Saturday, February 16, 2008

"Jangan guna bangunan kerajaan atau kami bertindak"


KUALA LUMPUR, 16 Feb: PAS memberikan amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar jangan menggunakan jentera atau bangunan milik kerajaan sepanjang tempoh kempen pilihan raya ini, jika tidak PAS akan bertindak.

"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan 'citizen arrest'," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...