tersebut, hari ini bila sebut undang-undang islam orang takut sebab bunyi POTONG TANGAN tu, tapi kalau dok diam-diam dan lepas memerintah baru implement kan lebih baik.
Post a Comment