"Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihan raya yang ramai belum dapat ‘kebah’."
Demikian tulis Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin dalam laman webnya, drmaza.com.
Beliau dipercayai mengulas langkah Pemuda Umno yang membuat demonstrasi membantah filem 'fitna' yang diterbitkan oleh seorang ahli politik ektremis kanan Belanda, Geert Wilders (gambar).
"Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain juga. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar.
"Sebenarnya, yang kita marah adalah pembohongan, pengkhianatan dan penyelewengan fakta. Itu yang dibantah oleh kita. Sama seperti seseorang yang menggunakan haknya untuk mendengar radio, namun dia telah menguatkan suara sehingga mengganggu jiran tetangga. Maka anak kecil yang sedang tidur menangis, ibunya terjaga, yang sedang membaca terganggu dan sedang berehat sesak pendengaran. Lalu mereka membantahnya," tulis Asri lagi.
10 comments:
penulis.. sekirenya kamu ingin menulis ape yg dikatakan oleh seseorang, tk payah lah buat ape2 spekulasi tntg org itu trlebih dahulu. soal peribadi jgn dicmpr adukkan dengan fakta yg dikatakan itu. jika kamu rasa fakta yg diberikan bernas tulis shaja fakta itu.. salam aleik. allah maak.
Akhirnya seorang warga saudi membuat filem yang membalas FITNA
maklumat lanjut :
http://abgfir.blogspot.com/2008/04/bible-version-of-fitna-video-schism.html
Saya tidak hairan apabila ada orang bukan islam di Belanda yang menghina agama islam dan sememangnya musuh islam akan terus menghina sampailah hari kiamat.Tetapi sikap 'double standard'kebanyakkan umat islam di negara kita sendiri yang membiarkan orang islam sendiri menghina islam didiamkan begitu sahaja malah ada yang dibela dan dipertahankan.
Ingatkah kita Kasim Ahmad dan pada beberapa kenyataan pemimpin negara kita yang meragui kepada perlaksanaan hukum islam itu sendiri.
Saya mual dengan sikap pura-pura umat islam di negara ini yang menunjukkan bantahan kepada Belanda
dengan niat bukan kerana Allah tetapi kerana kepentingan yang lain.
Kalau sungguh hendak membaikot barangan Belanda tutup sahaja kemasukkannya di pintu masuk pelabuhan negara kita.
Yang geli-geleman saya rasa ada puak-puak yang tidak ada dalam hati mereka hendak memertabatkan islam di Malaysia ini pun angkat sepanduk
membantah konon...rentikan le sendiwara tu...
Apa yang diherankan bila musuh islam hina islam? Itu kan dan keje dia.Yang kita patut heran ialah bila ada orang islam sendiri yang hina islam.
Di negara kita tak sikit berlakunya penghinaan kepada islam oleh orang yang memgaku islam sendiri. Jangan lupa pada Kasim Ahmad,kes ratu cantik ,kes jangut nabi dan banyak lagilah kalu nak disenaraikan tapi kita senyapkan saja dan ada pula yang membela penghinaan ini.
Meloya tekak bila ada puak-puak yang tak pernah ada niat pun nak memertabatkan islam kat negara ni pun angkat sepanduk dan nak baikot barangan Belanda tapi kalu betul nak buat begitu kita cabar dia orang 'stop' terus barangan Belanda tu masuk ke pelabuhannegara...boleh? sembang bolehle...
Saya tidak hairan apabila ada orang bukan islam di Belanda yang menghina agama islam dan sememangnya musuh islam akan terus menghina sampailah hari kiamat.Tetapi sikap 'double standard'kebanyakkan umat islam di negara kita sendiri yang membiarkan orang islam sendiri menghina islam didiamkan begitu sahaja malah ada yang dibela dan dipertahankan.
Ingatkah kita Kasim Ahmad dan pada beberapa kenyataan pemimpin negara kita yang meragui kepada perlaksanaan hukum islam itu sendiri.
Saya mual dengan sikap pura-pura umat islam di negara ini yang menunjukkan bantahan kepada Belanda
dengan niat bukan kerana Allah tetapi kerana kepentingan yang lain.
Kalau sungguh hendak membaikot barangan Belanda tutup sahaja kemasukkannya di pintu masuk pelabuhan negara kita.
Yang geli-geleman saya rasa ada puak-puak yang tidak ada dalam hati mereka hendak memertabatkan islam di Malaysia ini pun angkat sepanduk
membantah konon...rentikan le sendiwara tu...
hurm,filem fitna sebok nak boikot,tang filem evan ngan bruce almighty yang terang2an hina Allah dan nabi leh lak lepas masuk panggung,xyah nk sebok boikot kalo tang undang2 murtad pun xleh nak handel,kuman di seberang nampak,gajah depan mate x nampak,lagi satu,kalo nak boikot pun,syarikat yg nak diboikot pun majority shareholdernye Melayu Islam,so kalo boikot pengguna x jadi mende gak,lain la kalo yg beso2 tue yg boikot,
sememangnya fitrah pihak yang tidak berada dalam kelompok yang sama akan memandang serong terhadap mereka yang berbeza dalam setiap perkara. lumrah juga bagi mereka yang bergelar 'politikus' bertindak sedemikian rupa. yang unggul adalah 'kepentingan'.
spekulasi sekular kufur yang cuba dimasukkan unsur-unsur islamik,beginilah hasilnya....hentikan pemerintahan kufur sekular wahai UMNO,BARISAN NASIONAL.....dan juga PAS,KEADILAN,adaptasikan sepenuhnya sistem islam,sistem metode KHILAFAH,hudud qisas jangan cakap saja dan jangan buat main-main,nak buat biar buat sepenuhnya,jangan main cakap,pastu senyap tak juga buat-buat!!tunjukkan dengan dapat lima negeri,anda adalah seorang islam yang mengamalkan islam secara sepenuhnya!!!!sekian...www.aurajihad.co.cc
Biasalah retorik politik UMNO, munafik....
aku tak heran pun oarng bukan islam hina islam, kenapa?? kerana orang islam sediri terang-terang hina islam.. hukum hudud pun nak saman, artis pakai seksi nampak yang betina nampak pusat, betis buah dada...islam hadharikan......
tahniah Amno dan pendokong-pendokong ambo yang berjuang untuk islam hadhari yang macam tin kosong.
Post a Comment