Sunday, February 10, 2008

Kesemua pimpinan kanan PAS di kerusi selamat


KUALA LUMPUR, 10 Feb: PAS akan meletakkan hampir kesemua pimpinan kanannya di kerusi-kerusi yang dikira boleh dimenangi untuk memastikan mereka boleh memasuki dan berperanan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesemua pemimpin Dewan Harian PAS termasuklah Ketua Pemuda, Ketua Muslimat, Bendahari, Ketua Lajnah Guaman dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS akan bertanding di kerusi yang dikira boleh dimenangi oleh PAS.

Dewan Harian PAS terdiri dari Presiden, timbalan, naib-naib presiden, ketua-ketua dewan ulama, pemuda dan muslimat, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS.

Abdul Hadi juga mengumumkan, PAS akan meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya kali ini iaitu lebih ramai dari pilihan raya yang lalu.
"Kita letak calon yang boleh menang, bukan kerana dia wanita," katanya.

Setiauasaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar kemudiannya mengesahkan bilangan calon wanita PAS meningkat kira-kira 100 peratus dalam pilihan raya umum kali ini.

Sebelum itu, Abdul Hadi mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang buat terakhir kali dalam memutuskan soal pembahagian kerusi dan calon PAS.

Laporan penuh dalam Siasah Ahad depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...