Saturday, February 16, 2008

Dakwat kekal: SPR tipu rakyat Malaysia hidup-hidup


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Bersih menyifatkan rakyat Malaysia telah ditipu hidup-hidup oleh SPR apabila mereka dimaklumkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ini tidak wajib dan hanya satu pilihan sahaja kepada pengundi.

"Kami rasa tertipu dan ditipu hidup-hidup oleh SPR," kata AJK Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad.

Menurut beliau, pihaknya telah dimaklumkan oleh SPR, penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ini hanya pilihan sahaja dan bukan wajib.

Mana-mana pengundi yang tidak mahu menggunakannya, boleh mengisi 'borang B'.

"Jika begitu, SPR hanya membuat lawak dalam penggunaannya setelah membuat pelbagai perkara termasuk meminta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa mengenainya," kata Sivarasa Rasiah, AJK Bersih.

Oleh itu, katanya, Bersih menuntut agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan atau melaksanakan prosedur dakwat kekal ini dengan berkesan untuk menghalang pengundian berganda dalam pilihan raya umum nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...