Wednesday, April 9, 2008

Ternakan babi moden untuk kawalan pencemaran

SHAH ALAM, 9 April: Ladang ternakan babi moden diKuala Langat telah diluluskan oleh Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Dr Khir Toyo pada 30 Januari 2008 dan ia diluluskan oleh kerajaan Pakatan di Selangor pada 2 April untuk mengawal pencemaran yang boleh terhasil dari ternakan itu.

“Kami merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid IBrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.

Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.

Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

2 comments:

zack said...

www.survivalperjuangan.blogspot.com
Posted by zack at 5:48 AM 1 comments Links to this post
Saturday, April 19, 2008
Menu Babi setiap hari di TV 3
Saban hari Tv 3 menyajikan menu BABI pada buletin utama mereka.
Seketika nama babi disebut secara berlapik. Sebelum ini BABI disebut dengan nama yang berbunyi KHINZ....IR. Mungkin kerana pantun melayu akhirannya akan menuruti sebutan bunyi dihujung seperti bunyi KHINZ.....ir boleh merujuk kepada nama orang dan bermacam-macam lagi. Untuk mengelak silap sebut nama BABI ditulis dan disebut secara jelas. Nasib baiklah tapak projek di Kg Lambuk tidak diletakkan nama tertentu sebagai penghargaan kerana meluluskannya .... macam nama hospital atau apa saja... (supaya rakyat kenang jasa MB yang sign luluskan projek)

Apakah TREND baru TV 3 meletakkan ulangan promosi BABI sebagai menu buletin yang dihidangkan kepada pendengaran dan penglihatan penonton amat menyelerakan penerbit, pengarang, pembaca berita atau sesiapa sahaja (yang bersembunyi) disebalik perang saraf yang bermotifkan tertentu. Apakah istilah BABI secara maksimum apabila kita marah kepada seseorang.

Bagi yang agak islamik dan fobia akan terasa loya serta jijik bila benda yang dianggap najis tersentuh serta haram dimakan seperti BABI disebut berterusan. Ada istilah BABI digunakan untuk memaki hamun apabila sesorang yang marah dan tidak terkawal...... Antaranya BABI tak guna punya........Apakah kerana BN marah kerana kalah, BABI pun dijadikan isu.

BABI adalah sebahagian lauk asasi kepada mereka yang sewaktu dengannya. Mengapa kita menghalang hak mereka. Amat wajar penternakan moden, terancang, tertutup dan selamat dilakukan. Memindahkan kandang yang tidak terurus dan berterabur di serata tempat adalah lebih baik. Bukannya macam MELAKA yang hangat-hangat tahi BABI. Bila hujan busuklah sangat. Bila lagi nak uruskan secara selamat?

Ketua kampung LAMBUK pula wajar ditawarkan jawatan pemberita sambilan oleh TV3. Muka dia pun dah popular sejak rancangan PROJEK BABI menjadi sebahgian date line. Skrip yang disampaikannya semakin kemas dan teratur. Era kerajaan BN beliau boleh mempengaruhi orang kampung sehingga rancangan kandang BABI moden besar-besaran dipersetujui tanpa sepanduk dan bantahan orang ramai. Sepatutnya orang kampung LAMBUK melondeh ketua kampung ini supaya nampak panau atau kurap jika ada. Bersenang lenang pergi makan angin sampai JERMAN, bila pulang bersetuju tanpa bantahan. Kini berubah pendirian pula. Persetujuan sudah termaktub dengan kerajaan BN. Tapak projek sudah tersedia, apa lagi yang boleh dilakukan........Mungkin selepas BABI dikeluarkan dari sini ia akan disebut BABI LAMBUK.

Bolehkah keputusan bekas kerajaan BN SELANGOR dimuntahkan kembali. Apakah kerana nak tutup tembelang, KHIR TOYO melempias balas. Apakah ini strategi menekanan terhadap kerajaan PAKATAN RAKYAT supaya mesti melaksanakannya. Ini kerana segalanya telah diatur sehingga terbias cerita keterlibatan bukan cina mendapat keuntungan dari projek BABI. 2 faktor ini perlu diperhalusi. Apakah ini juga strategi supaya dokumen rasmi kerajaan didedahkan supaya boleh timbul kesalahan terhadap akta OSA.

Buletin TV3 24.4.2008 memetik Khir Toyo menganjurkan pendengaran Awam. Agak aneh dan lucu macam Pak Lah menyebut akan kaji semula RMK 9 (kerana budget disebabkan harga minyak mentah yang dieksport naik cuma harga minyak import kekal.)
Eloklah kerajaan PAKATAN RAKYAT "WARTAKAN" dulu concern dokumen yang ada dan publishkan pada rakyat supaya dapat melihat MB mana yang luluskan projek ini.

Kepada kerajaan PAKATAN RAKYAT, INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKYAT, kepada bekas kerajaan BN Selangor kalau projek diteruskan spekulasi menekan akan berterusan dan kalau dibatalkan ape la pulok?

www.survivalperjuangan.blogspot.com

suhaimyarif said...

umno memang Taik!!!dah la TAIk bila tinggal orang lain plak kena cuci tapi malang nya yang cuci taik AMNo ni plak kena maki hamun...takkan kan baru perintah 3hari dah buleh buat projek besar, mistilah projek babi tu dari kepala otak kerajaan Amno yang terdahulu, PKR hanya laksanakan projek yang diluluskan oleh BN

babi punya Amno...!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...