Wednesday, April 30, 2008

Hadapi krisis makanan: Hidupkan semula LPN

KUALA LUMPUR, 30 April: Kerajaan perlu mengembalikan semula peranan Lembaga Padi dan beras Negara (LPN) bagi membolehkan persoalan keselamatan makanan negara ditangani dengan baik.

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1989 - 1992, Datuk Mohd Amir Yaakub berkata, hanya dengan cara inilah kerajaan boleh mengawal balik industri terpenting negara ini.

Industri padi dan beras negara telah diserahkan kepada pihak swasta apabila peranan LPN telah diserahkan kepada syarikat padi dan besar negara, Bernas pada tahun 1984.

Datuk Amir, ketika ditemui Siasah baru-baru ini, bersetuju dengan pendapat seorang profesor bahawa kerajaan telah tidak lagi menjaga kepentingan industri padi dan beras negara sejak 15 tahun yang lalu sebaik sahaja Bernas ditubuhkan.

Datuk Amir, dipenghujung keriernya selaku Ketua Pengarah LPN telah menulis satu iaitu pada 16 September 1992 telah menulis satu laporan khas kepada Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Datuk Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi menerangkan kepentingan industri padi dan beras negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi baru-baru ini memaklumkan kerajaan akan memperkukuhkan kembali industri makanan negara dengan menambah satu lagi jelapang padi negara di Sarawak.

Di Dewan Rakyat, Abdullah memaklum, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menangani persoalan makanan dan kenaikan harga makanan.

Jawatankuasa ini akan disertai oleh pelbagai pihak termasuk dari pemimpin pembangkang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

2 comments:

MOHD RIDHWAN B. BAKAR said...

Isu kenaikan harga beras perlu dipandang serius oleh semua pihak khususnya pihak kerajaan dan ahli-ahli parlimen. Kesengsaraan rakyat selama ini akibat kenaikan harga petrol dan barang-barang keprluan pun belum lagi reda...jika harga beras terus naik lagi la rakyat bertambah susah dan sengsara kerana beras merupakan makanan asasi bagi penduduk di Malaysia.

Selaku anak pesawah, saya juga menyeru pelbagai pihak agar kita sama-sama membantu nasib pesawah dan petani lain. Harga jualan padi tak naik-naik...tapi harga beras nak dinaikkan. Saya nak bagitau bertapa susahnya hidup petani-petani sekarang ibarat pepatah mengatakan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kos sara hidup dan kos barang-barang pertanian melambung tinggi...aduh!

abe MIE said...

salam...

pemimpin pembangkang sibuk nak pantau semua benda apa yang kerajaan buat kenapa?

kalau pandai sangat, uruslah Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah (yang sememangnya pernah jadi jelapang padi malaysia) dengan baik..

kini pembangkang dan jadi kerajaan tau.. jangan dok komplen aje...bila nak tunai janji?

http://malaysialoni.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...