Saturday, February 16, 2008

Zakaria Ali masuk Hospital Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Sebagaimana yang dibimbangi oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, ia benar-benar berlaku. Bagi beliau, para pemimpin Umno telah gagal menjalankan tangungjawab mereka untuk menjaga abangnya, Zakaria Ali.

(Foto: Faris Irwan bercakap dengan bapa saudaranya di wad psikitrik hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu petang Khamis 14 Februari).

Selepas dua hari menyertai Umno, Zakaria yang diisytiharkan menyertai Umno oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, terpaksa dimasukkan ke wad psikitrik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Mustafa, dalam kenyataannya sebaik sahaja berita mengenai penyertaan abangnya ke dalam Umno disiarkan secara besar-besaran oleh media BN telah memberikan ingatan "jagalah baik-baik abang saya itu".

Pada 14 Februari, kira-kira jam lima petang, anak saudara Zakaria, Faris Irwan Mustafa (foto) telah mengunjungi Ayah Ngahnya itu di Hospital Kuala Terengganu.

Menurut Faris, walaupun tidak ditanya apa-apa Ayah Ngahnya berkata, dia bersedia untuk berceramah bersama adiknya, Datuk Mustafa Ali ke seluruh negara apabila keluar wad nanti bagi menceritakan keadaan sebenar bagaimana dia diperalat Umno pada majlis bersama Idris Jusoh di Kampung Kelulut 9 Februari lepas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...