Monday, February 11, 2008

Mustafa sahkan PKR bertanding 7 kerusi di Terengganu


KUALA LUMPUR, 11 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding tujuh kerusi di Terengganu dalam pilihan raya umum nanti. Pengesahan itu dibuat beliau ketika bercakap dengan Siasah selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam.

"PKR akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun di Terengganu," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 7 Februari lepas melaporkan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang berkata, PAS hanya berjanji kosong apabila menyuatakan akan memberi PKR bertanding tujuh kerusi.

Idris yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu berkata, Pas tidak mungkin akan membenarkan PKR bertanding di tujuh kerusi berkenaan kerana parti pembangkang itu memerlukan majoriti kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan, lapor Utusan.

Idris mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Ng Chai Hin yang berkata, PAS dan PKR telah bersetuju untuk membenarkan PKR bertanding tujuh kerusi di Terengganu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...