Sunday, February 10, 2008

Dia abang saya, jagalah baik-baik - Mustafa


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mengesahkan Zakaria bin Ali yang dilaporkan menyertai Umno adalah abangnya.

"Saya sahkan, dia adalah abang saya dan saya meminta Umno menjaga dia dengan baik," kata Mustafa mengulas berita pengumuman Zakaria itu.

Zakaria dilaporkan telah menyerahkan borang menyertai Umno kepada MB Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Ketika ditanya lanjut, Mustafa enggan mengulasnya buat masa ini dan cukup sekadar itu sahaja, katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...