Tuesday, February 5, 2008

PAS dan PKR kemuka tawaran bersama


KUALA LUMPUR, 5 Feb: Parti pembangkang di negara ini akan mengemukakan tawaran bersama kepada rakyat manakala setiap parti akan mempunyai menifesto masing-masing.

Demikian kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan wartawan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pajabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

"Kami pada dasarnya setuju dengan prinsdip asas negara berkebajikan PAS kerana sememangnya ia diperlukan oleh rakyat negara ini," kata Anwar menjawab persoalan wartawan mengenainya.

PAS dan PKR mengadakan mesyuarat Majlis Presiden hari ini. Ia bertujuan untuk menyelesaikan pembahagian kerusi, tawaran bersama dan juga penentuan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain Anwar dan Abdul Hadi, turut serta dalam mesyuarat ini termasuklah timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Husam, Muhamad Sabu dan Ahmad Awang.
Di pihak PKR pula, Naib Presiden, Mustafa Kamil Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Khalid Ibrahim menyertainya.

Menurut Anwar, negara berkebajikan tidak sama dengan konsep 'welfare state' tetapi lebih sesuai diterjemahkan sebagai 'Just Government'.

Ketika ditanya, Abdul Hadi berkata, pada dasarnya PAS dan PKR telah menyelesaikan hampir kesemua perkara dalam pembahagian kerusinya dengan PKR termasuk di Kelantan.

"Boleh dikatakan 99.9 peratus telah selesai. Cuma beberapa perkara kecil dan draf persetujuan sahaja yang sedang disiapkan," kata Abdul Hadi kepada wartawan ketika ditanya pembahagian kerusi di kalangan PAS dan PKR.

Ketika ditanya wartawan, apa kaitan dengan negara Islam yang dibawa oleh PAS sebelum ini, Abdul Hadi berkata, tidak berbangkit persoalan negara Islam dalam pilihan raya kali ini kerana PAS hanya bertanding 60 kerusi sahaja.

"Cuba kira berapa kerusi PAS bertanding, 60 sahaja. Jadi tak berbangkit soal itu," kata Abdul Hadi.

Berita penuh dalam Siasah Ahad ini.



1 comment:

FARREL said...

Pertama kali aku mengagumi DS Hadi Awang .. teruskan usaha anda menegakkan Negara Kebajikan di Malaysia!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...