Tuesday, April 22, 2008

Tahniah Pak Lah, Azman Ujang dan Syed Nadzri

Oleh ZULKIFLI SULONG

Secara peribadi, saya merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana berani untuk membuat islah atau reformasi di negara ini. Jasa Datuk Seri akan dikenang oleh seluruh rakyat negara ini atas keberanian ini.

Percayalah, jika sesiapa di kemudian hari nanti bertanya kepada datuk nenek mereka, siapakah pemimpin Malaysia yang membawa islah ini kepada Malaysia, saya yakin, jawapan mereka adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sudah pasti bukan Jamaah Islah Malaysia (Jim) atau bapa reformasi Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjadi jawapan mereka.

Biarlah Tun Dr Mahathir berkata, Datuk Seri mahu mencari populariti tetapi percayalah, pandagan Tun dalam soal ini sudah ketinggalan zaman. Semua mahukan kebebasan dan keadilan.

Mungkin nasib Datuk Seri akan sama dengan Bapak Habibie, bekas Presiden Indonesia, yang kemudiannya hilang kuasa sebagai Presiden Indonesia selepas mereformasikan negara itu, tetapi lihatlah kesannya ke atas negara Indonesia.

Hasil dari kebebasan yang dikecapi, ia telah membentuk semacam satu kuasa dan dinamika baru kepada negara itu untuk menjadikan negara mereka maju.

Biarlah Datuk Seri mungkin sekejap sahaja memerintah, kerana tekanan mereka yang dengki pasti datang, tetapi jasa Datuk Seri akan dikenang sehingga bila-bila.

Secara peribadi, saya juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Ujang, Pengurus Besar Bernama atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia kerana berani akhirnya memberikan cadangan agar akhbar di negara ini dibebaskan dari kongkongan permit penerbitan.

Biarlah 'faktor pasaran' (market forces) yang menentukan hidup mati sesebuah akhbar dan bukannya kerajaan yang memerintah lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Syed Nadzri, Pengarang Kumpulan NST yang akhirnya juga berani berkata benar bahawa langkah kerajaan tidak lagi menyambung permit akhbar Makkal Osai sebagai tindakan yang memberikan signal yang salah kepada reformasi atau islah yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Datuk Nadzri, keadilan juga harus diberikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Selangor, bukannya dengan membawa lari Selangor.fm dari bangunannnya. MB Selangor hanya memohon satu jam sahaja seminggu untuk kerajaannya. Kementerian Penerangan mempunyai 167 jam lagi (dari 168 jam seminggu) untuk berkempen bagi pihak kerajaan Pusat.

Apa salahnya Menteri Penerangan kita yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek mempertimbangkan permintaan kecil ini, yang bakal tidak akan menjadi kudis pun untuk dipenuhi. Bukankah inilah perjuangan Datuk selama ini. Laksana sahajalah. Lagipun ia selaras dengan islah yang sedang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri. Tidak cukup sekadar senyum manis di sisi PM semasa melancarkan dialog intergriti itu, rakyat perlukan lebih dari itu.

Kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mesej negetif yang kementerian Datuk Seri hantar ketika tidak menyambung lagi permit Makkal Osai perlu diperbetulkan segera.

Saya secara peribadi adalah pihak yang paling gembira dengan pemikiran Datuk Seri untuk tidak lagi memaksa akhbar di negara ini mendapatkan permit tahunan untuk akhbar mereka. Ini kerana sekatan itu sudah tidak perlu lagi di zaman langit dan wayar terbuka ini.

Dari dikecam kerana mengongkong media (padahal tidak boleh lagi mengongkong secara berkesan) lebih baik Datuk Seri bebaskan sahaja mereka dari kongkongan permit itu.

Saya sokong Datuk Azman, permit tidak perlu lagi, kerana pelbagai akta yang ada sudah cukup untuk mengawal media kita dari tidak bertanggungjawab. Saya sokong Datuk Syed Nadzri, kita perlu bersama islah yang sedang dibawa Perdana Menteri kita.

Saya dengan ini mohon menyokong.

1 comment:

pedang.malam said...

Salam

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Tapi apa yang saya sedang tahniahkan ini? Adakah kerana kemenangan Pakatan Pembangkang yang masih lagi kita terasa kehangatannya? Atau adakah sekembalinya anwar ibrahim ke pentas politk tanah air?

Saya tetap akan mengatakan tahniah kepada PKR,PAS dan jundi-jundinya kerana mereka telah berjaya memadamkan 1 harapan yg lebih besar dari harapan UMNO untuk menawan Kelantan.dan harapan tersebut jauh lebih besar dari harapan penduduk tanjung sepat dengan hal babinya.apakah harapan tersebut?
Ianya tidak lain dan tidak bukan harapan PAS utnuk mewujudkan Negara Islam berteraskan Perlembagaan PAS fasal 5..harapan ini sebenarnya tanpa disedari oleh penyokong pas tealh dikuburkan sejurus mereka reda dengan kehadiran si anwar ni. Kenapa saya berkata demikian? Pada entri yg lepas saya masih menunggu kalau-kalau ada penyokong-penyokong anwar ini mahu menjawab soalan-soalan yg berkaitan dengan si anwar ni. Saya akan mengulangi soalan-soalan tersebut dalam entri ini.

Jadi aku dah senaraikan beberapa soalan-soalan yg hanya syiah anwar je mampu jawab..

1.tolong buktikan yg anwar dan PKRnya mahu dan dalam usaha menubuhkan negara Islam? Kalau “Negara Madani” tu negara Islam di mana Quran dan Sunnahnya? Kalau dah ada Quran dan Sunnah,bukankah parti kita PAS jauh lebih dahulu canangkan,jadi di mana relevannya “Negara Madani”?

2.buktikan yg anwar tak pernah mengkhinati kita(PAS)? Dan kalau dia pernah meminta maaf tahukah korang yg dia kembali mengutuk Tok Guru Nik Aziz, mursyidul am kita, pada beberapa siri ceramah dia tahun lepas? Korang tahu ke tak ni?!

3.dia memuji si laknat musibat murtad salman rushdie yg mengutuk Nabi Mohd saww sebagai “gila seks”-nauzubillah-sebagai “profound” writer..yakni penulis yg sangat memahami dan mendalam pengetahuannya tentang apa yg ditulis.apa benda ni!? Kalau dah kutuk Nabi bukan mendalam pengetahuan maksudnya..tapi dalam neraka dia akan pergi..termasuk dgn org-org yg meredakan perbuatan sesat dia tu..korang tahu ke tak ni?

4.buktikan yg masyrakat bukan Islam memuji dia sebagai pemimpin Islam yg berkaliber? Kalau dari Israel punya sokongan sila baca soalanm seterusnya..

5.kenapa Jewspost.net menyatakan yg beliau bakal jadi PM ke6? Website ni halaman rasmi berita si zionis Israel tau..

6.di mana suara anwar sewaktu saudara Palestin kita dibelasah? Buktikan yg anwar menentang sekeras-kerasnya pendudukan yahudi zionis dan kezaliman zionis palestin..buktikan..

7.buktikan yg anwar berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz atas kemenangan besar PKR?
Korang tahu tak kalau bukan sebab air mata Tok Guru..mustahil PKR akan menang..mustahil

8.buktikan yg anwar mengatakan faktor kemenangan PKR adalah hasil dari doa dan pertolongan Allah..

9.Tok Guru Nik Aziz hingga hari ini msaih tak menarik balik statement dia yg memngatakan PKR adalah parti bercelaru..aku tetap pegang kata-kata Tok Guru ni sampai Tok Guru keluarkan statement yg berbeza mengenai dasar perjuangan PKR..kenapa Tok Guru kata demikian? Kenapa banyak org Pas tak dengar kata Tok Guru Nik Aziz?

10.mana fasal 5 perlembagaan PAS dalam diri pejuang-pejuang negara Islam saat ini?

Tok Guru Nik Aziz selalu pesan..org mukmin takkan masuk lubang dua kali..maksudnya takkan melakukan kesilapan yg sama dan berulang kali..cuba korang baca balik surat Tok Guru Nik Aziz kepada Ust Hadi Awang yg lepas..baca balik dgn Bismillah dan baca dengan jiwa yg tenang..aku doakan moga Allah buka pintu hati bagi mereka yg mahu..aku terus terang memang tak percaya kat si anwar ni..walaupun ramai pemimpin-pemimpin kita yg dah sokong..

kalau bukan disebabkan air mata Tok Guru Nik Aziz yg merupakan penawar bagi hati aku yg lara ni aku mungkin juga hanyut oleh “bisa ular tedung” ni..

aku selalu doakan moga Pemimpin yg bertaqwa jadi PM kat negara aku ni..tapi aku tak nampak taqwa ni kat dia..minta maaflah ye..dia dah pijak Fasal 5 perjuangan kita..aku takkan sokong dia atas sebab prinsip Islam yg aku cintai

salawat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...