Sunday, February 10, 2008

PAS yakin negara tidak akan bankrap

KUALA LUMPUR, 10 Feb: PAS penuh keyakinan, kebajikan rakyat negara ini dapat dijaga dengan baik jika kekayaan negara tidak bocor sebagaimana berlaku dalam kerajaan yang ditadbir BN sekarang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi berkata, atas dasar itulah, PAS yakin negara tidak akan bankrap walaupun segala kebajikan rakyat dijaga oleh kerajaan negara ini dalam melaksanakan agenda negara berkebajikan PAS.

Antaranya kebajikan yang ditawarkan termasuklah menurunkan harga minyak, pendidikan percuma sehinga ijazah pertama serta khidmat kesihatan percuma untuk rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad 10 Februari di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Berita penuh dalam Siasah Ahad ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...