KUALA LUMPUR, 23 April: Malaysia kehilangan sebutir permatanya apabila penulis dan tokoh politik terkenal, Rustam A Sani meninggal dunia jam 2.30 pagi tadi di rumahnya, Bukit Lela, Gombak.
Menurut keluarganya, Rustam bangun jam 2.00 pagi untuk minum air. Selepas itu, beliau baring di katilnya dan terus meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Beliau meninggalkan isteri, Puan Rohani, dua anak, seorang lelaki dan seorang wanita serta cucu.
Jenazah Rustam, kolumnis Siasah itu akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota selepas Zohor nanti.
Antara yang awal menziarahi jenazah Rustam adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga bakal Ketua Pembangkang, Datik Seri Dr Wan Azizah.
Turut hadir adalah Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda, Salahudin Ayub. Ia diikuti kemudiannya Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan juga bekas Ketua Pengarang Utusan, Datuk Johan Jaafar.
5 comments:
AL - FATIHAH buat Allahyarham.
Malaysia kehilangan seorang yang mampu menggegar dunia hanya dengan pena nya.
Angkatan Muda Keadilan Bahagian BATU mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rustam A Sani.
Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang Soleh.
AMK Bhgn BATU
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya dan di tempatkan bersama dgn orang yang bertaqwa..insyaAllah... Amin....kita yg hidup pun akan pergi jua menjejaki beliau, cuma belum tahu bila waktu nya sahaja dan dgn itu sama2 lah kita sedekahkan A-Fatihah untuk beliau.....
Al_Fatihah!!!!!!!!!
Tkasih..
A-FATIHAH buat Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan bersama orang yang soleh,Amin. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Rustam A Sani.
Salam takziah kpd seluruh keluarga Allahyarham..semoga Allah swt menempatkan beliau di sisi org2 yang alim dan mendapat rahmat.
Al-Fatihah
Semoga Allah Rahmati dan Mengampuni segala dosa-dosa beliau. amin!
Post a Comment