Wednesday, February 27, 2008

Pak Lah bentang menifesto ke bajet, tanya Husam


KOTA BHARU, 27 Feb: Naib Presdien PAS, Datuk Husam Musa mempertikaikan apa yang dilancarkan oleh Barisan Nasional (BN) baru-baru samada ianya manifesto mereka atau bajet?

Ini kerana, perbentangan itu seumpama bajet sahaja dan bukannya manifesto parti politik untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hariannya pada 26 Februari lepas.

Husam juga mempertikaikan manifesto yang bertema Selamat, Aman dan Makmur itu.

"Saya rasa manifesto ini akan menikam BN sendiri kerana track rekod empat tahun lepas kita telah hilang rasa aman dan selamat tersebut terutama kerana peningkatan jenayah yang ketara selepas Pak Lah menjadi PM berdasar statistik berbanding zaman Tun Mahathir yang telah alami penurunan jenayah antara tahun 1999-2004," kata Husam.

Menurut Husam, selama empat tahun pentadbiran Pak Lah, tidak ada apa-apa tindakan berkesan bagi mengekang jenayah dari meningkat.

"Jadi pada saya rakyat menilai kredibiliti ini. Kalau empat tahun dulu dia berjanji tak boleh buat apa, apa bukti dia akan boleh laksanakan 61 ikrar baru untuk empat tahun akan datang," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan cara penyelesaian yang dibuat oleh pentadbiran Pak Lah untuk menghadapi segala masalah yang menimpa negara ini.

"Pada saya manifesto ini hanyalah satu panadol. Tak boleh sembuh penyakit negara kita dengan makan panadol ini tiap-tiap hari. Doktor pun marah kalau makan panadol banyak sangat," kata beliau mempertikaikan cara penyelesaian yang dikemukakan Abdullah.

1 comment:

mypugaloo said...

Kepada Pemimpin Barisan Rakyat,

Saya cadangkan, anda mengumpul jumlah dan maklumat kesemua yang berumur 110tahun dan ke atas berdasarkan senarai SPR yg diwartakan dan kemudian buat satu SIDANG AKHBAR, jemput semua media termasuk luar negara dan KHUSUSNYA MALAYSIA Guiness of Record untuk 'merasmikan' secara formal dan besar2an pencapaian MALAYSIA yang mempunyai penduduk DUNIA TERTUA yang paling ramai di DUNIA....kan ini Malaysia BOLEH!

INi boleh dijadikan senjata ampuh utk membongkar penipuan BN & SPR secara halus kerana senarai tersebut di ambil dari laman web daftar.spr.gov.my...dan sekiranya Guiness Book of Record tidak ikitiraf...maka kita rakamkan alasan mereka dan biar dipancarkan secara LANGSUNG di kaca TV.

Selamat menjalankan tindakan ini.

Salam Kebajikan utk semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...