Monday, February 11, 2008

Ini kali kedua Ayah Ngah masuk Umno - anak saudara

KUALA TERENGGANU, 11 Feb: "Menjelang pilihan raya 1999, Ayah Ngah saya ini sudah mengisytiharkan menjadi ahli Umno di depan Datuk Seri Wan Mokhtar. Ini kali kedua dia masuk Umno," kata Fariz Irwan Mustafa, anak saudara kepada Zakaria bin Ali yang mengisytiharkan dirinya menyertai Umno baru-baru ini.

Perkara ini, kata Faris, boleh disahkan melalui laman keahlian Umno. (Masukkan nombor kad pengenalan 431104115043)


"Ketika saya semak laman keahlian Umno yang dikemaskini pada 18 Julai 2007 jam 2:31:56 PM, nama ayah ngah sudah ada sebagai ahli. Nombor ahlinya adalah 02812128 / AHLI BIASA," beritahu Faris kepada Siasah.

Mengikut data itu, Zakaria mendaftar keahlian Umno di cawangan SEBERANG MARANG dalam Dun RU RENDANG di bahagian MARANG negeri TERENGGANU.


Menurut Faris, memang orang luar Terengganu khasnya yang tidak mengenali siapa bapa saudaranya akan terkejut dengan berita ini.

"Menurut maklumat yang saya terima, 50,000 poster sedang dicetak untuk memberitahu kepada umum kemasukan abang ayah saya ini ke dalam Umno," katanya yang merupakan anak ketiga Datuk Mustafa Ali.

Menurut media, Zakaria atau Supar bin Ali menyerahkan borang permohonannya untuk menjadi ahli Umno kepada Datuk Idris Jusoh baru-baru ini dengan diiringi oleh Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Sebelum ini, Datuk Mustafa dalam kenyataannya meminta semua pihak khasnya pemimpin Umno menjaga abangnya dengan baik.

"Saya berharap semua pihak tidak sakitinya dengan perkataan atau perbuatan yang boleh lebih menjejaskan kesihatan beliau," kata Mustafa dalam kenyataannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...