Monday, February 11, 2008

Jangan sakiti abang saya - Mustafa

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak, termasuk para pimpinan Umno, agar jangan sesekali sakiti abangnya, Zakaria Ali yang menyertai Umno baru-baru ini.

"Saya berharap semua pihak tidak sakitinya dengan perkataan atau perbuatan yang boleh lebih menjejaskan kesihatan beliau," kata Mustafa dalam kenyataan bertulisnya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada beberapa siaran media samada elektronik ataupun cetak yang menyiarkan secara besar-besaran tentang kemasukan Zakaria Ali ke dalam Umno.

Saya dengan ini mengesahkan dia adalah abang saya dan mengesahkan juga apa yang dia sebut dalam akhbar khususnya NST hari ini, bahawa dia tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak terlibat aktif dalam PAS sejak 40 tahun lalu. Dia hanya seorang symparthyser sahaja kepada PAS.

Sepanjang kerier politik saya (hampir 35 tahun) saya tidak pernah meminta dia terlibat secara aktif dalam PAS kerana tidak mahu membebankan dia dengan isu-isu politik masyarakat dan negara kerana dia sudah cukup terbeban dengan tangjungjawab terhadap kesihatan dirinya.

Memang dia seorang pesara guru yang bersara awal atas perakuan Medical Board. Saya hanya berharap bahawa sesiapa sahaja yang mendekati dan bersama dengan beliau, termasuk para pemimpin Umno, supaya menjaga beliau dengan baik kerana beliau masih terus menerus di bawah pengawasan doktor sejak 40 tahun yang lalu akibat dari satu kemalangan jalan raya pada awal tahun 1960an.

Saya berharap semua pihak tidak sakitinya dengan perkataan atau perbuatan yang boleh lebih menjejaskan kesihatan beliau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...