Friday, April 4, 2008

Abim dan Jim temui pemimpin PAS

KUALA LUMPUR, 4 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.

Perkara ini dinyatakan rombongan Abim yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.

Rombongan Abim telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.

Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (Jim) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.

Robongan Jim diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.

(Gambar: Abdul Hadi berbincang dengan Zaid sebelum mesyuarat bersama bermula.)

8 comments:

mujahadah As-syahid said...

Alhamdulillah.saya berharap keadaan ini akan terus berkekalan.kita melihat bagaimana jemaah islam yang mendokong perjuangan islam berpecah, mengurangkan tenaga kerja islam itu sendiri.apabila masing- masing mempunyai organisasi sendiri maka kita melihat matlamat untuk perjuanga islam sendiri lambat.taadud jamaah atau berbilang jemaaah hanya merugikan islam sendiri.jemaah islam yang ada di malaysia seperti jim, abim, karisma, pas agar dapat bersatu dalam satu payung atau jemaah sahaja walaupun sebelum ini semuanya sudah ada matlamat untuk menegakkan islam di malaysia dengan menggunakan method mereka sendiri...renungilah firman Allah dalam surah As-Saff, ayat 2," sesungguhnya Allah yang menyukai orang berperang di jalan Allah dalam satu bangunan yang kukuh"...ayat ini menggambarkan betapa semua pendokong islam perlu bersatu dalam membawa agama Allah yang suci...perpecahan hanya merugikan tenaga, masa, kepakaran dan sebagainya..semua harus berlapang dada dan menyusuri kembali sejarah perjuangan Rasulullah.Bagaimana baginda seorang nabi,imam,ketua perang,ahli politik,ayah,datuk, suami,sahabat yang sangat agung.rasanya tiada manusia yang mampu menandingi baginda.kita melihat mutakhir ini, semua orang seolah- olah mahu kembali kepada islam semula..kenapa? kerana islam itu fitrah..benarlah kata nabi ialam pasti tertegak di akhir zaman ini sebelum tibanya hari kiamat...sama- samalah kita bersatu demi islam..Takbir!!!!

mujahadah As-syahid said...

minta maaf ada sedikit kesilapan pada maksud firman Allah. sepatutnya:
Sesungguhnya Allah amat menyukai orang- orang yang berjuang di jalan Allah dalam satu barisan seperti bangunan yang kukuh.
Wallahua'lam.

MdEzhar said...

Alhamdulillah...ini adalah satu petunjuk dalam satu arah, satu perjuangan, satu matlamat semua atas nama ALLAH dan ISLAM.

PEKIDA masih lagi kuat dibawah UMNO, diharap ALLAH SWT membuka pintu hati mereka dan berjuang bersama kebenaran.

SUBHANALLAH!!!..WALLAHUA'LAM!!..
TAKBIR

Raje>Pas said...

Saya sokong haji hadi..!!!

changetobetter said...

alhamdulillah, semoga kesatuan ini akan berterusan. Jangan bekerjasama masa menang aje. Masa kalah tolak tepi.Itu bukan berjuang kerana Allah namanya.

zakuan said...

Bagusla tu NGO Islam ni nak duduk semeja bincang dgn PAS. Semoga mereka kembali ke pangkuan perjuangan para ulama. Harap jumpa ni bukan tanya kaba je tp nak tolong masa menang dan kalah!!

Anonymous said...

Religions are toys of humans' hipocricies use to achieve political bondage. Wiseman said "There is no religion for one who hopes for no repay"

صلح الدين ن said...

aku rasa... tak kiralah kita ikut parti atau persatuan atau apa organisasi sekalipun, yang penting kita dibawah 1 kalimah tauhid yang sama. Laa ila ha illAllah, Muhammad- Rasulullah.

Kan ker itu dikira 1 barisan jugak?

Walau aperpun ketahuilah bahwa kita berada di akhir zaman... dan zaman yang terbaik dah lepas, iaitu time Rasulullah.

Dun expect the best from the worst. But try our best to be the best :)

Wallahu a'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...