Tuesday, April 15, 2008

Angka cukup tetapi perlukan majoriti yang kuat - Anwar

KUALA LUMPUR, 15 April: "Kita bersedia dan sudah ada angka yang cukup tetapi kita mahu satu majoriti yang meyakinkan," kata pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya berikutan pertanyaan wartawan apakah pihaknya mempunyai anggota Parlimen yang cukup untuk menyertainya dalam membentuk kerajaan baru di negara ini.

Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas berucap di majlis memperingati tragedi 'Black 14' di padang Kelab Sultan Sulaiman, dekat Kampung Baru malam tadi.

Kata Anwar, penyertaan anggota Parlimen BN bersama beliau untuk membentuk kerajaan baru tidak akan menjanjikan wang ringgit atau jawatan tetapi untuk bersama-sama membina Malaysia yang baru.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau berjanji akan menaikkan royalti untuk petrol dan lain-lain royalti untuk keperluan pembangunan negeri Sabah dan Sarawak selepas ini jika pihaknya bersama Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara.

Untuk itu, kata Anwar, beliau tidak tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan itu.
"Kita sanggup menunggu walaupun ke pilihan raya umum akan datang untuk memenuhi agenda kita," kata beliau.

12 comments:

amirul mahdi said...

apa pun... kepentingan bangsa, agama dan negara wajib menjadi keutamaan...

mks134 said...

anwar bole blah...tak layah perintah negara sebab jadi ejen yahudi!!!

Young United said...

selamat kembali..., kemerdekaan DSAI adalah kemerdekaan untuk rakyat yang cintakan pembelaaan,

Kepada mangkuk2 ayun umno..., wat lah apa yang anda nak buat, tapi PAKATAN akan terus ke depan..

hidup PAKATAN, hidup DSAI

BraderJHEM said...

Blogger mks134 said...

anwar bole blah...tak layah perintah negara sebab jadi ejen yahudi!!!
April 15, 2008 9:39 PM

Helo MKS134..ape kah kau ni termasuk dalam kategori BANGANG?????? hanye spesis serpihan UMNO jer yg kate gitu?? Yg mamak Kute tu dulu jumpe Bush dgn berbayar lagi...gune duit sape?? Tak pulak kau sebut ejen yahudi??? yg ajak pasukan Kriket Israel dtg msia dulu..tak pulak kau sebut ejen yahudi?? Hei kwn...Akai ada ka?? Mana taroh????

yan said...

mks134 adalah seorang manusia berotak keldai... dia sakit jiwa sejak umno melingkup dlm pilihanraya ke 12 lepas... mks134 dicadangkan melapor diri ke hospital tampoi... atau tanjung rambutan

aduhai mks134.... seorang pesakit jiwa umno

hangtuah said...

sdr anuar seorang yang hebat tapi saya tidak pasti perjuangannya atau ada pihak lain dibelakangnya. Jangan terlalu mengikut nanti tergadai maruah bangsa.Bangsa melayu selalunya mudah tertipu....

LeKir said...

sdr anuar seorang yang hebat tapi saya tidak pasti perjuangannya atau ada pihak lain dibelakangnya. Jangan terlalu mengikut nanti tergadai maruah bangsa.Bangsa melayu selalunya mudah tertipu....

Dah lama tergadai maruah bangsa pun...

BraderJHEM said...

Blogger LeKir said...
sdr anuar seorang yang hebat tapi saya tidak pasti perjuangannya atau ada pihak lain dibelakangnya. Jangan terlalu mengikut nanti tergadai maruah bangsa.Bangsa melayu selalunya mudah tertipu....
Dah lama tergadai maruah bangsa pun...
April 17, 2008 3:57 PM
___________________________________

Yang dah tergadai maruah bangsa tu sape punyer angkara??? Tak kan PAS atau Anuar pulak??? Yang memerintah ialah UMNO BN....... So, sendiri mau ingat lah!!!!!!!!

Unknown said...

Kita doakan semoga Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan memerintah Malaysia.
Tuduhan kepada DS Anwar sebagai agen yahudi merupakan dakyah dan fitnah UMNO sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

Kita ada akal dan otak biarlah boleh berfikir mana yang benar dan mana yang palsu. Tuduhan melulu kepada DS Anwar tak habis-habis sejak Tun Dr Mahathir sehinggalah kepada Pak Lah. Kita masih ingat Pak Lah " tak kenal ingat dan tak kenal Anwar". Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berkubur sebagaimana S46. Pakatan antara PAS/PKR/DAP hanya pakatan syo'k-syo'k sendiri. Inilah kata-kata daripada pimpinan UMNO/BN. Allah maha berkuasa akhirnya siapa yang kecewa?. Bila dah kalah barulah hendak mencari dan mempertahankan Ketuanan Melayu...podaaah.

penyokong dato seri anwar said...

Kepada yg menuduh saudara anwar ejen yahudi,segeralah memohon maaf sebelum anda di sembahyangkan,sebab pasni korang akan kene pijak beramai2.tula org umno,suka wat fitnah.apela yang korang dapat duk sokong pmimpin umno yg bengong tu.cakap nak mansuhkan yuran sekolah,rupa2nya hanya RM10.00 alahai tambi,klu setakat RM10.00 baik xyah.myakitkan hati.dana negara sepatutnya memberi keutamaan untuk kebajikan rakyat dalam keperluan asas seperti subsidi minyak,pendidikan,keselesaan rakyat.tp umno dah alihkan t'gungjawab tu untuk di agihkan kepada kontraktor2 kroni dlm aktiviti projek2 mega dengan alasan pembangunan asas wawasan negara maju.kalau wat betul pada harganye xpela,ni barang kos 1 juta claim 10 juta.klu pakai duit pusaka nenek ko xpela,xjd isu,ni guna duit rakyat,apa ko ingat duit rakyat ni hasil peninggalan pusaka nenek korang ke.

pedang.malam said...

Salam

Wah!! Hangat betul jawapan-jawapan syiah anwar kepada zul dan saiful..menyirap ke? Hek eleh..sikit-sikit nak sentap..sama betul dengan perangai anwar masa kat kampus dulu..sikit-sikit nak emosi..sikit-sikit nak melatah..

Tapi tak mengapalah..cinta pada perjuanganlah katakan, jadi kita mestilah pertahankan siapa dan apa yg kita perjuankan ye tak?

Jadi aku dah senaraikan beberapa soalan-soalan yg hanya syiah anwar je mampu jawab..

1.tolong buktikan yg anwar dan PKRnya mahu dan dalam usaha menubuhkan negara Islam? Kalau “Negara Madani” tu negara Islam di mana Quran dan Sunnahnya? Kalau dah ada Quran dan Sunnah,bukankah parti kita PAS jauh lebih dahulu canangkan,jadi di mana relevannya “Negara Madani”?

2.buktikan yg anwar tak pernah mengkhinati kita(PAS)? Dan kalau dia pernah meminta maaf tahukah korang yg dia kembali mengutuk Tok Guru Nik Aziz, mursyidul am kita, pada beberapa siri ceramah dia tahun lepas? Korang tahu ke tak ni?!

3.dia memuji si laknat musibat murtad salman rushdie yg mengutuk Nabi Mohd saww sebagai “gila seks”-nauzubillah-sebagai “profound” writer..yakni penulis yg sangat memahami dan mendalam pengetahuannya tentang apa yg ditulis.apa benda ni!? Kalau dah kutuk Nabi bukan mendalam pengetahuan maksudnya..tapi dalam neraka dia akan pergi..termasuk dgn org-org yg meredakan perbuatan sesat dia tu..korang tahu ke tak ni?

4.buktikan yg masyrakat bukan Islam memuji dia sebagai pemimpin Islam yg berkaliber? Kalau dari Israel punya sokongan sila baca soalanm seterusnya..

5.kenapa Jewspost.net menyatakan yg beliau bakal jadi PM ke6? Website ni halaman rasmi berita si zionis Israel tau..

6.di mana suara anwar sewaktu saudara Palestin kita dibelasah? Buktikan yg anwar menentang sekeras-kerasnya pendudukan yahudi zionis dan kezaliman zionis palestin..buktikan..

7.buktikan yg anwar berterima kasih kepada Tok Guru Nik Aziz atas kemenangan besar PKR?
Korang tahu tak kalau bukan sebab air mata Tok Guru..mustahil PKR akan menang..mustahil

8.buktikan yg anwar mengatakan faktor kemenangan PKR adalah hasil dari doa dan pertolongan Allah..

9.Tok Guru Nik Aziz hingga hari ini msaih tak menarik balik statement dia yg memngatakan PKR adalah parti bercelaru..aku tetap pegang kata-kata Tok Guru ni sampai Tok Guru keluarkan statement yg berbeza mengenai dasar perjuangan PKR..kenapa Tok Guru kata demikian? Kenapa banyak org Pas tak dengar kata Tok Guru Nik Aziz?

10.mana fasal 5 perlembagaan PAS dalam diri pejuang-pejuang negara Islam saat ini?

Tok Guru Nik Aziz selalu pesan..org mukmin takkan masuk lubang dua kali..maksudnya takkan melakukan kesilapan yg sama dan berulang kali..cuba korang baca balik surat Tok Guru Nik Aziz kepada Ust Hadi Awang yg lepas..baca balik dgn Bismillah dan baca dengan jiwa yg tenang..aku doakan moga Allah buka pintu hati bagi mereka yg mahu..aku terus terang memang tak percaya kat si anwar ni..walaupun ramai pemimpin-pemimpin kita yg dah sokong..

kalau bukan disebabkan air mata Tok Guru Nik Aziz yg merupakan penawar bagi hati aku yg lara ni aku mungkin juga hanyut oleh “bisa ular tedung” ni..

aku selalu doakan moga Pemimpin yg bertaqwa jadi PM kat negara aku ni..tapi aku tak nampak taqwa ni kat dia..minta maaflah ye..dia dah pijak Fasal 5 perjuangan kita..

Salawat

pedang_siang said...

salam

Anwar memang pengampu yahudi,dalam ceramah takde lansung nak crite pasal negara islam..sibuk nak hapus kan rasuah kronisme,nepotisme..entah dapat duit kat mana untuk biaya calon2 PKR aku tak tau...skali menang majotiti besar plk tu...betul ke anwar ada org sponsor?sapa la agaknya yg sponsor tu.Aku sokong pedang malam,sbgi ahli pas,kebanyakan pemimpin pas semua dah laro dgn tsunami gila kuasa..ingat la kata2 Tok Guru Nik Aziz,org mukmin takan masuk lubang 2 kali.

PKR selangor apa jadah pi buat ladang babi,adakah itu yg di janjikan masa pilihanraya,dalam manisfesto takan kata pon nak buat ladang babi...babi punya PKR,skrg cari penyakit,dapat gelaran baru,PKR parti babi,Pas parti babi,selangor darul babi.

Apala nak jadi dgn MB selangor nie...benda yg utama tak di utamakan..sibuk nak ladang babi.Tok guru Nik Aziz ade kata dlm surat terbuka kat hadi awang,laksanakan manifesto,segarakan apa yg di janji dlm pilihanraya bkn duk sibuk dgr kata DAP buka ladang babi.PKR dgn PAS da kena main dgn DAP.

BERPEGANG LA DGN PASAL 5 WAHAI PEMIMPIN TERTINGGI PAS,adakah anda terlena dgn TSUNAMI GILA KUASA?

AHLI PAS KECEWA.

SALAWAT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...