Wednesday, April 30, 2008

PKR dapat permit penerbitan seumpama Harakah

KUALA LUMPUR, 30 April: Lain yang diharap, lain yang diterima. Namun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana telah meluluskan permit penerbitan yang mereka pohon untuk akhbar mereka.

Pada 21 April lepas, KDN telah meluluskan permohoan PKR untuk mendapatkan permit untuk akhbar mereka, Suara Keadilan.

Namun, ia hanya permit penerbitan untuk dua kali sebulan dan untuk ahli sahaja sebagaimana Harakah yang dimiliki oleh PAS.

Jabatan Editorial Suara Keadilan dengan ini mengumumkan setelah tiga tahun memohon, akhirnya permit akhbar ini yang merupakan lidah rasmi parti KeADILan telah diluluskan, umum Ketua Pengarangnya, Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar.

8 comments:

abumunzir al-jerluni said...

MALAYSIA kan satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi tulen...sebab tu la permit harakah dan suarakeadilan diberi 2 minggu sekali dan hanya untuk ahli saja..

Unknown said...

biar mula mendaki bukit
turunnya dari gunung

MOHD AFIQ said...

Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga Suara Keadilan terus dapat menyampaikan informasi terkini kepada rakyat jelata dengan adil dan telus bagi melawan propaganda yang diadakan pihak tertentu.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...
(http://malaysialoni.blogspot.com)

betul ke PAS lebih demokrasi? apabila kita tak dengar cakap dia, kata orang kafir dan tak islamic...

dulu haram dikir bawat, makyung, wayang kulit....kini lain cerita dah kira mat rempit pun nak bagi padang...

dakwah PAS tak berjaya ke? berapa muamalat masuk islam kerana PAS? setakat puji dan memuji Tok Guru setanding Rasullullah s.a.w...adalah sehingga HINDRAF pun tergila-gila talak tinggalkan HINDU...

KINI dah nampak PAS demokrasi...ladang babi dulu utama...kenapa tak didirikan ladang padi ke...kan boleh kata PAS peneraju rakyat jaga makanan...

Kisah Ketua Pengarah Agama Islam-KPAI kat Perak dan Pulau Pinang..nampak sangat PAS dah demokrasi terlebih- ikut DAP... takkan nak lantik KPAI kena ikut 'Agung DAP'

ayoyo...

(kalau demokrasi siarlah statement saya... kan gitu)Jangan kata orang tak demokrasi pulak...

irfandina said...

first of all..congrat kepada PKR...hopefully bila dah dapat permit nanti siarkanlah berita secara demokrasi dan transparency...want to know why..coz sampai sekarang ni saya masih belum dapat lihat berita tentang arahan Sultan Perak supaya YAB Nizar menarik kembali arahan beliau kepada Dato Jamry...kalaulah betul demokrasi dan transparency hidup subur dlm media yg dikuasai oleh Pakatan Rakyat khususnya pas dan pkr then kenapa berita seperti ini tidak disiarkan...apakah jika sesuatu berita itu mempunyai nilai yg boleh membawa kesan negatif kpd pakatan rakyat maka ia harus didiamkan begitu saja???seharusnya sebagai pengamal demokrasi yg tulen (seperti yg selalu digembar-gemburkan) maka media alternatif seharusnya bersifat lebih terbuka...jangan sesekali menjadi media yg berat sebelah....harus diingat rakyat hari ini sedang memerhatikan apa jua tindakan yg sedang dibuat oleh pihak PR...tidak kiralah sama ada para pemimpinnya atau media miliknya....

krishna said...

Saya tak faham kenapa perkara yang dibincangkan dalam Parlimen secara terbuka tentang pertukaran seorang Pegawai Kerajaan di Perak dibesar-besarkan sehingga membenarkan Rakyat mengadakan demonstrasi untuk
mengancam YB Karpal Singh, seorang pemimpin rakyat yang berani dan ikhlas.
Saya tidak faham juga kenapa bilamana perlantikan 2 Menteri Besar di menentang oleh pihak UMNO
di atas campur tangan Instituisi Raja, semua senyap begitu sahaja.
Pada saya tidak ada beza antara tindakan YB Karpal Singh yang nampaknya mencontohi apa yang dilakukan oleh pihak Pemimpin UMNO
terhadap perlantikan Menteri Besar-Menteri Besar tersebut oleh Raja-Raja.
Sebagai Rakyat Malaysia saya tetap menghormati Raja-Raja. Dalam hal ini UMNO hendaklah bertanggunjawab
kerana cuba menentang Perlantikan Menteri Besar tetapi akhirnya gagal.
Ini adalah suatu pengarajaran kepada UMNO supaya jangan sekali-kali memainkan dengan Instituisi Raja-Raja.
Ini termaktub dalam Rukunegara - Kepercayaan Kepada Raja Dan Negara.

Rakyat Malaysia Pro Raja

krishna said...

Pembetulan - Kesetiaan kepada Raja dan Negara

krishna said...

Pembetulan - Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...