Wednesday, September 3, 2008

Pemuda PAS minta Abdullah ikut jejak PM Jepun

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mencontohi keterbukaan pemimpin Jepun, Yasui Fukuda yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Malangnya, pemikiran feudal dunia ketiga yang mengokong Abdullah Badawi menyebabkan beliau terus bertahan, kata Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub dalam kenyataannya kepada Siasah.

Bagi beliau, sebab utama Abdullah bertindak demikian ialah supaya keluarga dan kroninya mendapat peluang mengaut kekayaan negara, manakala rasuah terus berleluasa.

"Rakyat terus ditindas dengan pelbagai dasar yang membebankan. Kini, Permatang Pauh pula menghantar mesej yang lebih jelas kepada Abdullah Badawi bahawa kepemimpinannya sudah tidak relevan dan beliau mesti berhenti segera.

"Jika beliau tidak mahu mencontohi pendekatan perdana menteri Jepun, rakyat negara ini akan terus menderita oleh dasar-dasar yang mengutamakan kroni dan keluarga," katanya dalam kenyataan itu.

19 comments:

nalapambu said...

Bukan PM Jepun, ikut PM Thai.

bn@umno said...

ya aku pun sokong DSAAB letak jawatan ikut PM Jepun.Aku berharap peralihan kuasa kepada DSNTR dapat dipercepatkan bagi menyakinkan semula rakyat terhadap BN.

anjar said...

ya betul! betul ko BN/UMNO, akupun harap peralihan kuasa akan berlaku tak lama lagi, Pak Lah akan letak jawatan secara terpaksa, lepastu DSAI akan melangkah dengan penuh bergaya ke Putrajaya. Najib! malas nak cita, Usahkan rakyat, MIC, MCA, Gerakan pun dah tak caya kat umno, semua nak jadikan UMNO punching beg, ko tau apa tu punching beg, satu benda yang disepak terajang tak melawan! nak melawan camna dah nazak, isk! isk! isk sedih dalam gembira akuni.

Mr Green said...

Blogger bn@umno said...

ya aku pun sokong DSAAB letak jawatan ikut PM Jepun.Aku berharap peralihan kuasa kepada DSNTR dapat dipercepatkan bagi menyakinkan semula rakyat terhadap BN.

MEMANG PAK LAH NAK BAGI KAT NAJIB PUN....YA PERALIHAN KUASA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG LEPAS NI hahahahhahaha

ORANG UMNO TAKDAK OTAK!

bonzer said...

Ust Fazil kata Pemimpin Umno/Bn macam pelepah pisang susah nak jatuh. Macam tarik ekor kucing, bergulung dan berkumpul tikar, kucing tetap di situ.

Bagaimana caranya ? Tebang saja pokok pisang tu. Kan senang.

Kucing tadi ,pegang kepala, tonyoh dekat tahi ayam pandu.Habis cerita.

M.Sulaiman (utohkacil) said...

Sebenar nye DSAAB tidak perlu berundur. Apa yg perlu dia buat cuma buat sedikit 'rombakan berani' dlm kabinet.

Gugurkan DSNTR, lantik DS Muhyiddin.

Gugur kan semua menteri yg bermasalah dan yg tidak di sukai rakyat.

Lantik pemimpin2 yg muda dan yg bersih seperti Ezam dan Khariy.

UMNO akan kembali kukuh.

bonzer said...

K'jaan dijangka turun lagi harga minyak

Harga minyak tempatan mungkin diturunkan lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Komen.....

Datuk Shahir Samad cakap macam pemimpin PR saja.Nak menyeberang ke sini ke ?.Memang minyak akan turun harga sebelum hari raya sebab PR akan menguasai kerajaan dan dia telah janji lama dah nak turun harga minyak.Tak payah cerita, kami dah tau.

bn@umno said...

Eloklah tu kerajaan pun dah nak turun harga minyak.PM pun sudah sedar rakyat sedang dihimpit kesusahan dgn harga minyak yg tinggi.tindakan kerajaan tu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat.Ini telah menunjukkan PM prihatin terhadap masalah rakyat.Yg DSAI dok bercocok kononnya jika PR ambil alih pemerintahan negara, beliau akan turun harga sebanyak 70sen adalah penipuan semata-mata.Tujuan DSAI bercakap nak turun harga minyak sebanyak 70sen tu hanya untuk mendapat sokongan rakyat je.orang yg bodoh saje boleh percaya gimik yg telah dibuat oleh DSAI tu.

peon pencen said...

Turun harga minyak tidak boleh pujuk rakyat yg dah benci dan meluat pada UMNO.

Pemimpin2 dan pencacai2 UMNO semua nye gila kuasa dan tamak harta kekayaan sahaja.

Makin sehari makin bertambah ramai rakyat yg tinggal kan UMNO.

UMNO sudah jadi 'parti perkauman' yg paling di benci oleh kaum cina dan india.

Orang melayu yg bijak sudah tinggal kan UMNO. Cuma yg tinggal ha nye segelintir 'melayu bodoh' yg masih taat setia pada UMNO.

roh_insan said...

Sbg manusia aku dpt rase kan bgi mane sebak nye dade Pak Lah tike ini,n sgb manusie juge aku amat yakin jauh disudut hati Pak Lah die mahu melepaskn segale bebanan yg di tanggung nye.

Tp percaye lah desakkn demi desakkan dr yg berkepetingan TINGGI membuat kn Pak Lah tdk melepaskn jawatan nye.

Wkt ini aku benar2 simpati atas derite yg ditanggung Pak Lah,die yakin andai diri nye BERUNDUR tentu nye yg terbaik drpd TERBUANG.

Buat kuncu2 Pak Lah jgn lah kalian memperkude kan org tue tu,biar kan die TERBUANG TP TERBILANG drpd TERBUANG DGN TERLANJANG.

Pak Lah,buat lah keputusan segere,jgn didengar segale PUJUK RAYU teman2 sekeliling tu,itu semue racun semate.

ALI MAIDIN said...

Apalah u orang dengki Pak Lah. Dia masih presiden Umno, pengerusi Bn dan MP kepala batas dan dapat sokongan majoriti parlimen. Ikut le peraturan jika nak suruh dia turun PM. he he.

jika nak buang dia, kena le:

1. kalahkan sebagai presiden Umno, itu tugas ahli Umno.
2. Anggota BN buat undi tak caya kepadanya.
3. Pengundi Kepala Batas kalahkan dia.
4. majoriti MP undi tak caya sama dia.

Ikut law le bib. Ketua pemuda pas pun tak hendak letak jawatan, walaupun dah tua.

anjar said...
This comment has been removed by the author.
nalapambu said...

Sebenar nye bukan Pemuda PAS sahaja yg minta Abdullah ikut jejak PM Jepun. Tetapi semua pemimpin dan pencacai UMNO juge minta Abdullah ikut jejak PM Jepun.

Malang nye, Abdullah tak mahu ikut jejak PM Jepun. Lebih malang lagi, pemimpin2 dan pencacai2 UMNO ini TIDAK BERANI buka mulut.

Jika pemimpin2 dan pencacai2 ini berani buka mulut, jawapan nye pendek rezeki. Hilang semua peluang untuk mencari harta kekayaan.

UMNO hanya tinggal tunggu masa untuk mati.

media said...

Kalau Paklah sayang Malaysia, serahkan pada pakatan rakyat.

http://video-politik-malaysia.blogspot.com/

bunga melati said...

salam...

pak lah?? sapa dia ni? aku tak kenai pun siapa pak lah?? PM kah?? menteri kah?? atau menteri kah dia?? yg aku tahu dia ni kaki tido mana dia pergi pun dia akan tido cume bantal je dia tak penah bawak sebab ade kuli2 dia yg bawak sape lagi klu bkn abg mie n bn@umno yg bawak, nak jilat n kipas, biasalah politik dalam BN, klu tak kipas mase kan boleh 'naik'... dasar pengikis harta rakyat...

MOHD AFIQ said...

Eloklah Pak Lah kekalkan kerusinya, bagi rakyat Malaysia marah dan menguburkan UMNO terus,.

bn@umno said...
This comment has been removed by the author.
Naga^Merah said...

umno mmg xde hotak!

ManZan said...

kepada utohkecil..aku xrasa cadangan ko nak bgi jwatan kt ezam ngn hairy 2 bgus...
ape sangat jsa diorang 2 kt masyarakat??
si ezam 2..dulu umno...kua umno..masuk pkr..kua pkr masuk balik umno..lepas ni?die 2 pendirian pun xde nak jadikan pemimpin.mcm lalang je..time reformasi dlu bukan main..snagup memniarap di jlan raya semat2 nak bebaskan anuar..bila dah anua dah kua..melawan pulak.ko xpernh fikir ke?.kcu bilau nnti..yg khairy pulak..stakat menantu pak lah je..semua dah dapat..FAM,ahli parlimen.pemuda umno.baru je tu..xsampai 2 3 tahun...
dah la wat kepala sendiri..mansuhkan player import..sebab ape..nak bagi player malaysia berkualiti konon..aku dah denga 3 4 kali dah cadangan 2..penah wat.tapi ape jadi?penonton xde.rasuah bnyak.main cam haram..persaingan kurang..pemain nak duit..aku just nak bgi contoh terdekat je la..jepun..zaman mokhtar dahari dulu..jepun ke korea ke..kena titik je ngn malaysia..tpi 2 la..risiko 2 penting..diorang bgi peluang player luar masuk..wujudkan persaingan..sikap tegas..train akademi..skung?dah masuk world cup..aku rase la.selagi khairy 2 pegang jwatan sukan bola..absolutely xkan maju la sukan kita smapai bila2..dia muda kan ko ckp?kire la umo dia dari skung sampai nak pencen nnti..aku xtahu ape nak jadi ngn bola sepak kita..fikirkan wahai sudara2 ku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...