Monday, September 22, 2008

Abdullah akan lawan habis-habisan

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno akan datang walaupun sebelum ini disebut-sebut akan melepaskan jawatannya segera.

Menurut sumber, perbincangan Abdullah dengan para pegawai kanannya serta penyokong kuat beliau di kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno memutuskan 'Abdullah boleh mendapat pencalonan yang cukup' dari bahagian-bahagian Umno.

Keyakinan ini mereka perolehi selepas berbincang dan menolak sama sekali pandangan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam mesyuarat MT Umno baru-baru ini Abdullah akan malu jika meneruskan niatnya untuk mempertahankan jawatannya.

Ini kerana, Rafidah dikatakan berkata dalam mesyuarat MT Umno Khamis lepas, Abdullah besar kemungkinan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno.

Untuk itu, lebih baik Abdullah melepaskan jawatan itu sebelum mesyuarat bahagian Umno yang akan bermula Oktober ini.

Namun, selepas perbincangan dengan penyokong dan pegawainya, Abdullah mengambil sikap akan mempertahankan jawatannya kerana ingin menolak 'seolah-olah dia tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding.'

Rafidah bersama Datuk Seri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Tun Husein dan Datuk Shafei Apdal dikatakan mendesak Abdullah agar mempercepatkan peralihan kuasa bagi mempastikan BN terus kekal memerintah Malaysia.

Ekoran itu, Abdullah dikatakan bersedia untuk berundur lebih awal. Namun, selepas berbincang dan menilai semacam dia dihina oleh rakan-rakannya dalam Umno seolah-olah beliau sangat lemah sehingga tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, Abdullah dikatakan bersedia berlawan balik.

Abdullah memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus dari perwakilan Umno iaitu sekurang-kurangnya 58 pencalonan bagi membolehkan beliau mempertahankan jawatan presiden.

"Orang boleh menerima kalau ditolak sedikit tetapi kalau lebih-lebih sangat, dia akan melawan balik. Inilah yang berlaku kepada Abdullah. Dia sudah bersetuju untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Tetapi kalau dia dihina sehingga dikatakan tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, dia akan lawan balik. Inilah yang berlaku. Orang-orang Abdullah akan pastikan dia akan mendapat pencalonan yang cukup dan menang. Kena ingat, Abdullah adalah Perdana Menteri," kata seorang penganalisis politik kepada Siasah.

Ekoran dari itu, petugas Abdullah dikatakan mula bekerja. Semalam, Abdullah meluangkan masa dari petang hingga ke malam bersama dengan para pemimpin Umno di Perak.
Perak mempunyai perwakilan Umno antara tertinggi selain dari Johor.

Dengan tindakan Abdullah ini bermakna timbalannya yang berada di belakang usaha untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini, Datuk Seri Najib berada di pihak yang sangat tertekan sekarang.

"Abdullah tidak hilang apa-apa kalau kalah kerana dia memang sudah mahu bersara, tetapi kalau Najib kalah, dia akan hilang segala-galanya," kata penganalisis itu.

47 comments:

Anonymous said...

weh weh weh,

umpama mimpi dalam mimpi...

putra revolusi said...

Org UMNO dah mula menghunus keris tikam sesama sendiri. Kem Muhyiddin, kem Rafidah, kem Ku Li dan kem pro-Mahathir bertikam sesama sendiri.

Mereka hunusk keris bertikaman dlm bahtera yg hampir karam kerana berebut sisa-sisa kuasa yg masih ada. Itulah UMNO, bila kuat bergaduh berebut limpahan harta. Bila lemah & lemas masih bergaduh utk berebut talian hayat yg kian reput & hampir putus.

UMNO oh UMNO, hanya tahu berebut kuasa & harta, hanya tahu buat lawak bodoh sejak dulu, kini dan selamanya. Betapa jemu terpaksa menonton lakonan bodoh mereka...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

buat mana yang terbaik untuk orang melayu, malaysia dan agama islam...

BUAT APA MENANG JADI PM, TAPI AGAMA JADI SELIPAR JEPUN OLEH BANGSA LAIN.

BUAT APA JADI PM KALAU JADI BARUA YAHUDI...

Biarlah Melayu jadi Tulang Belakang politik malaysia dan Islam tunjang kepada agenda negara...

Penulis said...

Kehidupan ibarat roda, adakalanya kita di atas kadang-kadang di bawah. Masa di atas buatlah yang tebaik dan jangan menyusahkan orang lain kerana di zaman kejatuhan nanti kita tidak akan bangun buat selama-selamanya.

nalapambu said...

dey! 'abe nie', apa macam?
iskarang UMNO suda lagi banya kacu.
Lu lagi mau tunggu UMNO ka?

anonymous said...

'nalapambu' nala elek,

Sapa cakap UMNO tara kuat?

Itu semua 'storm in a tea cup'.

Lagi sikit ari semua ada baik la.

Politik semua itu macam. Mesti sikit2 ada gaduh juga.

anjar said...

Abe mie terjah....

Buat pertama kali aku bersetuju sangat dengan pendapat kau..

bukan apa? aku perati negara ni dah teruk sangat corak pemerintahannya, pemimpin dula tak macam ni, sejak zaman DR M agama dah tak dipeduli,

Zaman Pak lost ni lagi teruk, siap buat agama baru lagitu, Islam hadari, sesat lak rasanya. Benci Yahudi? cakap kat rakyat benci yahudi tapi bila jumpa yahudi kat luar negara siap nak jilat lagi tapak kaki yahudi tu, hipokrik sungguh pemimpin BN/UMNO sekarangni.

PUTING BELIUNG said...

Yang paling hipokrit ialah orang2 yang menggunakan perkataan 'ISLAM' untuk mencapai matlamat.

kedaikopi said...

yang penting bumiputera seagama Islam yang perintah malaysia dan jangan sekali2 dibiarkan jv sama mereka,

Islam yang sudah tahu bahawasanya orang Islam tahu mengucap baik umno mahupun pas tetapi yang sebaliknya mereka tetap tidak tahu mengucap,

biarkanlah paklah ngan kerisnya yang mustahak sekali Islam bersatu, awas pihak yahudi sedang perhatikan orang Islam, sila baca 21 protokol yahudi pada tahun 1902 yg telah di updatekan untuk abad kini.

seharusnya orang Islam berwaspada,

bersatu teguh tegakkan Alquran nurkarim yang diturunkan oleh Allah

Unknown said...

betul kedaikopi masalahnya sekarang umno tak mau berpandu pada Al-Quran.kita hidup di dunia ni kerana Allah swt. jadi kita wajib memperjuangkan agamanya bukan bangsa kita.Allah swt dah berfirman, Dia ciptakan manusia berlainan kaum tujuannya untuk kita saling kenal-mengenali bukan untuk diperjuangkan...

Anonymous said...

udumbu/kedumbuk,

sejak bila dalam umno ada orang TAMIL? bertambah parahlah gawatnya.Hari-hari banyak makan biawak freelah orang umno.

BN =BANYAK NYANYUK
Biawak goreng satu!

putra revolusi said...

abe mie 'terjah' kata,"BUAT APA JADI PM KALAU JADI BARUA YAHUDI"

Saya sokong kenyataan abe mie itu. Selama ini di bawah kepimpinan BN Malaysia sering menjadi barua Yahudi. Antara bukti selama ini pemimpin BN jadi barua Yahudi seperti kata abe mie ialah:

-Pemimpin BN lah yg meluluskan kunjungan pasukan kriket Israel ke Malaysia beberapa tahun lepas sehingga menyebabkan berlaku demonstrasi berdekatan Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Kerajaan BN yg pro-Yahudi itu telah menitahkan ratusan polis menangkap penunjuk perasaan yg berlindung dlm masjid Ar-Rahman. Seperti perangai Yahudi yg tidak menghormati masjid, polis-polis suruhan BN ini memasuki masjid dengan sepatu hitam mereka!!

-PM Malaysia, Dr Mahathir pernah membayar sejumlah RM4.5 juta kepada pelobi Yahudi bernama Jack Abramoff semata-mata untuk menemui Presiden Bush yg sangat pro-Israel itu.

-Malaysia telah menandatangani perjanjian anti-pengganas dengan Setiausaha Pertahanaan Amerika, Casper Weinberger, iaitu seorang Yahudi totok. Yg dimaksudkan 'pengganas' di sini ialah orang & pertubuhan Islam yg anti-Amerika dan anti-Israel.

-Kerajaan Malaysia di bawah BN yg pro-Yahudi ini juga pernah menghantar seorang kerabat diraja Negeri Sembilan bernama Tengku Abdullah ke Tel Aviv, Israel bagi merundingkan beberapa perkara berkaitan kepentingan Israel-Malaysia.

-Kerajaan Malaysia di bawah BN membenarkan perniagaan pasaraya besar seperti Tesco, Carefour, Mc Donald & Burger King beroperasi di Malaysia. Sebahagian besar saham-saham pasaraya besar itu dikuasai oleh puak Yahudi Amerika.

Banyak lagi bukti yg kalau dicatatkan semuanya tidak cukup ruang bagi membuktikan pemimpin BN begitu pro-Yahudi, atau seperti kata abe mie 'barua Yahudi'. Seperti kata abe mie, "BUAT APA JADI PM KALAU JADI BARUA YAHUDI", oleh itu marilah kita sama-sama menenggelamkan BN ke Laut Cina Selatan kerana seperti kata abe mie buat apa jadi PM kalau jadi barua Yahudi.

zali said...

biasa la asam garam dalam parti politik...bila dah masak,sedap pun untuk di makan.

tapi kalau ikut penganalisis tu sebagai pm...banyak la kelebihan dari semua segi...

pm bukan bodo macam nuar nak kecoh-kecoh benda yang tak ada...dia guna benda yang dia ada...

zali said...

aziz bari...dalam web harakah memang tak sopan langsung dalam tulisannya.

beliau seolah nak mengajar agung.

walaupun benar tulisannya...kan ada saluran yang sah...ini macam nak kata agung tak bertindak sebab tak tau apa-apa...

mudz said...

abg mie terjah

Terkejut dengan abg mie terjah, tolong jangan terjun dengan puak-puak pasif ini, semua nya disalahkan Yahudi.

Bini lari rumah pun, Yahudi yang disalahkan.


Selamat Berhujah

anonymous said...
This comment has been removed by the author.
roh_insan said...

Berdasar kn pengalaman aku selame 20th bersame umno pade hukum adat nye pak lah pasti kecundang.

Tiade undang2 tersirat dpt di bace.apetah lagi politik yg berpaksi kan kepentingan peribadi n keroni.yg terlihat cume undang2 n perjanjian tersurat.

Ini lah amalan umno yg utame semenjak dr zaman Tun lagi.Kepimpinan pemusatan diri adelah agenda utame,baru menyusul pemusatan masyarakat.Itu pun dgn nisbah yg kecil.

Bg aku najib terpakse menggunekn plan C klu ingin selamat,itu pu klu masih sempat.Ape pun ini cume pandangan aku tentang sepak terajang mereke yg aku faham sgt.

Kite lihat ape sudah nye GAME pak lah n najib.Cume aku nak ucapkn salam TAKZIAH buat pak lah seawal awl nye.(hukum adat)

anonymous said...

DSAAB akan terus kekal berkuasa sehingga PRU13 nanti.

Pada PRU13 nanti DSAAB akan menempuh ujian terakhir nye.
Dia akan terus berkuasa jika menang dgn kelebihan 1 kerusi sahaja pun.

Selepas kemenangan tipis nya itu, dia membuat persediaan untuk berundur.

Dia akan melantik seorang 'menteri tua' sebagai TPM nye.

Setelah genap satu tahun, dia pun berundur dan 'menteri tua' menganti kan tempat nye.

'Menteri tua' akan melantik KJ sebagai TPM nye.

Setahun kemudian, 'menteri tua' akan berundur dan seterus nye melantik KJ sebagai pengganti nye.

Perkara sebegini telah pun pernah berlaku di Singapura.

Anonymous said...

tapi nampak najib tu macam nak gigit jari aje, tak jari tangan, jari kaki ataupun jari adumbuk..
hee hee.tak tahu pasal forex aleh2 nak tambat ringgit, baik tambat kaki adumbuk lagi bagus.
Harga minyak no komen.sama dengan pencacai2nya terutama dato shahril(katak + mengkarung).
Jangan curi duit minyak rakyat banyak sangat, nanti kena sumpahan orang minyak.

UMNO SEJATI said...

ORANG BODOH JE SOKONG DAP.JANGAN MARAH.....

UMNO SEJATI said...

SAMPAI BILA-BILA PUN PM DAN TPM TETAP ORANG MELAYU.DAN YANG PASTI AZAN AKAN TETAP BERKUMANDANG DAN JUGA TULISAN JAWI JUGA DI KEKALKAN.JANGAN BIARKAN DAP PIJAK KEPALA PKR DAN PAS.BANGKIT DAN SEDAR DARI TIDUR WAHAI BANGSAKU.SAYA MEMUJI KEBERANIAN AHLI PARLIMEN PKR BANDAR KULIM BAHRU SAUDARA ZULKIFLI NOORDIN KERANA DEMI BANGSA DAN AGAMA.SAYA RESPEK PADA BELIAU KERANA ADA SPESIS MANGKUK AYUN YANG CUBA KURANG AJAR DENGAN AGAMA KITA.BIAR BERLAINAN IDEOLOGI KITA HARUS MENENTANG SIKAP KURANG AJAR ORANG KAFIR....

kiraziku said...

sokong paklah lawan......hidup paklah ....idup pok loh....idup pok do"loh

masminkadad said...

askum,klu sayapun PM,Preseden UMNO.tetap akan mempertahankan jwtn preseden jika i dicabar.Paklah usah termakan pdpt Muhyiddin rafidah dan kru2 Najib tantuya,Umno paklah mesti jaga baik2.Dari bagi sama Najib dan kru2nya elok serah kuasa pd Anwar yg banyak tahu pengurusan negara.Yg jelik dlm UMNO tu krna buaya2 darat semua.Paklah mr.clean!..apa puak2 ni tak sabar sgt.kan dah janji 2010.Itu tempoh yg singkat dlm politik.Bagi peluang anwar tunjuk kuasa 19sept,2008 di parlimen.Maklumat yg ada ditgn Anwar bukan 31 mp tetapi 47 orang termasuk seorang Ketua menteri,wah...itu ancaman kpd negara atau UMNO?Negara dan UMNO tu apa beza?Ancaman kpd UMNO itu adalah apabila perpecahan dlmn parti dan menguatnya Pkatan Rakyat.Ancaman kpd negara bilamana para pemimpin UMNO berebut jawatan untuk melirik harta dlm kerajaan.Ancaman kpd pakatan KDN,Kehakiman BPR yg tidak telus.ancaman kpd rakyat ialah ISA n LHDN.
Eloklah paklah jgn bagi muka Najib tu.Puak2 ni org2 Tun yg menghina ko dari dulu,kata lembik macam maggi.Org ada bini mana boleh lembik.Bagi keras sikit paklah jgn depa perlekeh dimata rakyat malaysia.malu kita nanti....Ikut cara anwar:"lawan tetap lawan".Lepas menang nanti bagi jwtn tu pd anwar.nik aziz,hj.Hadi awang,Mokhtar Raden jgn bagi samseng jalanan,bahaya malaysia.

I love Paklah to regsin from his post,"Menteri Pertahanan".Bos Pertahanan mesti segak,tegap,trampil,cergas,hebat perawakan macam SBY.Ini cara jalanpun macam GUSDUR.Bagi saja jwtn itu kpd Mat Taib,U pegang KDN,Pak Hamid bagi jwtn pengerusi Perusahaan Penternakan Lintah laut=darat.Menteri Pembangunan L/Bandar bagi try saya dulu....
Salam utk PakLah yg Serba Clean.Puncak Damai,KGU.

bunga melati said...

salam...

pak lost...pak lost....

berundur lah pak lost, berundur lah, ajak kawan dan menteri2 kabinet berundur dari pemerintahan yg kelam...

rakyat dah muak, jemu...dah jelak dgn pemerintahan yg hanya mementingkan tembolak masing2 hingga kan masih ade yg miskin dan byak lagi yg susah, masakan tidak ada rancangan 'bersamu' di tv 3 suku...

tv3 suku sendiri yg memberikan gambaran bahawa pemerintahn pak lost lemah dah lembab....

harap2 murah rezeki negara kita....

Anonymous said...

Best betul tahuk dia ni....
pak lah akan lawan habis2an...
hmm...
no komen....
lantak depala....
aku penyokong PR....

http://tvpakatanrakyat.blogspot.com

tokey belacan said...

putra revolusi,apa ingat pas tak berebut kuasa ke?cuma perhatian je kurang kat pas,pkr dan dap.kurang berita sbb perhatian org ramai masih pada umno.pas berpecah kpd 2 kelompok,bukan lu tak tau.pkr juga berpecah antara penyokong dasar anwar dan penyokong prinsip zulkifli.dap,ko tak tau pasal ko tak baca.persaingan sgt sengit dlm menonjolkan kemampuan dan kredibiliti anak pengerusi dap-karpal sigh dan anak lim kit siang.seorang dah jadi km,sorang lagi nak dipushkan utk saingi lim guan eng di penang.umno bukan bergolak,itulah demokrasi cara umno setelah sekian lama.selepas setiap pemilihan,umno akan pulih spt biasa.itu shj.kalau jemu nk tonton jgn tonton,baik ko tonton drama anwar-husam-haji hadi-tok pa-kit siang.

tokey belacan said...

saya sangat menyokong pendirian zulkifli,mp kulim tu.bukan kerana dia menentang dasar pkr@'melanggar' persefahaman pkr dlm pakatan tetapi kerana prinsip perjuangannya menegakkan perkara berkaitan kedudukan Islam.tetapi dimana liputannya?kenapa tdk diberi liputan di siasah@harakah contohnya?demokrasi terpilih dlm bersuara-itulah yg diamalkan oleh pas,dap dan pkr,sama spt yg didakwa dilakukan oleh bn.

tokey belacan said...

dalam masa yg sama saya juga menyertai sebilangan besar rakyat yg menuntut paklah berundur dan kerajaan sedia ada membuat perubahan dlm hal kebajikan rakyat terutamanya,memperbaiki prinsip dan perpaduan diantara kaum dan agama untuk malaysia yg tercinta ini.jika masih gagal,sewajarnya model dan usaha pas selangor dijadikan contoh dlm pembangunan hubungan antara kaum dan penganut agama.maaf!ia bukan dasar kerajaan negeri selangor tetapi dasar parti PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional pimpinan Ustaz Mujahid.

putra revolusi said...

Saya sokong kenyataan tokey belacan,"selepas setiap pemilihan,umno akan pulih seperti biasa". Contoh yg paling klasik betapa betulnya kenyataan tokey belacan ini ialah Pemilihan UMNO pd tahun 1987. Selepas sahaja pemilihan, UMNO pun "pulih seperti biasa" dengan kewujudan Team A & Team B. Team B diketuai Ku Li kemudiannya membentuk Semangat 46, manakala Team A membentuk parti UMNO Baru. Betapa hebatnya "pemulihan UMNO" hingga dlm pilihanraya 1990 PAS & Semangat 46 menawan Kelantan dari BN yg berkekalan hingga kini!!

(Catatan: Sila baca "pulih seperti biasa" dlm bahasa tokey belacan yg sebenarnya bermaksud "berpecah teruk". Sila ambil maklum bahawa bahasa belacan tidak sama maksudnya dgn bahasa budu, bahasa pekasam dan bahasa cincaluk)

atzmand said...

aney muntah bila teringat farklost punya stetemen dulu: "saya panthang dicabar"..
kikiki.. tidor punya kaki..

Unknown said...

ape nk jadi skang ni..
bangun la sumer umat islam
bangkit dari tidur dan angan2..

menurut khabar hari ini raja petra telah dihantar ke pusat tahanan kamunting, perak bg tempoh lahanan selama dua tahhun bawah ISA.
cuba kita tgk dr rentetan berkenaan raja petra

(pelbagai hal berkenaan altantuya,,,+++)
*dikatakan kelurkan artikel hina islam kt blognya
*pelbagai pihak kutuk
*badan berkaitan agama islam dan ngo buat laporan polis
*raja petra ditahan
*2 tahun tahanan isa

ironinyer
umat islam sgt peka dan sensitif isu2 berkenaan islam

tindakan badan berkaitan agama islam membantah mencegah usaha menhina islam sgt mulia

tp
raja petra dihukum tanpa berbicaraan dan diberikan hak utk membela diri

adakah die benar2 bersalah?
apa hujah kite?

kini die telah dihukum atau telah dianiaya?

apa nasib anak isteri die?

sedangkan islam sgt perihatin terhap wanita dan kanak2 drpd teraniaya,,,

jadi mane perginya badan berkaitan agama tadi?tidakkah mereka ini bertanggungjawab terhap syiar islam?
mengapa tidak ada usaha utk mangelak penganiayaaan ini sebagai mana mereka bertindak terhadap org yg 'menghina' islam?

adakah ketua2 badan tersebut telah dibeli?
takut hilang periuk nasi?
badan berkaitan agama islam sendiri telah meragukan rakyat jadi mcm mane mereka nk menjaga kepentinagn islam itu sendiri?

mana hak?
mana batil?

~~~~~~~ALLAH MAHA BESAR~~~~~~~~~~~~

atzmand said...

sufi tauhid wahdat:
Yang paling hipokrit ialah orang2 yang menggunakan perkataan 'ISLAM' untuk mencapai matlamat.
---------------------------------
itu HAD HARI punya ISLAM apa macam?
ISLAM ada 5 rukun juga. itu HAD HARI apa pasai ada 10 rukun?

atzmand said...

itu 5 sinang punya rukunegara pown amuno vorang tatau jaga.. lagi mau jaga ISLAM ka? chit powdahs.. dusyumm..

atzmand said...

1. kepercayaan kepada tuhan - letak itu bangsa lebih tinggi dari tuhan dan agama. roboh itu masjid, kuil, dll.. takut trafik light lebih dari takut itu dosa.
itu memali kes punya vorang sana pigi tanya..

2. kesetiaan kepada raja dan negara - raja disifatkan sebagai "natang". negara kena juai, yg terbaru "white stone island".

3. keluhuran perlembagaan -
mau pigi parlimen tabbley, roadblock banyak kuat.

4. kedaulatan undang-undang - correct, correct, correct!
suma undang2 rimba juga. tukar agama surupa tukar itu gelfren.

5. kesopanan & kesusilaan - sana lawan, sini lawan, sana liwat, sini sumpah, sana fitnah, sini tangkap ISA masuk..sana-sini beruk2 jalanan makan itu cota sama gatal punya ayir. tada segan silu punya.

PUTING BELIUNG said...

appa macha!
Itu hadahari punya Islam, itu politik punyala!! Lu tahu sudah, lagi tanya mahuka. Ayo yo CURRY.

Khairul Azan said...

Guano ABE-MIE TERJUN...
Senyap je...berat benar ke kena...

Hj.Mat said...

Pak Lah akan bersatu tenaga bersama menantunya KJ tetap akan lawan habisan
Yang Pasti pencacai masing-masing tetap penuh kocek berisi.
Yang kurang kasi tetap kecundang percayalah itulah tabiat orang umno.

Fazrulls said...

Salam semua,

Dah tak tahu nak cakap apa dah.. kan...

mat teropong said...

PakLah jadi gentlemen la sikit kalau Anwar cabar dia kata dia boleh bentuk Kerajaan Pakatan Rakyat di Parlimen bagi la peluang dia buktikan. Kalau dia kalah masukkanlah dia ke Jail Kemunting. Sekarang ni rakyat tertanya2 bila perkara ni boleh selesai. PakLah kata nak tumpu kepada pembangunan dan bla bla lagi. Jadi kita selesai once and for all.

bn@umno said...

Syabas Pak Lah.Lawanlah habis-habisan jgn biarkan si nuar tu dapat memerintah negara kalau tak ekonomi negara pasti akan musnah di bawah si nuar.

TalibaN said...

paklost nak lwn habis-habisan?
hahahaha...geli ketiak aku,aku teringat plak cerita nujum pak belalang,belalang ooo blalang,tu la kau aku bilang ko jgn lwn ko nak lwn,,tb2 keluaq 1jwpn kepada soalan tue,belalang...hahaha,takkan ko pun nak main tembak je kot paklaost?ni bkn zmn pak belalang dh,dlu nak tgk kna pkai mangkuk ayun atok hang,isi ayaq baca mentera,la ni hg buka broadband ja..nmpak terus muka vk lingam,ramlang porigi dipaksa dan surat laporan hospital....okla paklah,lwnla hbs-habisan....smp tertonggeng...

Anonymous said...

Mengikut apa yang saya taksir, u orang percaya atau tidak, sekarang turn najib si pembunuh untuk jadi kayaraya. badawa sudah dapat apa yang dia mahu, sekarang najib pula nak sapu apa yang dia lepas. badawa ini sudah cukuplah dia dah jadi kaya ni. after badawi, what najib going to do ? same fucking think. he going get whathever he want and then sale our country to someone. u orang tak percaya, tengoklah apa akan jadi lepas 15 tahun akan datang.

mat teropong said...

hoi! Umno Sejati. Buat apa kau sokong BN, ada dapat habuan ka? Aku pun ahli Umno, tapi tengok mereka ini bodoh sombong bila jadi orang besar, kereta besar, rumah besar, aku naik meluat dah. Baik sokong PR asalkan orang melayu islam jadi PM. Kalau PR jual orang melayu kita pilih BN balik apa macam?

MOHD AFIQ said...

Lawan tetap lawan!!!

Unknown said...

harap kerajaan yang baru lebih baik dari yang sebelumnya.jika tidak dapat menjamin yang lebih baik,better tak perlu tukar.

Unknown said...

harap kerajaan yang baru lebih baik dari yang sebelumnya.jika tidak dapat menjamin yang lebih baik,better tak perlu tukar.

Unknown said...

harap kerajaan yang baru lebih baik dari yang sebelumnya.jika tidak dapat menjamin yang lebih baik,better tak perlu tukar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...