KUALA LUMPUR, 13 Feb: Awas rakyat semua. Pada hari-hari menjelang pembubaran Parlimen pun, Perdana Menteri sanggup berbohong kepada rakyat.
Itulah yang dilakukan Datuk Seri Abdullah sehari sebelum pembubaran Parlimen samalam.
Beliau dengan jelas menafikan Parlimen akan dibubarkan hari ini. Namun, tepat jam 12.30 tengahari, melalui siaran secara langsung ke seluruh negara, Abdullah mengumumkan Parlimen dibubarkan hari ini.
Semua media hari ini menyiarkan berita Perdana Menteri menafikan Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Ketika ditanya wartawan, kenapa perkara ini berlaku, Abdullah berkata, dia tidak dapat mengesahkan pertanyaan warwatan tentang pembubaran Parlimen kerana ia belum disahkan oleh Yang Dipertuan Agung.
Namun, ramai wartawan berpendapat, beliau tidak perlu berbohong tetapi hanya dengan berkata, 'tunggulah' misalnya.
Jadi, berhati-hati... banyak lagi pembohongan akan menunggu pengundi.
No comments:
Post a Comment