KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Rakyat Thailand jauh bernasib baik berbanding dengan Malaysia dalam konteks demokrasi apabila mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan mengundi pada 25 Disember 2007 nanti.
Tetapi di Malaysia, mereka perlu menunggu ilham Perdana Menteri, kata AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.
“Apalah malangnya nasib rakyat Msia tarikh mengundi pun jadi rahsia besar dan kena tunggu ilham PM. Ini kerana demokrasi Malaysia adalah demokrasi pincang.
“Perkara yang jadi amalan antara bangsa di MSIA rakyat dilayan macam tidak berpelajaran dan tidak cerdik,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya.
Beliau mengulas ketidaktentuan hari mengundi di Malaysia. Padahal di negara-negara lain hari mengundi telah diketahui lebih awal lagi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan di Thailand pada 23 Disember depan.
Mengulas lanjut, Dr Lo’ Lo’ berpendapat, cirri-ciri wakil rakyat yang baik hendaklah mesra rakyat berbilang kaum, mengambil tahu kebajikan rakyat dan BERPERANAN DALAM PARLIMEN atau DUN.
"Kita juga tidak mahu wakil rakyat yang boleh mandi mayat tapi dlm DEWAN diam membisu memanaskan kerusi sahaja atau datang cuma nak nama ada dan boleh collect elaun,” katanya.
Bagi beliau, yang paling penting wakil rakyat mesti BERTAQWA yakni Takutkan Tuhan / God fearing.
“Wakil rakyat yang bertaqwa akan sentiasa ingat bahawa walaupun rakyat / pengundi tidak nampak tapi ALLAH nampak apayang dia buat dan apa yang dia tak buat sedangkan itu tanggung jawab dia,” katanya.
1 comment:
Satu perkara yang saya bekenan nak komen kat Dr ni ialah membandingkan demokrasi negara kita dengan Thailand.
Untuk pengtahuan Dr. Lo Lo yang telah banyak tahu diThailan putar , kacau macamana politik mereka, ugama mereka Budha, Islam hanya sebilangan kecil saja. Dr. Perasan tak di Selatan tanahair kita siapa perintah... Budha juga, orang Islam nak azam pun payah siapa perintah?... PAP, DAP lah tu. Itu cerita bangsa orang. Bangsa kita... 20 tahun perintah kelantan, haram satu bag baja padi untuk orang UMNO. Tapi Umno beri tak kira Pas ke, Umno ke. Cuma tahun ni agak kalut sikit orang Pas kot. Juak-juak Dr lebih baik budha perintah dari Islam perintah. Buktinya Nizar adalah tunggul yang dijampi oleh Ngeh dan Ngor.
Kenapa dlm konvensyen pertama BA, Pas sokong perlembagaan yang ada hari ini, dan Kalau menang pilihanraya perlembagaan tak akan diubah. Mana Pas nak letak janji denga rakyat Malaysia tentang negara Islam. Berapa ramai ahli pas menghina Umno atas perkara ini? Kalau inilah game yang di laksanakan oleh Pas, busuk sungguh naluri pemimpin Pas. Patutlah sampai Nik Aziz sendiri terlalu busuk sifatnya. Mungkin Dr. tak sebab tahu ubatnya.
Post a Comment